CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 30-12-2008 08:02 AM | Show all posts
Jom Liwat..

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam menyatakan bahawa undang-undang sodomi dipelopori oleh British colonial dan ia bertentangan dengan human rights (baca hujah beliau
disini). Justeru beliau kini mendesak kerajaan dimana sahaja agar turut serta mengamalkan international human rights standards dan tidak lagi mengguna pakai undang-undang British yang mengharamkan sodomi semasa zaman penjajahan. Brader Anwar Bin Ibrahim pasti tersenyum penuh makna bila baca ni. Ataupun Anwar sendiri yang suruh S Manikavasagam bangkitkan isu ni? Manalah tau kan? kan? kan? Ho Ho Ho...!



[ Last edited by  shamsadis at 30-12-2008 08:03 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 08:11 AM | Show all posts
ASAL USUL LOGO PKR


Parti Keadilan Rakyat


Eye On Israel

Eye Of Ra

Apron Freemason

Eye Of Horus


Symbol Iblis Illuminati

Eye Of Pyramid


[ Last edited by  shamsadis at 30-12-2008 08:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:17 AM | Show all posts

SAF SOLAT SUNAT PUN TIDAK SAMA ANTARA NIZAR DAN IMAM YANG SEBENAR.APA DAH JADI INI.WALAUPUN SOLAT SUNAT, TAPI BUATLAH IKUT TERTIB DAN TERTIL.JANGAN ACI BALUN JER YOB!!!INILAH ORANG PAS.RASA DIRINYA DAH LEBIH ISLAM.ORANG LAIN KAFIR.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:45 AM | Show all posts


Estrada Kawan Baik Anwar

Oleh Yahaya Ismail

Ini pun satu hal lagi. Apakah Estrada menggangap pemecatan Anwar sebagai satu lakonan filem jinggo yang pernah dia lakonkan sebelum masuk gelanggang politik. Apakah dia arif dan tahu bahawa persahabatan yang akrab antara negara-negara Asean beberapa dekad kebelakangan ini adalah berdasarkan jangan mencampuri hal ehwal negara-negara lain?

Walau pun anak gadis Anwar menemui Estrada di Manila meminta sokongan moral dan politik namun senario permintaan itu bukanlah sebuah lakonan filem yang pernah tuan lakonkan di masa lalu.

Walau pun Anwar diberi penghormatan sebagai salah seorang ahli yang memuja kebesaran Jose Rizal namun itu tidaklah bermakna tuan patut menyibukkan diri membela Anwar. Anwar juga sebagai pelakon dalam politik tetapi lakonannya lain sedikit dari tuan. Sebagai hero dalam filem tuan tentu menembak dari depan tetapi kalau Anwar menjadi hero barangkali dia menembak dari belakang. Tetapi kedua-duanya tetap menjadi hero pada golongan-golongan tertentu.

Bukankah negara Filifina juga bertimbun dengan masalah? Bukan saja masalah sampah sarap di Tondo dan kemiskinan yang berpanjangan tetapi juga masalah moral tuan sendiri. Barangkali rakyat Filifina boleh menerima life style tuan yang punya gundik dan punya anak di luar nikah, suka mabuk dan lain-lain jenis maksiat.

Kami menghormati pemilihan rakyat Filifina yang memilih tuan sebagai Presiden mereka. Tapi kami di Malaysia lain dari rakyat Filifina. Kami tak akan memilih seorang pemimpin yang mempunyai hobi seperti tuan sebagai Perdana Menteri. Jauh api dan panggang. Kami mahu seorang pemimpin yang moralnya tinggi kerana kami orang Islam. Malah bukan Islam di negara kami juga mahukan pemimpin bermoral tinggi seperti Mahathir.

Kami tidak tahu apakah ada persamaan dari segi moral antara tuan dengan Anwar yang menyebabkan tuan terlalu ghairah sekali hendak membelanya seolah-olah tuan dan dia sebagai sahabat sepermainan, sahabat segelanggang, secebok sepermandian?

Apakah tuan dinasihati Amerika untuk membela Anwar melalui persahabatan Asean? Nampaknya tuan dan Pak Habibie sangat mengambil berat mengenai Anwar seolah-olah ada pihak ketiga yang mendesak tuan dan Habibie mendesak Malaysia memberi layanan istimewa kepada banduan-banduan di Manila atau pun Jakarta?

Tidak ada dan kami pun tidak berminat mencampuri urusan rumah tangga orang lain. Kami juga tidak berminat hendak mengirim peguam-peguam kami ke Manila untuk melihat perbicaraan di negara tuan. Mengapa pula rakyat Filifina dan peguam-peguamnya ingin memerhatikan perjalanan perbicaraan Anwar di negara kami?

Apakah tuan dinasihati Amerika untuk membela Anwar melalui persahabatan Asean? Nampaknya tuan dan Pak Habibie sangat mengambil berat mengenai Anwar seolah-olah ada pihak ketiga yang mendesak tuan dan Habibie mendesak Malaysia memberi layanan istimewa kepada Anwar. Apakah Malaysia pernah membuat permohonan rasmi meminta diberi layanan istimewa kepada banduan-banduan di Manila atau pun Jakarta?

Tidak ada dan kami pun tidak berminat mencampuri urusan rumahtangga orang lain. Kami juga tidak berminat hendak mengirim peguam-peguam kami ke Manila untuk melihat perbicaraan di negara tuan. Mengapa pula rakyat Filifina dan peguam-peguamnya ingin memerhatikan perjalanan perbicaraan Anwar di negara kami?

Apakah Malaysia mengamalkan undang-undang hutan rimba? Apakah tuan dan peguam-peguam Filifina menganggap Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang adil untuk semua rakyatnya? Apakah tuan menganggap Malaysia tidak mempunyai para hakim yang arif lagi bijaksana yang lebih tinggi tarafnya dari Filifina? Ingin kami mengingatkan tuan bahawa pemecatan Anwar bukan hasil dari skrip filem.

Perdana Menteri kami tidak akan bertindak tegas dan memecat Anwar kalau tidak bukti-bukti yang jelas dan nyata. Ini hak PM kami untuk memecat dan juga melantik siapa saja yang tuan suka menyertai kabinet tuan. Itu hak tuan dan kami hormati tindakan tuan.

Oleh kerana negara tuan juga mempunyai banyak masalah dan tuan juga banyak menabur janji hendak mengurangkan jurang antara yang terlampau kaya dengan mereka yang terlalu dhaif di negara tuan maka eloklah tuan tumpukan perhatian kepada negara tuan dan rakyat tuan. Kami senang dan tetap PM Mahathir kerana beliau telah melakukan reformasi sosiol, politik dan ekonomi yang kami anggap lebih baik dari apa yang tuan laksanakan di Filifina.

PM kami tidak suka mencampuri urusan dalam negara Filifina, Indonesia atau mana-mana negara asing. Kami lebih suka mencampuri urusan dalam negara Filifina, Indonesia atau mana-mana negara asing. Kami lebih suka menjaga kepentingan rakyat dan negara kami sendiri.

Bukankah kami hendak mengajar tuan yang bijaksana. Tetapi rakyat Malaysia merasai tersinggung bila mana tuan hendak menemui Anwar di penjara seolah-olah tuan hendak mempastikan sahabat karib tuan (sama hobi ker?) diberi layanan seperti hotel lima bintang? Dalam hubungan diplomasi, apalagi antara negara-negara Asean, kita mempunyai etika dan sopan santun yang tidak perlu diucapkan tetapi sudah cukup dengan menghayati diri sendiri. Tentulah tidak manis dan dianggap kurang sopan bagi tuan mengunjungi sahabat tuan di penjara. Atau menemui isterinya yang sanggup datang ke bilik hotel tuan untuk mengemis bantuan dan sokongan.

PM kami sendiri tidak berminat melawat penjara di Manila untuk bertukar-tukar maklumat dengan seorang banduan yang dituduh meliwat, bukan begitu? Kalau pun tuan dan Anwar mempunyai hobi yang sama atau pun ingin bertukar fikiran mengenai hobi tuan dengannya tunggulah setelah dia mendapat keputusan mahkamah kelak. Kini dia ditahan di penjara dan hanya isterinya dan anak-anak dan peguamnya saja yang dibenarkan melawatnya. Orang lain tunggu dulu.

Jangan jadikan Anwar sebagai bahan pelancongan untuk pembesar-pembesar asing kerana Malaysia masih banyak tempat-tempat pelancongan yang lebih menarik dari penjara Sungai Buloh. Tuan faham bukan?

Kami percaya tuan sendiri tidak mahu Malaysia menyokong perjuangan kaum Moro di Selatan Filifina kerana wilayah Moro itu sebahagian dari negara Filifina. Tuan menganggap itu urusan dalaman Filifina. Oleh itu janganlah tuan melukai hati dan perasaan rakyat Malaysia dengan mencampuri urusan pemecatan Anwar dan penglibatannya dalam kes-kes rasuah dan liwat.

Kami dihormati tuan sebagai Presiden Filifina yang berdaulat dan sebagai sahabat karib dalam wadah Asean. Kalau kami tidak mencampuri urusan dalaman Filifina tidaklah bermakna kami angkuh dan sombong. Tidak sekali-kali, kami orang Malaysia, amat menghargai sopan santun dan adab dan susila dan ingin menjaga perasaan orang lain. Maafkan kami kalau kami tidak berasa senang dengan sikap tuan yang tidak memahami perasaan kami itu.

Tuan tentu tahu di Malaysia ini terdapat lebih dari 300,000 pendatang Filifina termasuk yang sah dan yang haram. Mereka mencari rezeki di negara kami. Kami tidak menjemput mereka datang. Tapi mereka nak datang juga sebab mereka kata di negara mereka tidak ada peluang pekerjaan yang banyak dan negara pula miskin.

Oleh itu mereka terpaksa datang ke Malaysia yang menurut mereka boleh menjamin kehidupan mereka dan juga kaum keluarga di negara Filifina sendiri. Kalau kami tidak ada rasa kasihan belas sudah pasti kerajaan kami akan mengusir semua pendatang Filifina. Tapi kami bukan macam itu. Walau pun tuan bersikap seperti koboi kampungan dan cuba masuk campur hal negara kami namun kami tidak sampai hati hendak bertindak kasar terhadap rakyat tuan yang mencari tuan yang mencari rezeki di negara kami.

Besarlah harapan kami agar tuan menghormati adat resam dan etika persahabatan dalam Asean. Walau pun tuan menyanjung tinggi Amerika kerana negara tuan meminjam beratus juta dolar dari IMF namun hargailah persahabatan antara para pemimpin dan rakyat Asean. Kami menyambut kedatangan tuan dengan penuh hormat sebagai pembesar dan tetamu negara kami.

Oleh itu kami amat mengharapkan tuan juga boleh memahami kilat dalam kilau sambutan kami itu. Sebagai Asia dan kita mempunyai tradisi dan rumpun bangsa yang sama, iaitu bangsa Melayu, maka amatlah bijaksana sekiranya tuan menghargai tatasusila persahabatan tersebut.

Walau pun tuan, B.J Habibie hatta Presiden Clinton sekali pun mencampuri urusan negara kami namun kami tetap mempertahankan hak dan kebebasan kami sebagai negara Malaysia yang berdaulat. Biarlah mahkamah kami menentukan nasib Anwar dan Allah Yang Maha Kuasa akan menentukan segala-galanya. Kami berpendapat Perdana Menteri kami lebih bijak mentadbir negara kami dari orang lain. Biarlah kami dengan dunia dan kepimpinan kami sendiri dan tuan bersama dengan rakyat tuan yang amat merindukan reformasi dan pembangunan.

Oh ya, boleh kami minta penjelasan sedikit dari tuan. Apakah benar dalam kempen pilihan raya Presiden yang lalu parti tuan telah mendapat bantuan kewangan dari syarikat perjudian di Malaysia melalui jasa baik Anwar? Dikatakan sekiranya tuan menang tuan akan memberi lesen perjudian kepada syarikat tersebut untuk beroperasi di Filifina. Betul menghilangkan keraguan orang ramai di Malaysia yang menganggap hubungan tuan dengan Anwar mempunyai agenda yang sama. Kami bukan berniat hendak menyentuh perasaan tuan tetapi ingin tahu apakah ada kebenaran dari kenyataan di atas.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:47 AM | Show all posts


Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal, Anwar Ibrahim

Oleh AIDC

Membaca Perutusan Hari Natal yang ditulis Anwar Ibrahim di dalam blognya pada 24 Disember 2008, terpancar saranan RAND Corporation yang disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle, diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation.

Ketua penyunting, Angel M. Rabasa merangkap Penganalisis Dasar Kanan di RAND Corporation telah memberi penghargaan khusus kepada Anwar Ibrahim dalam proses membantu menyiapkan laporan "Building Moderate Muslim Networks" pada tahun 2007. Anwar digambarkan dalam kata penghargaan laporan itu telah memberi sumbangan berharga dalam menjayakan penerbitan laporan itu yang ketika itu beliau adalah pensyarah pelawat Universiti Georgetown, Amerika.


Angel M. Rabasa yang pernah bertugas di Jabatan Negara dan Pertahanan Amerika telah menyarankan dalam laporannya, diadakan satu Persidangan Muslim Moderat Sedunia di Cordoba di Sepanyol.

Menurut laporan itu, pemilihan Cordoba, di Sepanyol dianggap tempat yang strategik kerana di situ memberi makna simbolik dan kesan sejarah silam kepada seluruh umat Islam.

Menurut Angel M Rabasa lagi di Cordoba nanti akan dilancarkan hari pengisytiharan Muslim Moderat melawan Muslim Salafi atau Ekstrimis atau Konservatif yang kesemuanya dilabel sebagai Muslim Fundamentalis. Rujuk saranan RAND Corporation dalam muka surat 144-145, di bawah tajuk "Launching the Initiative". Klik di sini


Anwar Ibrahim pula dalam Perutusan Hari Natal, dua hari lepas menyeru rakyat Malaysia kembali seperti masyarakat convivencia di Andalusia, Cordoba, Sepanyol kerana jurang antara agama di Malaysia semakin melebar, meskipun sudah 51 tahun merdeka.

Tulis Anwar, "Kita pastinya menyedari negara kita Malaysia yang bebas merdeka 51tahun lalu merupakan sebuah negara yang majmuk. Semenjak dari tarikh negara ini diisytiharkan merdeka sehingga ke hari ini, kita semuanya, baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, telah melalui saat-saat sukar juga senang bersama-sama. Akan tetapi, dari ianya mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama, sebaliknya jurang di antara kita nampaknya semakin melebar akibat dari beberapa perlaksanaan dasar yang mengabaikan rakyat.

Tulisnya lagi, "saya kira perlulah kita kembali merenung bagaimana masyarakat convivencia di Andalusia yang meyaksikan tiga umat; Islam, Kristian dan Yahudi hidup dalam kerukunan dan membuahkan tamadun gemilang. Sebagai contoh di Andalusia terutamanya di Cordoba waktu itu, bahasa Arab dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kepada wacana-wacana ilmu, malah penyair Yahudi yang mashyur, Sulaiman Ibnu Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh pemerintah. Benarlah kata Mahmoud Darwish, penyair terkenal asal Palestin, Al-Andalus adalah penyempurnaan impian sebuah puisi. Ianya bukan sahaja tempat yang meraikan kemajmukan malah menjadi pentas percambahan ilmu dan ketinggian budaya"

Membaca Perutusan Hari Natal Anwar Ibrahim, klik di sini


Maksud Tersirat Perutusan Hari Natal Anwar

Membaca perutusan Anwar itu beberapa kesimpulan dapat dibuat.

Pertama; Anwar mendakwa negara Malaysia, walaupun sudah merdeka 51 tahun, tetapi masih gagal dalam hubungan antara agama. Dakwanya jurang antara agama di Malaysia khususnya di antara Kristian dan Islam semakin melebar ekoran daripada dasar-dasar kerajaan yang lebih mementingkan agama Islam. Maksudnya dasar-dasar kerajaan yang berpandukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam ialah ugama bagi Persekutuan telah mendominasi agama-agama lain terutamanya Kristian.

Kedua; Anwar tidak gembira dengan monopoli dan kedudukan Islam di Malaysia yang mewakili majoriti rakyat Malaysia. Monopoli Islam ditranformasi dengan penerapan Islam dalam pentadbiran termasuk dalam bidang perundangan sehingga terbentuknya Mahkamah Syariah. Pada pendapatnya sepatutnya jurang perbezaan antara Islam dan Kristian di Malaysia didekatkan, walaupun penganut Kristian hanya mewakili 15 peratus mewakili rakyat negara ini.

Ketiga; Antara bukti jurang antara agama di negara ini semakin melebar, dengan penolakan secara total Dialog Antara Agama, Forum Antara Agama (Forum Memeluk Islam), Kes murtad yang lebih memberi ruang kepada Islam seperti kes Moorty dan penolakan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) ditubuhkan di negara ini. Pada pandangan Anwar sepatutnya setiap warganegara diberi kebebasan menyuarakan pendapat, termasuk kebebasan beragama, seperti mana yang termaktub dalam hak asasi manusia.

Keempat; Menurutnya, Malaysia bukanlah model negara yang terbaik, tetapi model Negara Islam yang terbaik di dunia adalah di Andalusia, Cordoba, Sepanyol yang mempraktikkan "masyarakat convivencia". Beliau menjelaskan takrif "masyarakat convivencia" adalah kehidupan tiga agama Islam-Kristian-Yahudi hidup aman damai dan berjaya membina ketamadunan yang tinggi.

Kelima; Menurutnya lagi model negara Islam tidak perlu menitikberatkan soal pengamalan agama serta perundangan, sebaliknya perlu menumpukan kepada nilai ketamadunan, seni dan budaya. Bahasa Arab boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar kerana sekadar bahasa, bukan sebagai bahasa Al Quran, yang menyeru Islam mempratikkan ajarannya. Ini dinukilkan Anwar, "walaupun Cordoba menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar, tetapi penyair Yahudi yang termashyur, Sulaiman Ibnu Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh pemerintah". Ini kerana penyair Yahudi itu melihat Bahasa Arab sekadar bahasa ilmu. Ini diperkukuhkan dengan hujah Anwar seterusnya, Mahmoud Darwish, penyair terkenal berasal dari Palestin, menjadikan Andalusia sebagai tempat meraikan kemajmukan dan pentas percambahan ilmu serta ketinggian budaya.

Pandangan John Esposito - masyarakat convivencia - Andalusia, Cordoba

Jika ada yang berpendapat, pandangan Anwar mengenai "masyarakat convivencia, Andalusia dan Cordoba" semata-mata untuk menarik sokongan masyarakat Kristian di Malaysia sempena Hari Natal, sebenarnya anggapan itu silap.

Menurut gurunya, John Esposito, Anwar telah lama bercakap mengenai gagasan "masyarakat convivencia". Ini dirakamkan dalam buku tulisan John Esposito bertajuk "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 2002.

Dalam buku itu, John Esposito menulis khusus mengenai Anwar dalam bab "Anwar Ibrahim : Global Convivencia".

Bermakna Anwar sudah bercakap mengenai gagasan "masyarakat convivencia" itu sejak dari tahun 80-an dan gurunya membukukan gagasan itu pada tahun 2002.

Menurut John Esposito, Anwar menekankan kepada model "masyarakat convivencia" yang mempratikkan amalan pluralisma dan tolak ansur serta hormat menghormati di antara masyarakat berbilang agama.

Tulisnya, "Masyarakat Convivencia bermaksud masyarakat berbilang agama yang hidup bersama. Model ini ditiru daripada pemerintahan Roger II pada kurun ke dua belas di Sicily dan pemerintahan Islam di Semenanjung Iberian termasuk Toledo, Cordoba dan Granada. Di Iberia, masyarakat Kristian, Islam dan Yahudi tinggal bersama-sama di dalam konteks pergaulan dan pertukaran budaya. Itu adalah zaman kemakmuran dan kejayaan bagi kesenian, sastera, puisi, astronomi dan perubatan. Ramai penganut Kristian digelar Mozarabs kerana mengadaptasi ciri-ciri Arab dalam kehidupan seharian termasuk cara berpakaian, budaya, bahasa serta menggunakan nama-nama Arab"

Tulisnya lagi "Convivencia, bagi Anwar Ibrahim adalah satu bentuk pluralisme Islam, satu visi yang berlainan dari program-program Islamis biasa yang memberi tempat bagi masyarakat bukan Islam. Ia berlandaskan keadilan, persamaan di dalam sosiol dan ekonomi. Visi pluralisme tersebut merupakan asas kepada laungan beliau untuk dialog peradaban"

Dalam buku itu juga John Esposito memberi melabelkan Anwar sebagai Muslim Moderat yang berbeza dengan Muslim Konservatif. Muslim Konservatif lebih mementingkan undang-undang Islam serta mengabaikan ketamadunan, ekonomi, ilmu dan hak wanita. Sebaliknya, Anwar sebagai Muslim Moderat, lebih mementingkan Islam yang dinamik mengikut kesesuaian masa dan tempat. Anwar juga menolak peniruan yang konservatif (taqlid) dan memihak kepada analisis bebas serta terjemahan semula (ijtihad), serta percaya bahawa Islam adalah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2008 08:48 AM | Show all posts
Membaca sejarah silam Islam di Andalusia, Cordoba, Sepanyol


Andalusia adalah nama bahasa Arab "Al Andalus", merujuk kepada Semenanjung Iberian, Sepanyol. Nama Andalusia diberikan oleh Tariq ibni Ziad ketika berjaya mendarat di Gibralta pada 30 April 711. Tariq bin Ziad juga telah berjaya mengalahkan pemerintah asal di bawah cengkaman raja Roderick (Kristian).

Kejayaan Tariq itu menyebabkan lapan ibu kota Andalusia berjaya ditakluki iaitu Cardoba, Granada, Almer韆, C醖iz, Huelva, Ja閚, M醠aga dan Sevilla.

Kerajaan Islam berjaya berkuasa di Andalusia selama 800 tahun dari tahun 711 hingga 1492 M. Ketika zaman kegemilangan 揔iblat peradaban
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:48 AM | Show all posts
Tesis RAND Corporation dan Anwar kes Cordoba, Sepanyol

Membaca susur galur sejarah di atas, sekarang kita bina tesis kenapakah Angel M. Rabasa dari RAND Corporation mencadangkan Persidangan Muslim Moderat Sedunia diadakan di Cordoba di Sepanyol?

Menurut RAND Corporation, pemilihan Cordoba, di Sepanyol dianggap paling strategik kerana mempunyai makna simbolik yang mendalam ke atas seluruh umat Islam di dunia.

Menurut RAND Corporation lagi di Cordoba nanti akan diadakan satu pengisytiharan peperangan terbuka antara Muslim Moderat melawan Muslim Fundamentalis.

Apakah maksud sebenar saranan Angel M. Rabasa dan RAND Corporation itu ?

Membaca juga Perutusan Anwar Ibrahim sempena Hari Natal, beliau menyeru rakyat Malaysia kembali ke masyarakat "masyarakat convivencia" zaman kerajaan Andalusia dan Cardoba yang telah dimusnahkan.

Dakwa Anwar, masyarakat Malaysia hari ini, kehidupan agama tidak harmoni dan jurang antara Muslim dan Kristian sangat lebar, jadi untuk kembali harmoni, rakyat disarankan kembali ke zaman "masyarakat convivencia"

Semasa zaman "masyarakat convivencia" di bawah pemerintahan Islam, umat Islam, Kristian dan Yahudi digambarkan Anwar hidup secara aman damai serta berjaya membina ketamadunan.

Tetapi realiti hari ini "masyarakat convivencia" sudah tidak wujud di Sepanyol di bawah pemerintahan Kristian. Selepas kerajaan Islam ditewaskan, umat Islam yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh secara kejam.

Jadi wajarkah rakyat Malaysia kembali ke zaman "masyarakat convivencia" yang sudah musnah di Cardoba, Sepanyol, sedangkan kita telah mengetahui penghujung sejarah akhirnya, iaitu kerajaan Islam akan dimusnahkan dan umat Islamnya bakal dibunuh serta simbol agama bakal dihapuskan?


AIDC
26 Disember

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 08:49 AM | Show all posts
Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Member of the Board of the FNF, Potsdam, Germany. Hubertus von Welck adalah FNF抯 Regional Director for East and South East Asia

Masyarakat Convivencia : Idea Anwar Ibrahim atau Yayasan Kristian ?

Dari segi sejarah, Eropah dan Islam telah bertemu beberapa kali. Kali pertama, semasa tentera Muslim menawan Sepanyol, hingga terhenti di bahagian Selatan Perancis pada 732 Tahun Masihi. Penaklukan ini mewujudkan pemerintahan Islam di Sepanyol selama 800 tahun yang digambarkan dalam perkataan Sepanyol,'convivencia' (hidup bersama). Ini merupakan percubaan pertama untuk mengintegrasikan antara kepercayaan Muslim dan Kristian dalam kehidupan bermasyarakat.

Sekarang, dalam peralihan abad ke-21, Eropah perlu mencari bentuk baru yang moden untuk convivencia, kerana di antara 15 hingga 20 juta Muslim telah berhijrah ke Eropah dari tempat asal mereka, sama ada sebagai pekerja sah atau pelarian.

Muslim membawa bersama tradisi mereka dan menyesuaikannya dengan prinsip hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang dalam masyarakat Eropah. Eropah mesti memastikan berjuta-juta Muslim hidup dalam lingkungan mereka, tidak berhadapan dengan sebarang bentuk diskriminasi yang didorong oleh keagamaan.

Pada masa yang sama Eropah tidak boleh menerima amalan dalam masyarakat Muslim yang dilaksanakan bertentangan dengan prinsip utama yang mendasari masyarakat Eropah.

Proses mewujudkan satu rejim baru convivencia Eropah, berdasarkan kepada saling percaya dan toleransi di kalangan semua kumpulan agama, memerlukan satu dialog di antara semua pemegang amanah (aktivis masyarakat).

Oleh yang demikian, Friedrich Naumann Foundation (Yayasan Friedrich Naumann), menjemput wakil terkenal daripada Central Committee of Muslims in Germany (Jawatankuasa Muslim Pusat di Jerman), Turkish-Islamic Union of the Office for Religion (Kesatuan Masyarakat Turki-Islam dari Pejabat Untuk Agama), Islamic Federation Berlin (Persekutuan Islam Berlin), dan Islamic Community Germany (Masyarakat Islam Jerman).

Kesemua mereka bertemu dengan Pengerusi Council of Evangelical Churches in Germany (Majlis Gereja- Gereja Evangelical di Jerman) dan wakil daripada Central Committee of the Catholic Church in Germany (Jawatankuasa Pusat Gereja Katolik di Jerman).

Count Lambsdorff, Pengerusi Friedrich Nauman Foundation telah memberikan ucapan pembukaan dengan menekankan kepentingan untuk mencari penyelesaian bersama berdasarkan prinsip hak asasi manusia dan demokrasi yang liberal.

Sesi berikutnya forum tentang kepercayaan Muslim pada masa ini, negara dan individu Islam yang moden, budaya Muslim dan pendidikan di Eropah, serta turut dibincangkan Islam moden dalam agenda dasar luar dan pembangunan Eropah.

Di antara pakar yang menyertai pertemuan penting ini adalah Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie), bekas Presiden republik Indonesia, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anwar perlu berada di Malaysia untuk satu kes mahkamah dan telah menyertai sidang video secara langsung dari Kuala Lumpur.

Sumber rujukan adalah Prof. Abdullahi An-Na

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:51 AM | Show all posts



Model Anwar Ibrahim : Masyarakat Madani dan Masyarakat Plural di Indonesia

Lahirnya istilah "Masyarakat Madani" di Indonesia bermula dari gagasan Dato Anwar Ibrahim, ketika itu sedang memegang jawatan sebagai Menteri kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketika berucap dalam Simposium Nasional, Forum Ilmiah, Festival Istiqlal, Indonesia pada 26 september 1995.

Istilah 'masyarakat madani' sebenarnya masih baru, dikutip dari pemikiran Prof. Naquib al-Attas seorang ahli falsafah kontemporari dari Malaysia. Kemudian diperakui oleh beberapa pakar di Indonesia termasuk Nurcholish Madjid yang telah melakukan rekonstruksi (pengulangan semula) terhadap masyarakat madani dalam sejarah Islam dalam artikelnya 揗enuju Masyarakat Madani擺/b].[1]

Dewasa ini, istilah masyarakat madani semakin kerap disebut, mula-mula hanya terbatas di kalangan intelektual, misalnya Nurcholish Madjid, Emil Salim, dan Amien Rais. Tetapi perkembangannya menunjukkan istilah masyarakat madani juga telah disebut-sebut oleh tokoh-tokoh pemerintahan dan politik, misalnya mantan Presiden B.J. Habibie, Wiranto, Soesilo Bambang Yudoyono dan ramai lagi.[2]

Masyarakat madani atau yang disebut pihak Barat sebagai "Civil Society" mempunyai prinsip asas pluralis, toleransi dan hak asasi manusia serta terkandung di dalamnya prinsip 'demokrasi'.

Sehingga kini masyarakat madani dalam erti kata negara telah menjadi satu cita-cita untuk negara Indonesia, meskipun sebenarnya dalam wilayah-wilayah tertentu, kehidupan yang menyentuh prinsip asas masyarakat madani itu sudah dipraktikkan.

Sebagai bangsa yang pluralis dan majmuk, model masyarakat madani merupakan satu model mayarakat Indonesia demi mewujudkan integriti sosiol dan integriti nasional.

Mencari kesepadanan perkataan 搈asyarakat madani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:52 AM | Show all posts
Dalam wacana civil Society II memfokuskan tentang aspek 搗ertical

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:58 AM | Show all posts



Gus Dur: Bapak Pluralisme Indonesia

Syafi抜 Anwar mengatakan bahawa Gus Dur adalah bapak pluralisme Indonesia. Wimar Witoelar menambah Gus Dur bukan setakat bapak pluralisme Indonesia tetapi juga bapak plularisme dunia, sebagai isyarat menunjukkan dunia kini kekurangan tokoh pluralisme kerana didominasi oleh pemimpin eksklusif (hanya satu agama terbaik).

Kenyataan-kenyataan di atas diucapkan dalam pelancaran buku 慬b]Islamku, Islam Anda, Islam Kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 09:02 AM | Show all posts


Masyarakat convivencia? Andalusia versi Anwar Ibrahim

Selamat menyambut Hari Natal kepada penganut agama Kristian.

Sempena Hari Natal.. sdr Anwar ada memberi perutusan sempena hari perayaan tersebut yang sinonim dengan Santa Claus dan rusa-rusanya. Hari yang ditunggu oleh kanak-kanak untuk mendapat hadiah dari mereka yang tersayang.

Dalam perutusan tersebut, sdr Anwar mengajak kita semua mencontohi peradaban Andalusia yang mempunyai 憁asyarakat convivencia? di mana penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam boleh hidup bersama secara harmoni. 慍onvivencia?bermaksud 憈he Coexistence?atau 憈erjadi secara bersama?atau 憁ajmuk?

Saranan tersebut sewajarnya diikuti walaupun terdapat kisah yang memilukan untuk umat Islam ketika itu..

Jika kita mengimbau sejarah lalu, 憁asyarakat convivencia?ketika itu dibawah pemerintahan kerajaan Islam. Dari penguasaan pemerintahan Bani Umaiyah sehinggalah peralihan kepada Bani Abbasiyah seterusnya mewujudkan 20 puak yang saling bersengketa antara satu sama lain.

Pada zaman itu.. Islam mencapai zaman kegemilangannya dari segi peradaban budaya, ilmu dan teknologi. Bahasa Arab dipandang sebagai bahasa ilmu dan dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam kehidupan seharian.

Namun, akibat terlampau lama berkuasa (800 tahun lamanya), umat Islam sudah mula lalai dan bercakaran sesama sendiri. Pemerintah jadi bongkak dan rakyat memendam rasa sehingga bertindak untuk memberontak. Ini diburukkan lagi dengan permusuhan sesama puak yang ego untuk mempertahankan prinsip masing-masing.

Kerana tidak tahan dengan bantahan rakyat, si pemimpin mula berbaik-baik dengan kuasa asing dan ada diantara mereka tidak segan-silu memohon bantuan negara asing untuk memadamkan gelombang pemberontakan di wilayah mereka. Kerana kuasa.. maruah bangsa sudah tidak dihiraukan, asalkan mereka terus berkuasa.

Kerana persengketaan dalaman, kuasa asing mula mengambil kesempatan untuk menyerang Andalusia yang sememangnya sudah lemah. Akhirnya, Raja Abu Abdullah telah mementerai 慞erjanjian Granada?demi menjamin keselamatan orang Islam di bawah pemerintahan 憈uan?mereka yang baru, iaitu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, penguasa tentera Kristian Katholik.

Orang Islam dijanjikan keselamatan untuk keluar dari Andalusia atau menganut agama Kristian jika mahu kekal disitu. Sebuah kapal disediakan di pelabuhan untuk membawa keluar orang Islam secara beramai-ramai belayar keluar. Setelah yakin dengan jaminan dari Tentera Salib, mereka berkumpul beramai-ramai di pelabuhan.

Akhirnya, mereka ditipu hidup-hidup.. kapal tersebut dibakar dan rumah mereka juga digeledah, dimusnahkan dan dibakar. Kebanyakkan mereka yang sudah tidak bersenjata bersama-sama anak dan isteri mereka telah dibunuh, disembelih, diperkosa dan dibakar hidup-hidup secara beramai-ramai di pelabuhan itu. Bayangkan tubuh kanak-kanak yang tiada daya dihumban dan dibunuh seumpama sampah..

Sekiranya Yahudi meraih simpati masyarakat dunia dengan kisah 慼olocaust?mereka akibat kekejaman Nazi pada abad ke 19, .. Andalusia merupakan kisah 慼olocaust?umat Islam pada abad ke 14 hasil kekejaman Tentera Salib. Apa yang nyata.. pembunuhan secara beramai-ramai adalah sesuatu tindakan yang kejam dan terkutuk walau terhadap mana-mana bangsa di atas dunia ini.

Ironinya.. penganut agama lain boleh hidup secara bersama-sama secara harmoni semasa pemerintahan penguasa Islam. Tetapi, penganut agama Islam hidup dalam ketakutan semasa penguasaan Tentera Kristian selama 300 tahun lamanya dan tiada satu pun simbol atau ikon Islam yang dikekalkan. Sekarang, Andalusia (Sepanyol) sudah jadi antara negara Kristian yang paling dominan di Eropah pada masa kini.

Secara peribadi.. saya berpendapat, masyarakat Malaysia sekarang ini sudah menepati ciri-ciri 憁asyarakat convivencia?yang hidup secara harmoni dan bebas menganuti agama masing-masing sejak zaman pra-merdeka lagi. Dari satu sudut pandangan yang lain.. terdapat juga tanda-tanda keruntuhan 憁asyarakat convivencia?Malaysia akibat percakaran sesama sendiri dan anasir-anasir tertentu yang cuba 憁enangguk di air keruh?

Titik tolak kesejahteraan antara agama ialah sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Muslim tidak boleh memandang hina penganut agama lain manakala penganut agama lain harus juga menghormati kepercayaan orang Islam. Tiada guna mencari siapa yang betul atau salah dalam pegangan agama masing-masing.. malahan, tiada paksaan dalam beragama. Bukankah itu sabda Nabi?

Tetapi sdr Anwar masih tidak puas hati dengan 憁asyarakat convivencia?yang ada sekarang dan menyalahkan dasar kerajaan yang menyebabkan jurang agama semakin melebar. Apa yang sdr Anwar mahu ialah 憁asyarakat convivencia?yang sepatutnya memberi keutamaan kepada 20% penganut Kristian berbanding 60% penganut Islam. Adakah ini maksud 憁asyarakat convivencia?versi Anwar Ibrahim?..

Satu kisah sejarah yang diceritakan semula untuk menyemai perpaduan antara kaum dan agama, tetapi tidak bercerita sehingga tamat bagaimana umat Islam dibelasah dan disembelih gara-gara segelintir manusia yang tamak, gara-gara segelintir manusia yang sanggup bersekongkol dengan anasir luar untuk mengekalkan (atau meraih) kuasa sehingga negara tergadai dan gara-gara segelintir manusia yang sanggup memakan daging saudara seagama demi kepuasan nafsu.

Kepada pemimpin-pemimpin Umno.. usahlah terus menerus bermain wayang memperjuangkan isu bangsa dan agama jika tindakan sendiri tidak mencerminkan apa yang dikata. Jangan jadi penguasa Andalusia yang takut kehilangan kuasa dan harta.. merendah diri dan dengarlah suara rakyat marhaen kerana mereka-mereka ini yang sebenarnya menjadi tiang dan tunjang kekuasaan anda semua.

Sejarah sentiasa berulang dengan jalan cerita yang sama tetapi melalui pelakon dan watak yang berbeza.

sumber - cekka

[ Last edited by  shamsadis at 30-12-2008 09:04 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:00 AM | Show all posts


Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim

Pada petang semalam, saya sedang memandu kereta dari Puchong menuju ke Bukit Jalil. Saya teruja dengan satu papan tanda di tapak pembinaan berhampiran dengan Taman Awam Bukit Jalil yang berbunyi "adanya Harapan".."There is hope". Saya menjangkakan ini merupakan papan itu sebagai satu iklan pembinaan bangunan pejabat baru PKR kerana penggunaan slogan "harapan" sinonim dengan PKR dan Anwar Ibrahim selalu menyebut slogan itu secara berulang-ulang. Malah semasa Kongres PKR baru-baru ini, Anwar Ibrahim dan PKR menggunakan slogan " Harapan Baru" sebagai tema besar hala tuju parti mereka. Maknanya, slogan "Harapan" melekat di minda saya sebagai sinonim dengan dengan Anwar dan PKR.

Saya teruja dengan slogan papan tanda itu dan memberhentikan kereta untuk melihat sendiri apakah makna slogan tersebut. Saya melihat di sebelah papan tanda itu,tiang-tiang sedang dicacakkan menandakan satu projek pembangunan akan dilaksanakan.



Papan tanda misteri.."Adanya harapan..There is hope"..seninom dengan slogan Anwar Ibrahim "Harapan Baru"



Papan tanda "adanya harapan" akan menimbulkan tanda tanya kepada setiap orang awam yang melalui jalan itu..Apakah itu "adanya harapan" ? Apakah projek pembinaan itu ? Apa kaitan "adanya harapan" dengan projek pembinaan itu ?..


Terlintas di fikiran saya, "Apakah PKR akan membuat stadium baru atau bangunan pejabat baru PKR yang besar sebagai menandakan kemenangan mereka di Selangor dan Wilayah Persekutuan".

Saya sempat mengambil beberapa keping foto papan tanda, projek pembinaan 'adanya harapan' untuk koleksi peribadi. (dua foto seperti di atas)

Sekembalinya ke rumah, saya membuka alamat website yang dicatatkan di papan tanda itu, www. calvary. org.my untuk mengetahui lanjut apakah projek pembinaan slogan "adanya harapan" itu.

Saya terkejut, laman Calvary bukannya laman PKR sebaliknya laman Gereja Calvary Malaysia, beralamat di Calvary Church, 2 Jalan Damansara Endah, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. tel. (603) 7728 6000 | fax. (603) 7728 8037 | email@calvary.org.my.


Saya mencari-cari di laman itu, kaitan slogan 'adanya harapan' yang saya tonton di papan tanda di kawasan berhampiran Stadium Bukit Jalil dengan laman Gereja Calvary Malaysia.

Di bawah tajuk Calvary Convention Centre (CCC), klik di sini, saya menjumpai apa yang saya cari sebelum ini. Rupa-rupanya bukan stadium PKR atau bangunan baru PKR tetapi satu projek pembinaan Pusat Konvesyen Majlis Gereja Calvary.

Berikut merupakan senarai kronologi dari mesyuarat perancangan pada Februari 2008 hingga proses pembinaan dari Mei - Oktober 2008





Mesyuarat Persatuan Kristian Calvary.... Februari 2008, ketika menjelang ambang PRU 12



Kerja-kerja pembinaan mula dilakukan pada Mei 2008.... Setelah dua bulan PRU 12 yang menyaksikan PKR berjaya menafikan 2/3 kerusi di parlimen Malaysia



Tapak pembinaan.... Jun 2008



Tapak pembinaan.... Julai 2008



Tapak pembinaan.... Ogos 2008



Tapak pembinaan.... September 2008



Tapak pembinaan.... Oktober 2008




Beginilah bentuk model Calvary Convention Centre (CCC) jika siap sepenuhnya. Bentuk yang paling moden dengan peralatan yang serba moden. Mampu menampung lebih 5,000 penganut Kristian untuk latihan agama Kristian di Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:03 AM | Show all posts
Laman itu menyebut CCC dibina untuk menampung kegitan Gereja Calvary yang holistik, untuk peringkat dalam negara dan luar negera. Auditoriumnya memuatkan 5,000 kerusi untuk kegiatan pendidikan dan latihan Kristian khusus untuk golongan muda di Malaysia.

"The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national
conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation?s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements." Klik di sini



Lokasi CCC..The Calvary Convention Centre seluas 4.9 hektar di kawasan tanah yang telah diluluskan di Bukit Jalil. Klik di sini


Setelah selesai meneroka di internet tiga perkara yang terlintas di fikiran saya;

Pertama; Slogan Harapan Baru yang digunakan oleh Anwar Ibrahim rupa-rupanya lebih dekat dengan agama Kristian. Kalau tidak dekat, kenapakah di papan tanda yang saya lihat itu, mereka gunakan slogan "adanya harapan", sedangkan sepatutnya di papan tanda itu diletakkan secara direct 'projek pembinaan The Calvary Convention Centre'. Apa maksudnya slogan "adanya harapan" dengan projek pusat majlis gereja Calvary itu ? Jadi dengan ini membenarkan kata-kata Mohamad Sabu yang pernah berkata, Anwar Ibrahim lebih sesuai untuk menarik bukan Melayu di Malaysia. Apa sahaja slogan yang Anwar gunakan bukan untuk menarik undi Melayu, tetapi untuk menarik sokongan bukan Melayu..

Kedua; Barangkali 'adanya harapan' berkait rapat dengan slogan "harapan Baru" yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim kerana projek ini dibina selepas selesainya PRU 12, setelah PKR berjaya mengurangkan 2/3 kerusi di parlimen dan menguasai Selangor dan Wilayah Persekutuan. Projek ini mula dirancang bulan Februari 2008 (sebulan sebelum PRU 12) dan benar-benar dibina selepas PRU 12. Jadi hipotesis saya, Persatuan Kristian sengaja memilih saat-saat kritikal politik Malaysia (menjelang PRU), ketika itu mereka mengadakan deal dengan Anwar. Seminggu sebelum PRU, Persekutuan Majlis Gereja Majlis telah mengadakan perbincangan tertutup dengan Anwar Ibrahim dan mereka telah bersetuju dengan beberapa beberapa perjanjian, sekiranya PKR berjaya dalam PRU itu. Terlintas di fikiran saya, inilah sebahagian hasil perjanjian Anwar dan Majlis Gereja sebelum PRU lalu kerana projek pembinaan dibina sebaik sahaja PKR berjaya menguasai Selangor dan Wilayah Persekutuan ?

Ketiga; Sekiranya sebesar itu Persatuan Gereja Calvary akan membina pusat konvesyen mereka, apakah nasib generasi muda Malaysia akan datang. Apakah golongan muda Melayu akan diKristiankan secara besar-besaran pada masa akan datang ? Wajarkan Majlis gereja Malaysia membina pusat konvesyen sebesar itu sedangkan penagnut mereka hanya 15 peratus di negara ini ? Jadi kalau 15 peratus, mereka ingin tampung siapa di pusat konvesyen itu ?

Itu persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya yang belum terjawab hingga sekarang..mampukah kita bertahan dengan serangan Anwar Ibrahim yang dibantu dari Persatuan Kristian dari dalam dan luar negara ?

Saya masih mengaru-garu kepala, mencari jawapan yang tidak pasti..


Semoga catatan ini berguna untuk renungan kita bersama. Amin.


Faizal Hakim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:11 AM | Show all posts

BANDINGKAN LOGO DI ATAS DAN DI BAWAH. PERHATIKAN SIMBOL MATA, PENGGUNAAN WARNA SERTA LENGKUK BULAN SABIT DI BENDERA PKR DAN CORAK SUSUNAN ALATAN GEOMETRI PADA SIMBOL FREEMASON DI BAWAH. ADA SERUPA KA?




CUBA BANDINGKAN PULA SIMBOL BULAN SABIT PKR DENGAN 'BIG LOGO' FREEMASON DI BAWAH INI..



ADAKAH SAMA BENTUK MATA 'FREEMASON WATCH' DI BAWAH INI DENGAN SIMBOL MATA LEBAM KETUA UMUM PKR?



WUJUDKAH PERSAMAAN ANTARA LOGO 'GRAND ORANGE LODGE OF SCOTLAND' DI BAWAH INI DENGAN BENTUK BULAN SABIT PKR?





ADAKAH KEPAK 'ANGEL' INI SENGAJA DIKEMBANGKAN MENYAMAI SIMBOL BULAN SABIT PKR?





ADAKAH INI CARANYA AHLI PKR BERSALAM? ATAU KETUA UMUMNYA SAJA YANG BERSALAM SEDEMIKIAN?





ATAUPUN CARA 'LION SPAW' SEPERTI DI BAWAH INI?





MASTER MASON DEGREE BERSALAM MENGGUNAKAN CARA 'FIVE POINTS OF FELLOWSHIP' SEPERTI DI BAWAH NI. SEKALI TENGOK DAH MACAM 'GAY' LA PULAK!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 08:16 AM | Show all posts
Maklumat tambahan terhadap Gerakan Freemason:

Jabat-tangan Freemason (Freemason Handshake)

http://www.youtube.com/watch?v=Sk2L5mcJgYk&feature=related

Bukti Kewujudan Fahaman Freemason di Malaysia

http://www.youtube.com/watch?v=sNlqQbgKFF8
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:21 AM | Show all posts



Konspirasi Anwar Terdedah

Oleh Yahaya Ismail

Oleh kerana ia memakai berbagai-bagai jenis topeng yang berwarna-warni untuk menyesuaikan diri dalam berbagai golongan masyarakat maka sukar bagi seseorang hendak mengetahui siapakah orang yang bernama Anwar Ibrahim ini?

Dengan menggunakan khidmat nasihat dari Institut Kajian Dasar (IKD) dalam negara dan Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Doughlas H. Paal yang pernah berkhidmat dengan Dewan Keselamatan Negara maka besar kemungkinan Anwar menjadi agen CIA.

Kedua pertubuhan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi imej Anwar sebagai pemimpin politik bertaraf antarabangsa dengan harapan ia dapat menggerhanai ketokohan PM sendiri. Tidak pernah sebelum ini seorang Timbalan Perdana Menteri atau pun Menteri Kewangan mempunyai suatu pertubuhan tertentu untuk menjaga imej ketokohan mereka baik di peringkat nasional apa lagi internasional.

Datuk Murad dalam keterangan bersumpahnya menyatakan Anwar telah menyumbangkan US$10 juta (RM38 juta) kepada pertubuhan ini yang beribu pejabat di Washington, USA. Anwar dilantik sebagai penaung (patron) kerana memberi sumbangan kewangan tersebut. Tujuan utama ialah untuk membawa hubungan yang mesra antara pemimpin-pemimpin politik dan bisnes Amerika dengan rakan-rakan seperjuangan di Asia Pasifik. Ia juga bertujuan untuk memberi ruang kepada Amerika untuk memainkan perasaan yang lebih besar dan kreatif di kawasan Asia pasifik yang mencakupi bidang perniagaan, politik, ekonomi dan keselamatan.

Anih bin pelek mengapakah APPC hanya mempunyai seorang pemimpin Asia, iaitu Anwar Ibrahim, sebagai penaungnya tetapi sebahagian besar dari tenaga badan ini terdiri dari tokoh-tokoh politik dan pegawai-pegawai pentadbir Amerika yang pernah berkhidmat dalam badan keselamatan negara Amerika.

Di sini saya senaraikan nama-nama pemimpin APPC untuk pengetahuan para pembaca sekalian. Penaungnya ialah Anwar Ibrahim. Presiden APPC ialah Douglas H. Paal, David G. Brown (Senior AssociateI, Seth R. Sulkin (Adjunct Fellow) dan James Kuhn (Programme Director). Ahli lembaga amanahnya pula terdiri dari Brent Scowcroft (bekas Penasihat Keselamatan kepada bekas Presiden George Bush dan bekas Lt. Jeneral Tentera Udara Amerika), Robery Orr (bekas duta ke Singapura dan bekas Governor Indiana), Frank Carlucci (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika dan bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada bekas Presiden Ronald Reagan), dan Dave McCurdy (bekas pengerusi, Democratic Leadership Council dan bekas ahli Kongres Amerika).

Dari senarai para pemimpin APPC ternyata ia mempunyai hubungan yang rapat dengan jabatan pertahanan dan keselamatan Amerika. Malah bolehlah dikatakan APPC ini adalah sebuah front badan perisikan Amerika untuk menyebarkan pengaruh dan kuasa politik Amerika ke bahagian Asia Pasifik. Jelas kepada kita Anwar terlibat secara langsung dalam penubuhan dan pengurusan badan ini melalui sumbangannya sebanyak US$10 juta.

Apakah muslimat Anwar untuk membiayai sebuah pertubuhan di Amerika yang didalangi oleh bekas Setiausaha Pertahanan Amerika dan beberapa orang Penasihat Keselamatan yang terkemuka itu?

Jawapannya jelas. Anwar hendak menggunakan badan ini, selain dari hubungan peribadinya dengan beberapa pemimpin kerajaan Amerika dan Yahudi untuk membantunya melaksanakan konspirasinya bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat sekarang. Sebagai bekas penasihat pertahanan dan keselamatan negara Amerika tentulah mereka mempunyai berbagai cara, haram dan halal, sah dan tidak sah, untuk merancangkan penggulingan sesebuah kerajaan di mana saja di atas muka bumi ini yang tidak disenangi Amerika.

Di samping itu badan ini juga, dengan kepakaran dan hubungannya yang terus dengan kerajaan Amerika, dapat membantu Anwar dalam berbagai perkara untuk menjayakan hasrat politiknya, iaitu menjatuhkan pimpinan Mahathir. Sememangnya Amerika membenci Mahathir tersingkir. Penggantinya sudah ada iaitu Anwar yang sanggup menjadi budak suruhan Amerika dan sanggup pula membiayai pertubuhan asing bagi kegunaannya kelak.

Tetapi Anwar telah melampaui batas dalam tindak-tanduknya untuk menumbangkan kerajaan yang sah dan menggunakan sokongan, bantuan serta kebijaksanaan kuasa asing.

Murad mendedahkan bahawa Anwar mahukan APPC menguruskan rezab Bank Negara Malaysia dan KWSP yang berjumlah RM50 billion sebagai membalas jasa dan perkhidmatan APPC untuknya. Ini pengkhianatan nombor wahid! Tidak pernah terdengar seorang menteri kewangan sebuah negara sanggup menyerahkan kepada orang asing menguruskan rezab simpanan negara. Bagaimanakah dia boleh membuat cadangan demikian memperjudikan wang kepunyaan rakyat dan negara Malaysia kepada sebuah pertubuhan asing, APPC, yang memberi perkhidmatan untuk menjaga kepentingan seorang individu, Anwar Ibrahim?

Nasib baik pihak Bank Negara tidak melaksanakan hasratnya yang boleh ditafsirkan sebagai menyalahgunakan wang rakyat dan negara untuk tujuan politik peribadinya. Sikap tidak bertanggungjawab dan menjadi talibarut asing tidak membayangkan dia sebagai seorang patriot, malah sebagai pejuang Islam yang ia laung-laungkan itu. Allah masih sayang kepada rakyat dan kerajaan negara kita dan menyelamatkan kita dari belenggu asing gara-gara seorang pejuang Islam yang mengamalkan homoseks dan gila kuasa.

Inilah sikap dan perjuangan seorang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam yang sanggup membiayai pertubuhan asing atas usaha pemimpin-pemimpin terkemuka Amerika terdiri dari bukan Islam untuk ia gunakan bagi menjatuhkan kepimpinan Islam di negaranya sendiri! Bukankah ini pengkhianatan namanya? Apakah mereka yang menyokong Anwar masih buta matahari dan tidak dapat melihat konspirasi Anwar itu?

Sekiranya anda patriot bangsa, pejuang Islam tulen, yang ada maruah dan berilmu sanggupkah anda menerima kepimpinan seorang rakyat Malaysia yang menjadi orang suruhan kuasa asing? Waktu Mahathir dan Musa Hitam menentang Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas peristiwa 13 Mei 1969 mereka tidak menggunakan pertubuhan asing ataupun kuasa asing membantu mereka. Akhirnya mereka dipecat dari UMNO dan mereka tidak mengemis meminta bantuan Amerika, Britain ataupun media barat untuk menjulang mereka. Begitu juga dengan Ku Li, Rais Yatim dan bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang mendirikan semangat Melayu 46. Mereka tidak menjilat pemimpin-pemimpin asing, khasnya barat, untuk meminta bantuan moral, politik atau pun wang ringgit bagi menentang kerajaan UMNO/BN.

Mereka semuanya ada maruah, ada harga diri. Mereka tidak seperti Anwar yang sanggup membiayai pertubuhan asing didalangi oleh penasihat-penasihat keselamatan negara Amerika untuk membantunya. Apakah ini jenis pemimpin Islam yang dikagumi oleh para taksub yang buta mata hati? Apakah anda tidak dapat menilai antara pemimpin yang patriotik dengan pemimpin yang menjadi Sang Rajuna Tapa yang sanggup menjadi pengkhianat kepada negara sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Bahawa dengan adanya IKD dan APPC yang dibiayai berjuta-juta ringgit oleh Anwar menunjukkan dia mempunyai agenda politiknya? Barangkali jin afrit untuk tujuan politiknya? Barangkali jin afrit dalam lampu ajaib Aladdin sendiri pun tidak berupaya hendak membekalkan wang sebanyak itu. Apakah Amerika atau kuasa-kuasa asing tertentu yang membantunya dengan wang ringgit berbillion ringgit? Kita tidak pasti.

Memandangkan dia mempunyai banyak sahabat yang berpengaruh di Washington boleh jadi juga Uncle Sam menghulurkan derma 搃khlas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:21 AM | Show all posts
Anwar menerima RM50 juta dari akaun tersebut, Dato (sekarang Tan Sri) Abdullah Ahmad (Bangsa-Bangsa Bersatu)- RM 5juta, Dato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:22 AM | Show all posts
Chandra Segaran Pillai Muzaffar, Timbalan Presiden Keadilan juga dituduh menerima habuan sebanyak RM5 juta untuk dirinya dan Aliran yang pernah dipimpinnya. Dia juga dikatakan hendak menyaman Murad. Silakan. Chandra pernah menjadi Presiden Aliran dan sangat anti kerajaan dalam majalah tersebut. Bila dia meninggalkan Aliran tiba-tiba muncul pula sebagai ketua Just World yang pada mulanya mengambil sikap anti Barat dan pro kerajaan.

Setelah mendapat kedudukan penting sebagai pengarah pusat tamadun atas ihsan Anwar melalui seorang kroni Anwar yang menjadi salah seorang Naib Canselor di Universiti Malaya Chandra telah mengambil sikap pro Barat pula. Ini bersesuaian dengan sikap Anwar sendiri yang pro Amerika dan Barat. Chandra tidak lagi menari menurut rentak tabla tetapi sudah berjinak-jinak dengan cha cha cha. Dia juga ada kepentingan diri dan bergayut kepada Anwar kerana mengenangkan budi Anwar kepadanya. Dia dikatakan menjadi 損enasihat politik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.093875 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list