CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
 Author| Post time 28-6-2023 11:27 AM | Show all posts
Siapa Yang Datang Ramai-ramai Tu?


Ada satu malam tu, aku buat OT sorang-sorang kat ofis aku.  Ofis aku bangunan lama, bekas sebuah rumah yang dibina 200 tahun yang lalu.  Jam dah masuk pukul 11 malam, pejabat aku ni dah berkunci, sekali tu aku dengar pintu hadapan bangunan ni dibuka dan ada orang berjalan naik tangga kat sebelah kanan tu ke tingkat atas.  Pada mulanya aku tak hiraukan sangat, mungkin pengawal yang kerja malam, tapi.....

Bunyi tapak kaki orang naik tangga tu tak putus-putus pulak, seolah-olah macam ada sekumpulan orang berbaris naik tangga tu.  Pastu aku boleh dengar bunyi tapak kaki manusia-manusia tu berjalan pulak merentasi ruang pejabat di tingkat atas aku ni, menuju ke tangga sebelah kiri pulak.  Masa ni aku cuak dah sebabnya tingkat 3 tu loteng, dan loteng tu sedang diubahsuai jadi mana ada pejabat kat situ.  Ofis aku ni berdinding jadi aku tak nampaklah siapa yang datang ramai-ramai tu.

Aku pun telefonlah polis.  Sebab aku tak berani nak keluar pintu depan, aku mintak polis nanti jumpa aku kat pintu kecemasan.  Polis pun sampai, 2 orang.  Kitorang bertiga senyap je dalam pejabat aku tu dan sama-sama mendengar bunyi tapak kaki ramai orang naik tangga sampai ke loteng.

Sorang polis tu tanya dah berapa lama dah ni bunyi orang naik ni? Aku tengok jam di tanganku, adalah dalam 20 minit.  Polis tu arahkan aku keluar senyap-senyap ikut pintu belakang, di belakang ofis aku ni ada tempat letak kenderaan, diorang suruh aku tunggu situ sementara diorang panggil backup.  Polis masa tu khuatir yang tu mungkin gangster yang datang ramai-ramai nak merompak bangunan ni.

Aku pun macam tikus tunggu jelah kat situ.  Datanglah dalam 4 buah kereta polis ke situ, tapi tak pasang siren tak pasang lampu.  Mengikut kata sorang polis yang temankan aku tu, diorang nak buat serbuan.  Jadi aku pun perati jelah pasukan taktikal polis baju gelap ni masuk senyap-senyap dalam bangunan tu ikut pintu kecemasan tadi.



Kebetulan, dalam kereta polis tu radio perhubungan diorang masih terpasang.  Dari luar aku boleh nampak 2 orang polis bukak kunci pintu ofis aku.  Nampaklah diorang beraksi sikit-sikit.  "All clear, sir!".  Pastu diorang pun naik tangga tu sampai ke loteng. "Pintu loteng dah terbuka.  Kami akan masuk ke dalam. Over!".  

Pasukan polis dah masuk, kami dengar dari radio sorang polis ni mencarut, "apa benda ni????".  Polis yang temankan aku tadi bila dengar rakan sepasukan dia macam tu, dia pun terus berkejar masuk dalam bangunan tu, tinggallah aku sorang-sorang kat luar.  Dari radio aku dengar bunyi kaki mengesot, menghentak,menyeret, dan bunyi pintu dihempas.

Tak lama selepas kekecohan tu, kesemua anggota polis tadi pun turun balik ke tempat letak kenderaan tu, tapi semua orang senyap tak cakap apa pun.  Kecuali ketua diorang, dia arahkan aku balik je malam tu dan dia temankan aku masuk ofis balik nak amek barang aku.  Malam tu aku balik jelah tapi balik dengan keadaan tertanya-tanya, apa benda tu betul ke ofis aku ni nak dirompak tapi kenapa polis tak tahan orang pun?

Setahun kemudian, masa ni kontrak aku dah tamat dan aku taknak sambung dah keje situ, aku tanyalah bos aku, tempat ni berhantu ke? Dia cuma jawab, biasalah kan bangunan lama....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2023 12:00 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-6-2023 12:02 PM

Polis Diperbudakkan

Aku seorang polis yang bekerja di sebuah pekan kecil di kawasan luar bandar Nebraska.  Kejadian ni berlaku pada tahun 90an, masa tu aku ditugaskan untuk membuat rondaan di pekan tu.  Dalam pekan tu ada beberapa rumah yang ditinggalkan, tapi ada satu rumah ni selalu kena pecah masuk oleh pencuri barang gangsa, jadi kami diminta untuk mengawasi rumah tu.  Rumah ni di rumah corner lot, jadi kami boleh nampak la 4 sudut rumah tu.  Pukul 7 malam, masa ni musim sejuk jadi masa tu dah gelap dah, aku lalu situ takde ape lagi.  2 jam kemudian aku meronda kat situ, masa nilah aku nampak pintu belakang rumah tu ternganga luas.

Aku yakin tadi masa aku ronda pukul 7 pintu tu masih tertutup lagi.  Tapi bila aku tengok kat laman rumah tu yang dah diselaputi salji sepenuhnya, takde pun kesan tapak kaki.  Eh pelik gak ni?  Ada gelandangan duduk dalam rumah tu ke? Aku pun hubungi pejabat aku, aku beritau yang aku nak masuk ke dalam tu dan aku nak mintak syerif datang sementara aku tengah masuk tu.

Aku pun masuk ikut pintu belakang, memang gelap gelita rumah tu, aku pun pasanglah lampu suluh aku.  Ni pertama kali aku masuk rumah tu.  Keadaan rumah tu memang buruk betul, dengan cat dinding rumah tu dah menggelupas, siling bumbungnya dah jatuh-jatuh dan kesan reput sana sini.  Aku cari-cari jugak kesan tapak kaki orang di lantai rumah tu yang penuh berdebu tu, tapi aku cuma jumpa kesan tapak kasut aku je.  Aku pun husnozon mungkin pintu belakang tu terbukak di tiup angin kot.  

Aku pun keluar dari rumah tu, masa aku nak tutup balik pintu belakang tu, aku terdengar bunyi orang melompat di tingkat atas disusuli bunyi budak-budak ketawa.  Eh ada orang ke tadi? Aku pun masuk balik dan menjerit, "Polis! Turun bawah sekarang!".  Tapi lagi kuat suara budak-budak tu ketawa. Aku pun laporkan pada pejabat dalam rumah ni ada budak-budak, tapi ketegaq nak mampuih orang suruh turun taknak.

Aku berlari ke tangga nak ke tingkat atas tu, kena berlari masuk dapur ke ruang tamu dan ke kaki tangga.  Aku perati jugak tingkat bawah tu memang takde orang.  2 kali jugak aku dengar bunyi budak bermain kat tingkat atas tu.  Aku cuba nak husnozon eh tu binatang je tu, takkan makbapak tinggalkan anak-anak diorang dalam rumah buruk ni.  Aku pun naik tangga dan sampai je kat tingkat atas, rumah tu jadi sunyi sepi.

Tingkat atas tu agak kecil berbanding tingkat bawah.  Kat atas tu ada satu bilik tidur di kanan, satu di kiri dan di hujung pun ada lagi satu bilik tidur.  Aku terdengar bunyi benda jatuh di bilik sebelah kiri.  Aku pun dengan berhati-hatinya bukak pintu bilik tu, aku intai-intai dulu.  Bilik tu bilik kosong dan ditengah-tengahnya ada timbunan papan dan cat plaster.  Apa yang ada di atas timbunan tu buat bulu roma aku berdiri.

Di atas timbunan sampah tu, ada sekeping mukasurat yang dikoyak dari buku kanak-kanak, gambar kartun polis. Biar betik ni??? Meremang aku rasa.  Aku dah rasa lain macam dah ni jadi aku pun terus keluar dari rumah tu, tutup pintu belakang dan laporkan pada pejabat, dah tak payah hantar syerif dah, takde apa dalam rumah ni.  Dan lepas tu memang tulah kali pertama dan terakhir aku masuk rumah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 01:45 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 28-6-2023 11:27 AM
Siapa Yang Datang Ramai-ramai Tu?

halaaa...dak tu tak kepoci keee apa benda yg mengesot tu aku pula yg curious nak tau


Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih tt update crta byk2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2023 03:22 PM | Show all posts
Ditipu Atau Tertipu?

Aku adalah orang Indonesia, pada tahun 1990an aku merupakan pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah perempuan di Jakarta.  Ada satu tahun tu semasa aku di menengah atas, kami dapat seorang pelajar baru.  Pelajar ni baru balik dari Malaysia sebab ibubapanya belajar di sana.  Biarlah aku namakan dia Sandra sahaja.  Satu malam tu, kami satu dorm ni sajalah sembang-sembang sekali tu terkeluar cerita hantu.  Terus Dewi ni cadangkan pada kitorang, jom kita main Spirit of The Coin nak?  Kitorang ni tertanya-tanya la, permainan apa tu?  Sandra kata, permainan ni sangat popular di Malaysia, nak main pun senang je kene ada kertas dan syiling.  Permainan ni kalau nasib baik kitorang boleh bercakap dengan entiti makhluk halus.

Kitorang pun terujalah.  Sekolah aku ni, walaupun asrama perempuan, tapi memang tak pernah ada kisah pasal gangguan paranormal ke ape ke, histeria tu adalah tapi takdelah teruk sampai berjangkit macam cerita-cerita aku dengar pasal asrama lain.  Dan orang yang kena histeria tu pun mengaku dia tertekan sebenarnya.  Malam tu kitorang pun mainlah tapi 4 orang je berani main sebab tak muat jari kat syiling tu. "Spirit of the coin, spirit of the coin, come to me, talk to me".  Jampi serapah dia pun aku ingat lagi tau. Sekali tu, memang betul-betul ada entiti yang datang kat kami masa tu.

Entiti tu mengaku, dia adalah jin perempuan, nama dia biarlah aku namakan Dewi je.  Selalunya kita bayangkan jin ni jahat dan garang kan, tapi Dewi ni peramah dan agak kelakar jugak.  Dewi cakap dia takde makbapak, tapi ramai adik beradik dan dia sorang je perempuan, sebab tu dia ditugaskan untuk 'jaga' tempat ni, sebab tempat ni kan sekolah perempuan. Jaga apa tu janganlah tanya aku, aku pun tak tau.  Dewi kata usia dia baru ratusan tahun, jadi kalau tukar jadi umur manusia, baya-baya kamilah jugak.  Di akhir permainan tu, Dewi ni sempatlah jugak pesan, kalau bosan-bosan 'panggil' jelah dia.  Kadang-kadang dia teringin jugak nak tegur kitorang tapi dia kata dia ni pemalu orangnya lol

Selepas malam tu, dari cuma dorm aku je yang tau pasal permainan tu, akhirnya sampai satu asrama pun tahu. Permainan tu jadi sangat popular, dan mana-mana kumpulan yang main permainan tu mesti akan dapat Dewi je.  Pernah satu malam tu, Dewi ni mengadu dia penat pulak lompat-lompat ni, sebab dorm sana panggil dia, dorm sini pun panggil dia jugak.  

Mesti korang tertanya kan, apa benda yang kami tanya Dewi ni? Ala soalan biasa-biasa je.  Contohnya macam ni, dulu aku crush dengan seorang cikgu lelaki ni, so aku saja tanya Dewi, agaknya cikgu tu suka aku tak? Dewi cakap, cikgu A tu dah ada makwe dah. Sekali tu memang betul sebab beberapa bulan lepas tu cikgu A tu umumkan dia nak berkahwin. Ah kecewa sungguh aku. Ada yang tanya pasal jodohlah, teman lelaki lah, soalan-soalan remaja miang macam tu la.

Sehinggalah, aktiviti waktu malam kami ni sampai ke pengetahuan seorang ustazah kami ni.  Semasa perhimpunan, ustazah tu memberi amaran kepada kami, jangan main lagi permainan seru jin ni.  Satu sebab takut jatuh syirik, lagi satu dia cakap, sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.  Selepas tu dorm aku termasuk Sandra dan jugak kawan-kawan lain tak main dah permainan tu.

Kecuali satu dorm ni, biarlah aku namakan diorang 4 dara pingitan je.  Diorang ni je masih degil , malahan lagi aktif diorang main sebab Dewi dah banyak masa terluang kan.  Diorang siap bangga diri lagi, diorang cakap Dewi tu dah jadi geng diorang.

Peperiksaan penggal akhir pun tiba.  Peperiksaan ni kira penting la jugak sebab peperiksaan ni lah yang akan menentukan samada kami layak atau tidak untuk belajar di sekolah ni.  Masa ni, Internet takde lagi, jadi keputusan peperiksaan akan ditampal di papan kenyataan sekolah kami.  Alangkah terkejutnya kami semua sebab 4 dara tu gagal subjek matematik, nama diorang termasuk dalam senarai nak kena buang sekolah.  Padahal 4 dara tu bukanlah teruk sangat prestasi diorang, ada yang top 10 sekolah kot.

Bila keputusan tu diumumkan, 4 dara ni mestilah kecewa kan. Kitorang pun pegilah pujuk 4 dara tu kat dorm diorang. Masa nilah salah seorang tu mengaku.  Ada satu malam tu, 4 dara ni saja tanya Dewi, boleh tak kau tolong tengokkan apa topik yang akan keluar masa exam nanti? Si Dewi pun cakaplah kat diorang, topik-topik ni je yang akan keluar nanti.  Si 4 dara tu cuma tumpu untuk topik yang si Dewi beritau tu je, sekali tu masa peperiksaan sebenar, topik-topik tu langsung tak keluar pun!  Memang tak boleh jawablah.

4 dara tu terpaksa buat rayuan pada pihak sekolah, lepas diorang mengaku pada ustazah tu yang diorang kena tipu dengan Dewi, teruk jugaklah diorang kena basuh, tapi akhirnya rayuan diorang diterima jugaklah. Dan selepas tu, memang takde sape dah yang nak main Spirit of The Coin tu lagi.....

Ok ada sambungan lagi kisah ni.  Selepas diorang gagal tu, diorang ni ada jugak hubungi balik si Dewi ni. Diorang pun tanyalah, kenapa kau tipu kami macam ni? Kita kan dah satu geng?  Dan Dewi hanya mengeja H-A-H-A-H-A-H-A-H-A-H-A panjang-panjang sampai diorang lepaskan tangan dari syiling tu je sebab seram sangat. Nasib baiklah tak kena rasuk dengan Dewi tu huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 28-6-2023 03:22 PM
Ditipu Atau Tertipu?

Aku adalah orang Indonesia, pada tahun 1990an aku merupakan pelajar sekolah me ...

sangsi sikit dgn crta ni....sbb setahu i... Indonesia lg angker brbanding Malaysia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Aidiladha. Terima kasih banyak ya TT. Bestnye banyak cerita ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2023 05:16 PM | Show all posts
Jangan Bukak Pintu Tu!

Sambutan Thanksgiving baru-baru ni adalah sambutan pertama keluarga kami tanpa nenek kandung aku yang kami panggil Nana.  Nenek aku semasa hayatnya tinggal dengan kawan baik sebaya dia yang kami panggil Nane.  Malam selepas makan malam Thanksgiving di rumah nenek aku, aku dan abang tiri aku cadang nak tidur situ je untuk temankan Nane.

Kami bertiga tengah duduk-duduk di ruang tamu sambil memilih DVD apa nak tengok malam ni apabila kami terdengar ada bunyi benda jatuh dalam bilik tidur utama, iaitu bilik tidur Nana dulu.  Bilik tu memang kosong, Nane dah tutup pintu bilik tu taknak kasi anjing-anjing kami masuk, tapi kami tak hiraukan bunyi bedebuk tu kami rasa ala tu agaknya ada buku terjatuh ke tiup angin ke.

Tengah melayan DVD tu,tiba-tiba muncul pulak suara dalam bilik tu.  Sampai kami terpaksa pause movie tu sebab nak pastikan eh suara orang ke tu?  Kami tak berapa faham apa yang suara tu cakapkan, kami pun sangka tu agaknya jiran sebelah rumah yang membawang kot. Pastu kami nak sambung balik tengok movie tu apabila kami terdengar .....

"Nane ~~~ Nane~~~~", kali ni dengan jelas kami dengar tu suara Nana tu, dari dalam bilik tidur tu. Kami cam suara Nana, tapi takkanlah dia? Nana kan dah lama meninggal? "Nane...Nane...!", sekali lagi suara itu memanggil Nane, tapi nada suaranya lagi tegas tak mendayu-dayu macam tadi.   "Tolong aku Nane......Tolong aku!". Abang tiri aku yang selama ni tak percaya dengan hantu pun tiba-tiba melompat dari sofa dia bila mendengar suara 'Nana' meminta tolong.  Yang aku pulak dah meluru ke bilik tidur utama tu nak capai tombol pintu apabila Nane menjerit kat aku, "JANGAN BUKAK PINTU TU!"

DUM ! DUM! Bunyi pintu bilik tu diketuk dengan kuat sekali dari belah dalam.  Suara Nana menangis lama-kelamaan jadi sayup-sayup dan akhirnya hilang terus.  Kami tengok jam di dinding, dah 11.52 malam.  11.52 malam tu adalah waktu Nana meninggal....

Malam tu kami beramai-ramai berhimpit tidur dalam bilik Nane, tapi gangguan tu dah takde.  Esoknya kami panggil bomoh, bomoh tak banyak cerita terus dia perasap rumah tu dengan daun sage.  Aku tak pasti samada gangguan tu masih berterusan ke atau tidak sebab Nane tak pernah cerita apa-apa kat kami pun lepas tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak cerita baru, semua best, thank u TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2023 02:31 PM | Show all posts
Legenda Bell Witch

Semasa aku berusia 14 hingga ke 18 tahun, tahun 2004 ke 2008, aku dan keluargaku berpindah ke Adams, Tennessee. Tak sampai beberapa minggu kami kat situ terjadilah satu perkara yang tak disengajakan tapi terus-menerus menghantui hidup kami kat situ lepas tu.

Aku tengah memandu mesin traktor pemotong rumput milik ayah aku yang lebarnya 8 kaki tu, masa tu aku tengah menuruni bukit apabila traktor aku bergoyang-goyang tanda aku ada terlanggar sesuatu.  Aku pun cepat-cepatlah matikan enjin dan pegi tengok apa benda tadi tu.  Berderau darah aku apabila aku nampak macam ada 4 liang lahat yang muncul semula bila traktor aku lalu diatasnya.  Aku pun lari rumah panggil makayah aku.

Mak ayah aku pun hubungilah pakar sejarah, orang-orang lama kat situ, ahli antropologi, dan kesemua mereka setuju, benda yang aku langgar tu adalah kubur 4 orang Asli Amerika yang mati semasa mereka dihalau oleh orang putih.  Laluan diorang mengembara tu kini dinamakan Trail of Tears dan kawasan rumah kami ni dulu-dulu merupakan sebahagian daripada laluan tu. Yang aku ingat, pakar sejarah tu cakap, diorang yakin itu kubur lama sebab ianya digali secara tergesa-gesa, di lereng bukit pastu tak berapa dalam, tujuannya untuk elakkan kubur tu tenggelam dek banjir di kaki bukit, dan sebab masa tu mereka ni kena cepat sebelum kena serang lagi.Dan untuk elakkan mayat tu kene gali batu besar diletak di atas kubur tu untuk menghimpit mayat tu.



Walaupun aku dah terlanggar kubur lama, tapi sebab aku masa tu seorang yang berfikiran logikal dan rasional, aku anggap ala biasala tu kan, manalah kita nak tau tempat tu ada kubur lama, kot la mayat orang dulu-dulu mesti dah reput kan.  Tapi anggapan aku salah sama sekali...

Peristiwa 1 :

Tak lama lepas penemuan kubur tu, satu rumah terdengar bunyi orang mengetuk dan menumbuk luar dinding bata rumah kami.  'Orang' tu berjalan mengelilingi rumah kami ketuk-ketuk.  Selalunya terjadi di sebelah malam.  Kadang-kadang aku dengar bunyi tapak kaki orang berlari tu. Boleh dikatakan setiap malam kitorang dengar bunyi ketuk-ketuk ni.

Lama kelamaan aku mula merasakan kehadiran sesuatu dalam bilik aku, dan bila 'benda' tu datang, aku rasa macam ada orang duduk atas dada aku, aku rasa tercekik.  Aku dapat rasakan 'benda' tu sekarang dah melekat kat aku.

Peristiwa 2 :
Gangguan tu jadi makin serius.  Satu malam tu aku temankan anjing aku jenis Golden Retriever ni pegi kencing kat luar.  Rumah kami ni jenis rumah ladang ternak yang berhadapan dengan Red River.  Kami keluar ikut pintu belakang yang terus ke sungai tu.  Aku bukak pintu je, aku terdengar macam ada satu bisikan halus tapi halus sangat macam bunyi daun ditiup angin.

Aku pandang atas ke arah pokok-pokok kat belakang rumah tu, tapi aku tengok pokok-pokok tu tegak je tak bergoyang dek angin pun.  Masa kejadian ni adalah musim luruh, jadi memang banyakla daun gugur.  Bunyi daun ditiup angin tu menjadi semakin kuat, walaupun takde angin masa tu. Dan kali ni bersama-sama dengan bunyi lain, bunyi macam tanah kena cakar.  Bunyi ni makin mendekat padaku.

Aku tengok pulak anjing aku tadi.  Anjing retriever ni kalau sapa-sapa pernah bela mesti tau kan, diorang ni sejenis anjing yang mesra dan tak garang, tapi anjing aku ni tiba-tiba mengeraskan badannya dan menggeram ggggrrrrr macam tu.  Tak pernah aku tengok dia jadi macam tu.  Aku terbau benda busuk dan perit seolah-olah sulfur, bau tu buat aku nak muntah.  Oh ye masa ni , aku masih di muka pintu ye dengan tangan sebelah memegang tali anjing aku.  Anjing aku ni tiba-tiba dia pegi meluncur keluar sampai terlepas pegangan tali dia dari tangan aku.  

Anjing aku berhenti di belakang rumah sambil mulutnya ternganga-nganga macam nak gigit sesuatu. Aku terpegun seketika.  Pastu aku terdengar suara orang betul-betul berhadapan aku.  Masa nilah aku nampak dalam kegelapan malam tu ada bayang-bayang orang 2 kaki daripada anjing aku tu.

Aku pun berlari dapatkan anjing aku, dukung dia bawak masuk rumah, hempas pintu siap kunci sekali.  Bam bam bam!  Sampai bergegar-gegar pintu dan dinding rumah aku kene ketuk dengan 'orang' tu.  Aku dan anjing aku berlari ke ruang tamu, sambil tu aku bukak semua lampu yang ada dalam rumah tu.  

Kebetulan pulak malam tu aku sorang je kat rumah. Aku dan anjing aku, Ginger, kami cuma mampu menyorok di sofa kat ruang tamu je.  Ginger berbaring di riba aku dan aku usap-usap dia cuba nak tenangkan dia, padahal aku pun takut jugak ni.

Kitorang berdua macam tulah, tunggu sampai matahari terbit.  Nak tidur memang tak boleh sebab pintu belakang tu diketuk bertalu-talu sampai dah masuk hari siang....

ni baru sikit.  nanti aku cerita lagi

Bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT. Nanti cepat sambung ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2023 11:11 AM | Show all posts
Shuji_Okishima replied at 15-7-2023 03:59 PM
Terima kasih TT. Nanti cepat sambung ya

maap uols citer ni hilang plak. iols dah save tapi tak jumpe lg. sbb tu dh lama tak update huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 22-7-2023 11:11 AM
maap uols citer ni hilang plak. iols dah save tapi tak jumpe lg. sbb tu dh lama tak update huhuhu
...

Nangis menunggu
Takpe..kami sentiasa menunggu
Love
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena Tarik

Selain daripada ibubapa aku, aku cuma pernah kongsi cerita ni dengan 2 orang ahli keluarga aku je.  Peristiwa ni terjadi semasa aku masih kecil, masa tu dalam penghujung 90an la jugak, dan sekarang ni aku dah berusia 22 tahun dan aku rasa dah sampai masanya untuk aku luahkan cerita ni.  Cerita ni panjang sikit jadi bertabah jelah ye.

Dulu aku dibesarkan dalam keadaan miskin, sangat-sangat miskin sampaikan masa aku berumur 7 tahun, nenek aku ajak kami sekeluarga, aku, ayah dan ibu untuk tinggal di apartment berkembar 1 bilik yang nenek aku beli tahun 1970an dulu.  Masa ni kitorang memang sangat terdesak sebab baru kena halau dari rumah kami yang masa tu merupakan bekas sebuah hotel yang tinggal masa nak dirobohkan je.  Apartment berkembar nenek aku ni pun dah agak usang sebab dibina pada tahun 1940an.

Masa aku budak-budak dulu aku ada masalah taik mata keras, setiap kali aku bangun pagi kelopak mata aku memang melekat habis.  Aku kena cuci muka kat singki pakai air sejuk dulu baru boleh bukak mata.

Aku ingat lagi pagi tu aku bangun macam biasa, dalam pukul 9 pagi macam tulah, tapi aku boleh nampak samar-samar cahaya matahari menyinari masuk ke dalam bilik tidur aku melalui pintu masuk bilik yang tengah terbuka tu.  Aku boleh dengar gelak tawa ibubapa dan nenek aku di luar bili, masa tu nenek aku dalam perjalanan nak pergi kerja jadi dia singgahlah sekejap ke rumah ni saja jenguk kami.  Pagi tu aku rasa mata aku takdelah berkerak sangat macam biasa jadi aku pun golek-goleklah atas katil dulu.  Lepas tu aku bangun dan duduk di hujung katil.

Memandangkan bilik tidur kat rumah tu ada satu je, jadi ibubapa aku gabungkan 2 katil saiz double jadi memang besarlah katil tu sampai mengambil lebih dari separuh ruang dalam bilik tu.  Selain dari katil tu, perabot yang ada cuma meja tv dan pintu di sebelah kiri bilik tu.  Masa tu aku ni budak kecik yang memang berbadan kecik, jadi masa aku duduk di hujung katil tu kaki pendek aku terjuntai-juntai je tak cecah lantai. Pada masa yang sama aku gosok-gosok mata nak buang taik mata aku tu.

Masa nilah jugak tiba-tiba aku dapat rasakan ada sepasang tangan muncul dari bawah katil tu dan merenggut baju aku.  Tangan tu cuba nak tarik aku masuk ke bawah katil, seluruh badan aku kaku seketika tapi dalam kepanikan tu aku sempat menjerit mintak tolong dan sempat jugak memaut rangka katil tu.  Tangan yang tarik aku tu macam tangan lelaki dewasa, berbulu dan berotot.  Pautan tangan tu memang kuat sangat macam bersungguh-sungguh nak tarik aku  Masa ni aku memang tak habis-habis menjerit mintak tolong.

Jeritan aku didengari oleh ibubapa dan nenek aku di luar bilik tu.  Diorang pun berlari masuk ke dalam bilik.  Jejak je diorang dalam bilik tu, tangan tu pun melepaskan pautannya.  Aku terjatuh ke lantai, ibubapa dan nenek aku terkejut ingatkan aku jatuh katil.

Aku jadi histeria.  Bapak aku terus angkat dan peluk aku.  Dalam tangisan tu aku tunjuk ke arah katil, ‘orang tu bawah katil! Bawah katil!”.  Diorang pun terus angkat tilam tang tu jugak nak tunjuk kat aku yang bawah katil tu memang takde ape.  Mak dan nenek aku pujuk aku dia cakap aku ni mengigau ni mana ada orang kat bawah tu.  Dan kejadian tu berakhir begitu sahaja…

Lepas tu memang takde dah peristiwa macam tu terjadi lagi pada sesiapa dalam rumah tu.  Tapi sampai bila-bila memang aku ingat je peristiwa tu, aku yakin aku tak bermimpi masa tu.  

Sampailah masa aku berumur 14 tahun, masa ni keadaan ekonomi keluarga aku dah kukuh dan kami pun dah pindah masuk rumah sendiri.  Hari tu mak aku ajak aku datang ke rumah yang kitorang pernah duduk tu.  Masa ni nenek aku dah sewakan rumah tu kepada satu keluarga ni. Keluarga tu pun kami kenal sebab si ibu tu adalah kawan mak aku.  Tempat kitorang ni kat Florida, masa tu pertengahan musim panas, memang cuaca tengah bahang masa tu.  Tapi masa kitorang sampai tu, kitorang nampak si ibu dan anak dia yang masih bayi tengah lepak di luar rumah.

Mak aku pun tanyalah, kenapa duduk kat luar? Kan panas ni.  Tapi si ibu tu cuma senyum kelat-kelat je.  ‘Sebenarnya aku tak selesa la nak duduk dalam rumah ni kalau laki aku takde’, tu pun si ibu tu macam takut-takut je nak mengaku kat mak aku.  Si ibu tu cakap dia sebenarnya nak pindah dah ni, cuma dia belum beritau nenek aku je.  Alasan nak pindah tu?  Si ibu cakap dia selalu dengar suara orang dalam bilik tidur.  Suara tu macam bunyi orang tengah berbual sambil berbisik, dan suara tu tak suka si ibu dan bayi tu duduk dalam rumah tu.

Aku dan keluarga aku tak pernah ye cerita pasal peristiwa masa kecik tu pada sesiapa, tapi kitorang dapat nampak yang si ibu tu memang dalam ketakutan, jadi aku pun taknaklah tambah ketakutan dia dengan kisah aku tu pulak.

Aku pernah tergerak nak cari bomoh ke saja nak tau apa benda tu tapi entahlah, aku risau benda yang tarik aku tu adalah entiti yang boleh mengancam nyawa….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2023 11:03 AM | Show all posts
Kereta Rosak Di Tengah Jalan
Kejadian berlaku semasa aku baru je lahir, masa tu umur aku belum setahun lagi pun.  Masa ni keluarga aku beramai-ramai termasuklah 2 orang pakcik dan sepupu aku yang paling tua tengah dalam perjalanan dari bandar Mexico ke Acapulco.  Entah macam mana, tengah-tengah malam tu di sebatang jalan yang tak tau kat mana, kereta bapak aku rosaklah pulak dan diorang terpaksa berhenti di tepi jalan.

Entah dari mana lah jugak kan, muncullah sebuah kereta polis berhenti di belakang kereta bapak aku ni. Dalam kereta tu ada 3 orang polis.  Salah seorang polis tu, macam penyelia polis tu la, suruh bapak aku ni naik kereta polis tu, dia boleh tolong bawakkan bapak aku ni pegi ke bengkel terdekat.  Manakala polis yang lagi dua orang tu boleh tunggu di situ.  Bapak aku cakap, kedua-dua polis yang disuruh tunggu kat situ awalnya menolak, tapi penyelia diorang cakap mcm ni, 'takpe, dalam kereta tu ada seorang perempuan dan 2 orang budak'.  Barulah kedua-dua polis tu setuju.

Bapak aku pun ikutlah polis tu naik kereta polis ke bengkel.  Dalam perjalanan tu, bapak aku pun tanyalah, kenapa tadi tu?  Polis tu ceritalah.  Sebenarnya jalan tu adalah tempat panas, banyak sangat kemalangan kat situ. Kemalangan ringan, kemalangan maut, tapi sebab dah banyak boleh dikatakan tiap-tiap malam polis akan meronda kat situ.  Dan kebetulan nasib bapak aku baik sebab masa kereta tersadai tepi jalan tu, diorang tengah meronda.  Menurut kata polis tu jugak, persamaan setiap kemalangan kat situ  adalah kesemua pemandunya lelaki, kalau berkumpulan semua penumpangnya pun lelaki.  Tak pernah ada kemalangan kalau dalam kereta tu ada perempuan.  

Dan lagi satu persamaan kemalangan tu, dalam setiap kes saksi akan kasi kenyataan, diorang ternampak seorang perempuan cantik berdiri tepi jalan tahan kereta nak mintak tumpang.  Tapi bila dah dekat, wajah cantik perempuan tu akan bertukar hodoh, macam mayat reput.  Sebab terkejut sangat diorang pun terbabas dan berlakulah kemalangan.



Bapak aku taknak tanya lebih lanjut sebab dia pun dah seram dah.  Tapi polis tu cakap bapak aku memang bernasib baik sebab mak aku ada.  Kalau tak mungkin diorang pun akan jadi mangsa penunggu jalan tu....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2023 11:19 AM | Show all posts
Aku Tak Gila

Hari tu aku bekerja shift malam dari Jumaat malam sampai Sabtu pagi di sebuah stesyen minyak di timur Kentucky.  Dalam pukul 6 tu ada sebiji trak masuk ke stesyen aku.  Pemandu trak tu keluar dari trak tu je dia terus berlari masuk ke kedai yang aku tengah jaga ni.  Seluruh badan dia menggeletar.  Muka dia pucat lesi tak berdarah.

Aku sangkakan mungkin pakcik ni terlanggar orang mabuk kot.  Aku pun tanyalah pakcik tu, eh kenapa ni?  Dia renung muka aku, cuba menyusun nafas dan ayat pertama dia, 'pakcik tak gila'.  Terlopong sekejap aku.  Ah sudah, pakcik ni waras ke tak? Dahle aku sorang-sorang je ni.  

"Errrr.... kenapa pakcik cakap macam tu?"

"Pakcik ternampak raksasa berbulu kat tepi jalan tadi".

Sah pakcik ni dah gila.  Tapi aku cuba layan la jugak.

"Tu rusa kot pakcik.  Tak pun beruang.  Kat sini memang banyak beruang.  Minggu lepas tong sampah kedai saya ni kene selongkar dengan beruang".

"Bukan, ni bukan beruang.  Lagi besar dari beruang yang tengah berdiri".

"Mungkin ke tu manusia?"

"Bukan. Pakcik yakin tu bukan manusia.  Sebab pakcik nampak raksasa tu selamba pikul bangkai rusa atas bahu dia.  Pastu benda tu jalan masuk dalam hutan".

Kali ni aku betul-betul dah tak tau nak cakap apa lagi dah.  Kami hanya merenung sesama sendiri sampai aku tak sedar rupanya masa kami tengah bersembang tadi, ada lagi sorang pakcik rakyat tempatan kat sini masuk ke kedai dan terdengar perbualan kami tu.  "Oh benda tu ke?  Tu Bigfoot tu tempat dia kat sempadan daerah kita ni", dengan selamba pakcik tu menyampuk.

Aku dan pemandu tadi tu menoleh kat pakcik tu.  Pemandu tu cakap pakcik tu mengarut je, Bigfoot tu cuma rekaan je, bukannya manusia.  "Ko tak nak caya, udah.  Aku lahir kat sini, dari kecik kat sini, aku taulah benda tu ape", ujar pakcik tu.  Pemandu tu pun taknak cakap banyak, isi minyak dan terus blah dari situ.  Aku?  Lepas tu takde dah aku nak masuk hutan kt Kentucky tu lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2023 12:11 PM | Show all posts
Kisah Benar : Tragedi Christine dan Nick Skubish

Pada 6 Jun 1994, Christine Skubish dan anak dia Nick yang baru berumur 3 tahun masa tu tengah memandu di Highway 50 dari tempat asal mereka di Sacramento, California menuju ke Carson City, Nevada.  Christine nak berhijrah ke tempat lain nak memulakan hidup baru.  Malangnya akibat keletihan, Christine terlelap sekejap menyebabkan kereta dia terbabas dan terjatuh ke gaung setinggi 40 kaki.  Christine meninggal serta-merta di tempat kejadian.  Bila dah tak sampai-sampai tu, pada 8 Jun bapa tiri Christine pun buat laporan yang Christine ni dan anak dia dah hilang.

Masuk 10hb June, Deborah Hoyt dari Sacramento bangun pagi dengan perasaan yang dia nak kene keluar dari rumah tu.  Dia pun ajaklah suami dia jom pegi jalan-jalan.  Seharian jugaklah diorang keluar rumah tu, tau-tau je hari dah masuk malam dan diorang dah berada di atas Highway 50 tu.



Jalan tu sebenarnya turut dikenali sebagai jalan raya paling sunyi di Amerika jadi untuk mengurangkan kesunyian tu dan nak elak penat sebab seharian tak duduk rumah, Deborah dan laki dia pun menyanyi-nyanyi dalam kereta.  Sekali tu, dalam kegelapan malam tu Deborah ternampak ada perempuan bogel tengah berbaring ditepi jalan.  Perempuan bogel tu baring mengiring, sebelah lutut dibengkokkan dan sebelah tangannya mengampu kepala dan sebelah tangan lagi di atas kepala.  Laki dia pun nampak dan terkejut, tapi diorang tak berhenti masa tu sebab diorang takut tu mungkin hanya percubaan untuk merompak diorang je.  Diorang jumpa sebuah pondok telefon dan diorang pun telefonlah polis.

Tak berapa lama lepas tu, 2 biji kereta peronda pun sampai ke lokasi yang pasangan Hoyt ni nampak perempuan bogel tu, tapi polis tak nampak apa pun.  Sebab masa tu dah malam, misi rondaan disambung pulak di keesokan harinya bila hari dah siang.  Deborah dihubungi semula untuk bantu polis Deputy Rich Strasser masa tu untuk tunjuk lokasi sebenar penampakan tu.  Deborah pun tunjuklah tempat di adalah di sebuah selekoh tajam kat Highway 50 tu yang terkenal dengan panggilan 'Bullion Bend'.  Masa nilah Strasser ternampak ada sebiji kasut tenis budak di tepi jalan.  Kat sebelah tu gaung.  Strasser pun berhenti dan masa dia merayau-rayau tulah dia nampak kereta Christine dah terbabas kat bawah tu.

Strasser pun cepat-cepat turun dan mendapati dalam kereta tu ada 2 penumpang, sorang wanita dan seorang budak lelaki.  Yang wanita tu dah meninggal dunia, tapi budak lelaki tu tengah berbaring mengerekot macam bayi dalam keadaan bogel.  Strasser ingatkan budak tu pun dah mati jugak, tapi bila rasa nadi, budak lelaki tu masih hidup tapi terlalu lemah. Strasser pun tak tunggu apa terus telefon ambulans suruh datang cepat.   Bayangkan sudah 5 hari budak tu terperangkap dalam kereta di tepi mayat ibunya yang sudah meninggal dunia.

Tapi mana datangnya sebiji kasut Nick yang Strasser jumpa tu?  Strasser beranggapan mungkin masa Nick terbangun selepas kemalangan tu, dia panjat gaung tu nak mintak tolong, tapi bila tengok jalan tu kosong orang tak lalu, dia pun turun balik ke kereta dan masa tulah dia tertinggal sebelah kasut dia.

Tapi apa pula penjelasan Nick sebagai satu-satunya yang terselamat dalam tragedi tu?  Bertahun-tahun kemudian apabila Nick telah dewasa, dia kata dia ingat apa yang terjadi pada sebelah malam je, kalau sebelah siang dia tak ingat apa-apa.  Yang dia ingat, malam masa kemalangan tu terjadi, kereta tu terguling-guling menimpa pokok demi pokok, bumbung kereta tu tercabut.  Dia ingat lagi dia memang ada keluar dari kereta tu dan panjat naik gaung setinggi 40 kaki tu tapi dia tergelincir di atas daun-daun pokok pine yang berjarum tu.  Malam-malam dia nampak ada cahaya mengeliling kereta dia. Dia rasa macam hari siang dia tertidur sepanjang hari dan bila terjaga dah malam.  Dia ingat jugak bila dia pandang atas, dia nampak ada perempuan tengah berdiri menghadap jalan di atas gaung tu.  Dia percaya itu adalah roh mak dia menunggu sepanjang malam orang datang nak selamatkan dia.

Sebelum Hoyt,  makcik Christine ada mengaku, sebelum Christine dilaporkan hilang tu, dia ada beberapa kali mimpi pasal Christine dan Nick.  Dia mimpi diorang berdua tu ada dalam kereta yang terbabas dalam longkang, dan dalam mimpi tu dia nampak nombor 16.  Nombor 16 tu adalah penunjuk batu jalan yang paling dekat dengan lokasi kemalangan tu.

Nick, Deborah dan makcik Christine tu beranggapan, mungkin roh Christine yang muncul dalam realiti diorang supaya Nick dapat diselamatkan.  Kalau tak mungkin sampai sekarang orang tak jumpa mayat diorang....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2023 01:12 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 30-7-2023 01:22 PM

Rumah Paling Berhantu di Ireland : Loftus Hall



Dalam banyak-banyak tempat berhantu di Ireland ni, yang dikatakan paling berpuaka sekali adalah Loftus Hall.  Loftus Hall ni adalah sebuah bangunan bersejarah yang masih cantik dan utuh sampai sekarang ni.  Sejarah bangunan ni bermula pada tahun 1200 oleh Raymond Le Gros, dan sebelum tu nama bangunan ni adalah 'the Hall at Houseland'.  Tapi pada tahun 1350 iaitu semasa merebaknya wabak the Black Plague, keluarga Le Gros taknak dah duduk situ jadi bangunan tu pun diruntuhkan.  Tak lama selepas tu, satu rumah baru dibina semula atas tapak tu dan kali ni bangunan tu dinamakan Redmond Hall.  Sejak tu bangunan tu bertukar tangan dari satu orang kaya ke orang kaya lain sehinggalah sekarang ni ia dikenali sebagai Loftus Hall.

Ada banyak kisah misteri pasal bangunan ni, tapi kisah yang paling popular sekali dan sampai sekarang kisah ni pernah dijadikan sumber ilham untuk beberapa buah filem, adalah kisah anak perempuan mereka yang bernama Anne.

Pada tahun 1700an, bangunan ni menjadikan bangunan kediaman keluarga Tottenham.  Rumah ni tak jauh dari sebuah semenanjung di tepi laut, nak dijadikan cerita, satu malam tu ribut kuat melanda sehingga menyebabkan sebiji kapal terdampar di semenanjung tu.  Tiada seorang pun krew kapal tu terselamat kecuali seorang lelaki muda.  Lelaki muda tu jalan sampai jumpa rumah Tottenham ni dan merayu nak mintak tumpang tinggal di situ.  Keluarga Tottenham tu pun bersimpati dengan nasib lelaki tu dan diorang pun mengizinkan lelaki tu tinggal dengan diorang untuk beberapa minggu sebagai tetamu keluarga tu.  Selama beberapa minggu tu, lelaki muda jadi rapat dengan anak perempuan bongsu keluarga tu iaitu Anne.

Satu malam tu, satu keluarga ni dengan lelaki tu dan beberapa tetamu lain duduk di ruang tamu bermain kad.  Anne terjatuhkan kad dia di bawah lantai, dia pun tunduk bawah meja nak kutip kad dia. Yang duduk di depan dia masa tu adalah lelaki muda tu. Alangkah terkejutnya bila Anne nampak kaki lelaki muda tu bukan kaki manusia, tapi macam kaki kambing yang ada telapuk tajam tu.  Anne pun menjerit ketakutan, dan semasa kekecohan tulah lelaki muda tu mengaku, dia bukan manusia tapi dia adalah syaitan yang menyamar menjadi manusia.

Bila dah kantoi tu, syaitan tu pun menjelma menjadi bebola api dan meletus ke atas meninggalkan lubang besar di bumbung Loftus Hall tu.  Sejak tu syaitan tu tak muncul-muncul lagi dah tapi sejak tu jugaklah rentetan tragedi demi tragedi menimpa keluarga ini..

Sejak malam tu jugaklah, Anne jadi trauma dan patah hati,  mental dia betul-betul terjejas.  Keluarga dia malu dengan kelakuan kurang normal Anne ni sehinggakan Anne hanya dikurung dalam bilik sampailah Anne ni meninggal dunia pada 1775.  Anne dikuburkan di tanah perkuburan Wexford, tapi selepas Anne mati pun dia masih 'dikurung' jugak.  Orang tempatan takut Anne ni akan bangkit dari kuburan, atau takut syaitan tu muncul balik korek kubur Anne, jadi kubur Anne pun disimen rapat-rapat.  

Yang lagi misteri tu, bumbung berlubang yang disebabkan oleh syaitan tu, sampai sekarang masih ada.  Keluarga Tottenham cuba nak betulkan semula tapi asyik runtuh je.  Dah panggil paderi nak menyucikan balik rumah tu pun tak jadi.  Kalau korang berkesempatan datang ke Loftus Hall ni, bolehlah korang bergambar di lubang tu sebab sampai sekarang lubang tu ada lagi.



Walaupun begitu, ada jugak yang skeptikal dengan tragedi yang menimpa Anne. Ada yang menuduh keluarga ni saja buat cerita sebab Anne dah menjatuhkan maruah keluarga tu.  Ada yang kata Anne dan lelaki tu bercinta tapi keluarga Anne taknak terima lelaki tu sebab perbezaan darjat, dan sebab tu Anne buat hal.  Ada jugak gosip yang mengatakan Anne mengandung luar nikah anak lelaki tu, jadi Anne dikurung dan mati semasa beranak.  Pada 1870an, beratus tahun selepas kejadian Anne ni, pemilik rumah ni ada buat ubahsuai bangunan dan masa nilah diorang jumpa tulang bayi dalam bilik Anne dikurung tu.

Bangunan ni pernah bertahun-tahun tak diduduki orang.  Beberapa kali bertukar tangan, dari Tottenham kepada keluarga Loftus yang menamakan bangunan ni Loftus Hall.  Keluarga Loftus diisytiharkan bankrap dan bangunan ni jadi milik keluarga Benedictine pulak.

Bangunan ni bukan setakat pernah jadi rumah, tapi pernah jugak dijadikan sekolah, jadi konven untuk paderi wanita, tapi ramai orang takut nak pergi ke bangunan tu walaupun untuk acara keagamaan sebab reputasi bangunan tu.  Pada 1983, bangunan tu dijual dan dijadikan hotel pulak, tapi pemilik baru tu meninggal dunia dalam bangunan tu, dan sekali lagi bangunan ni jadi kosong.  Bila dah kosong, geng-geng Satanists pulak jadikan bangunan tu sebagai tempat untuk mereka berkumpul dan mengadakan upacara selama berdekad-dekad jugaklah.  Orang tempatan yang tau pasal bangunan ni memang tak jejak masuk situ dah.

Tahun 2011 bangunan ni sekali lagi bertukar pemilik, dan pemilik baru ni bertekad nak kembalikan semula kegemilangan bangunan ni.  Pemilik baru ni memang tau reputasi bangunan ni sebagai bangunan berpuaka, jadi pemilik baru ni pun bukaklah bangunan ni untuk penyiasat paranormal atau sapa-sapa yang berminat nak merasai suasana paranormal ni.  Bangunan ni mula meletup-letup di kalangan peminat paranormal bila tersebarnya satu gambar spontan yang ditangkap oleh pengunjung.  Dalam gambar tu nampak ada hantu kanak-kanak tengah menunggu di depan pintu bangunan tu.


Pemilik terkini bangunan ni siap buat pakej lagi kalau ada sapa-sapa nak masuk secara persendirian.  Tempat ni jugak turut dijadikan lokasi penggambaran untuk beberapa siri tv seperti Ghost Adventures, Irish Ghost Hunters, filem The Lodgers dan macam-macam lagilah.

Apepun, menurut orang tempatan, bangunan ni memang dari awal pembinaan lagi dah ditakdirkan akan menjadi begini, sebab tapak bangunan tu sendiri merupakan tapak suci bagi Druids iaitu satu kelas masyarakat Celtics dulu-dulu.  Dari sebelum keluarga Tottenham duduk situ lagi dah macam-macam jadi kat situ. Dah beberapa kali jugaklah upacara exorcism dilakukan di bangunan ni tapi tetap tak lari-lari jugak puakanya.  Upacara exorcism ni pernah direkodkan oleh Father Thomas Broaders yang meninggal pada Januari 1773.

Pengunjung yang datang sini nak merasakan keangkeran tu rata-rata memang diorang berpuas hati, sebabnya memang diorang dapat rasa aura seram dalam rumah ni.  Kalau korang nak rasa aura tu macam mana, cubalah datang sendiri....



Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 08:54 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-7-2023 12:11 PM
Kisah Benar : Tragedi Christine dan Nick Skubish

Pada 6 Jun 1994, Christine Skubish dan anak dia Ni ...

kesiannye lah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, ade cerita baru lagi. Best lahai. Keep up the good works ya TT.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.387960 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list