CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kerill

Botak aka Arill aka Johan Asari...anak Datuk eh??

  [Copy link]
Post time 24-10-2011 10:46 AM | Show all posts
Reply 72# alfrina


   aku lak dulu asyik terpedaya dengan tajuk kat luar kulit majalah mangga..pandai betoi uat promotion bila beli baca hampeh tersasar daripada kenyataan kt tajuk muka depan kulit...cis!penipu..aku lak titap tertipu...aku muda belia suka new boy...haaaa..haaa....malunya..............................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 10:49 AM | Show all posts
Reply 73# PrincesCity


   betul,memang bestlah cita tuh..sampai laki aku pun terjebak tengok cite tuh sebab arilllll............aku sebenarnya suka tengok mulut johan nih time bercakap cam terkepit ja..lawaklah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:50 AM | Show all posts
Reply  alfrina


   aku lak dulu asyik terpedaya dengan tajuk kat luar kulit majalah mangga..pan ...
eyradanira Post at 24-10-2011 10:46


tak koserrrr suka new boy
skrg ni kalo adik aku nak beli mangga ke apa2 majalah hiburan, aku ckp kat dia.. duit ko bulan nih aku potong rm10@rm20... cukup2 la hiburan dlm internet.. tak yah membazir, sepah umah beli majalah bagai... terus dia tak beli
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:53 AM | Show all posts
Reply 76# PrincesCity


   ececeh..betoika terjebak baca masa darjah dua or masa umur ko 20 taun..hik..hik...artis2 bergambar dalam mangga xsah lau menyeksi nan azab gitu...yg laki lak lau xberbaju n menampakan bonjolan lagi xsah...tingat zaman fahrin ahmad bergambar dalam kolam renang...fuhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:09 AM | Show all posts
Reply 83# alfrina

time aku muda belia okeh....taw adik ko takutsoh adik ko buka ja kat porum nih segala mak nenek gosip ada...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:10 AM | Show all posts
Reply  alfrina

time aku muda belia okeh....taw adik ko takutsoh adik ko buka ja kat po ...
eyradanira Post at 24-10-2011 11:09



adik aku kecik lg... baru form1.. jantan plak tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2011 11:12 AM | Show all posts
Reply 86# alfrina


   adik ko yg laki pun terlintas gk noh nk beli mangga...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:13 AM | Show all posts
Reply  alfrina


   adik ko yg laki pun terlintas gk noh nk beli mangga...
eyradanira Post at 24-10-2011 11:12


nak buat mcm mana noks... kaka2 dia byk collection majalah pelam nih
dia dr kecik dah terasuh baca pelam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 11:16 AM | Show all posts
Reply 88# alfrina

nasib baik ko dh straightkan adik ko daripada terus terjebak dengan majalah mangga tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply  alfrina

nasib baik ko dh straightkan adik ko daripada terus terjebak dengan majalah mangg ...
Post at 24-10-2011 11:16


tuh la pasal... ntah2 kalo dia pun buat modal dia melancap  release tensen jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 11:18 AM | Show all posts

Ala korang nie memang suka menggedik dengan Abang Nara kan? Mementang Abang Nara jarang kongsikan gambar artis-artis baru lelaki, korang buat-buat merajuk pulak. Abang Nara faham isi hati anda semua. Cuma susah sikit nak carik gambar-gambar artis lelaki di Malaysia ini. Mungkin kurang publisiti kot.

Tetapi demi memuaskan hati anda semua, Abang Nara nak sharekan profile dan gambar-gambar si Botak yang popular dengan drama Juvana baru-baru ini. Botak atau nama sebenarnya Johan Ariff Asari sememangnya berbakat di dalam lakonan. Cuba korang baca sikit profile dia kat bawah nie:-

Nama Sebenar: Johan Ariff Asari
Umur : 25 tahun (lahir pada tahun 1986)
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan : Malacca High School. Diploma jurusan Kaunselin di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Johan pernah mendapat kelas pendidikan tahfiz selama 2 tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.
Sifat : Kelakar, peramah dan suka merendahkan diri

Memang boleh buat menantu nie. Pernah belajar tahfiz lagi. Bagus-bagus. Inilah pelakon yang kita mahukan. Bukan kosong tetapi berilmu. Tak gitu? Layankan lagi beberapa keping gambar Botak Juvana dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 11:21 AM | Show all posts
tringin nk dgr botak ni mengaji al quran...mesti best..patut dia ambik watak2 yg mmerlukan dia mengaji, wtk ustaz ke....dia patut guna kelebihan dia tu sebab x ramai plakon lelaki yg boleh mengaji, yg aku tau stkt ni eman manang jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 11:23 AM | Show all posts
Johan As’ari Kecewa Sikap Izreen Azminda

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Aksi Johan dan Izreen sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik. - Foto RAHMAN RAHIM

PETALING JAYA: Pelakon Johan As’ari agak kecewa dengan tindakan pelakon Izreen Azminda yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif tentangnya kepada media.

Menurut Johan, Izreen sepatutnya berjumpa dan menyelesaikan masalah ‘cinta’ mereka terlebih dahulu sebelum menggembar-gemburkan perkara itu kepada orang ramai.

“Saya tak ingat apa-apa tentang janji yang pernah saya lafazkan sebelum ini tetapi terus-terang kami memang rapat sebagai seorang kawan.

“Pada saya, cinta itu bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan. Kalau jodoh saya sudah sampai, baru saya boleh katakan cinta tetapi dengan dia belum tahap bercinta kerana pada saya cinta itu sangat agung,” katanya menjelaskan tentang kenyataan Izreen mendakwa mereka pernah bercinta sebelum ini.

Izreen akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.



Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.

Difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonkan oleh Fasha dan Johan.

“Saya dengan Fasha pun berkawan sama seperti saya berkawan dengan Izreen. Saya menganggap mereka ini sebagai rakan artis yang boleh berkongsi pengalaman untuk sama-sama menaikkan industri seni tempatan kerana saya mahu menjadi pelakon yang berjaya.

“Selepas selesai penggambaran drama Cinta Elysa, saya tidak berjumpa dengan Fasha lagi. Tentang gambar itu, saya rasa tidak salah untuk mempromosikan drama itu dan tiada apa-apa yang pelik berlaku,” katanya yang baru pulang dari Pulau Pangkor bagi menghadiri program Biro Tata Negara (BTN) anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Johan juga kesal dengan sikap Izreen yang tidak pernah memberikan respons yang baik walaupun dia sudah meminta maaf kepada Izreen.

“Saya sudah minta maaf dengannya atas apa yang berlaku, tetapi dia tidak pernah meminta maaf dengan saya setelah mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama saya.

“Saya berharap selepas ini tiada lagi cerita seperti ini dikeluarkan kerana beri ruang kepada saya untuk berkarya dalam industri,” ujarnya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 11:25 AM | Show all posts
Reply  PrincesCity


   tt follow majalah mangga kekdahnya,tuh ladi lagu nih...cian tt...
eyradanira Post at 24-10-2011 09:27


aku x bli yer, terbelek kt kdai runcit je...tu pon gmbr dia kt 1st page x silap aku, gmbr dia ngn mak dia tu, tu yg aku tertengok tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:37 AM | Show all posts
Reply 41# BABY_sMURFs


sapa nak kan sapa ni...fasha nak botak ke...botak nak fasha...yg aku bc botak suka fasha....lantak la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 11:45 AM | Show all posts
Johan As’ Ari: Fasha Sandha Ibarat ‘J.LO Malaysia’
by Farahanim Rahim          

.


Sebut nama Johan As’Ari, mungkin ada yang bertanya, yang mana satu eh dia? Tapi kalau sebut
Botak Juvana atau sekarang dia ‘in’ dengan nama Aril (wataknya dalam ‘Cinta Elysa’ di TV3), pasti ramai kenal.


Kurang lebih enam bulan membina karier dalam lapangan lakon. Dia boleh dikata bertuah sebab namanya kini antara pelakon lelaki yang meniti di bibir kaki-kaki drama mahupun jadi pilihan penerbit dan pengarah. Lagi hebat, dia sekarang dihambat gosip ‘konflik percintaan’ bersama 2 aktres cantik, Fasha Sandha dan Izreen Azminda (cikgu Zakiah dalam ‘Juvana’). Sekali dua tu... kau ada???


Semuanya gara-gara Izreen dikatakan cemburu mengenai gambar Fasha dengan Johan seperti yang dinyatakan di dalam sebuah akhbar, baru-baru ni.


“Saya dan Fasha, kami memang berkawan. Saya hero
dia, dia heroin saya. Dan hubungan itu setakat hanya kat set ‘Cinta Elysa’. Kitorang tak pernah jumpa kat luar. Cuma setiap malam Selasa tu, kitorang ada lah mesej-mesej
ingatkan sesama
sendiri pasal drama tu. Itu jer”, kata jejaka 25 tahun ni ketika ditemui di Hotel Double Tree, KL , semalam.


“Dengan Izreen pun, kami memang baik dan akrab. Kalau hanya sebab gambar saya dengan Fasha, saya tak tahu kenapa dia mesti nak jealous. Saya ada juga mesej dia, tapi dia tak balas. Call pun tak angkat”.


“Saya sebenarnya tak faham macam mana boleh timbul gosip macam ni. Sebab saya pun pernah juga berlakon dengan pelakon wanita lain macam Wan Sharmila. Selama 20 hari kitorang kat set, kami juga kawan baik”.


Ditanya mengenai pengalaman berkerjasama dengan Fasha, Johan akui sebagai pelakon baru di kagum dengan cara berkerja Fasha. Bahkan tak dinafi, terbit juga rasa takutnya pada Fasha.


“Pembawakan diri dia tu, saya boleh kata yang Fasha ni macam ‘J.LO Malaysia’ lah. Saya hormati dia sebagai senior saya. Dia banyak ajar saya dalam dunia lakonan. Dia seorang yang komited dan profesional. Dia seorang yang panctual. Sepanjang shooting, 2 kali jer saya datang awal dari dia”.


“Saya ingat lagi hari pertama kat set, masa tu saya tengah berbincang dengan direktor, Along . Lepas tu tiba-tiba dia datang. Terus saya rasa diri saya kecik jer... Tapi dia bagus sebab dia bagi semangat kat saya. Dia suruh saya anggap kami sama level”, katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 03:41 PM | Show all posts
Reply 90# alfrina


   sampai tahap camtuh sekali ko pikir noh,,bagus dapat akak cam ko nih...mesti ni garang,mau kecut perut lau aku jadi adik ko...garang demi kebaikan n bertempat kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 03:44 PM | Show all posts
mcm2 hal...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 03:46 PM | Show all posts
Johan As’ari Kecewa Sikap Izreen Azminda
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Aksi Johan dan Izreen sewaktu d ...
kerill Post at 24-10-2011 11:23


sy hairan btol ngan botak ni. abis yg bukti sms yg izreen tnjukkan tu ape? tau plak cinta tu xleh wat main2, abis yg dah siap janji nak tunang, cincin suma tu ape?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 03:50 PM | Show all posts
Reply 94# kerill

hik.hik..aku ingatkan ko terjebak beli majalah pelam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.786542 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list