CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130918|Reply: 505

PU Riz-Neelofa rapat sebab kerja. UPDATED #227 Jari jemari halus mengurut pipi P

  [Copy link]
Post time 8-9-2020 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by friedfishsoup at 26-11-2020 06:39 PM

katanya rapat sbb kerja jer... kalau tiada angin masakan pokok bergoyang...


Tiada Bunga-Bunga Cinta, Pu Riz Rapat Dengan Neelofa Sebab Kerja

Pelakon dan Pencetus Ummah (PU) Riz menegaskan dia hanya berkawan dengan pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa Mohd Noor dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Neelofa.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, dia kelihatan rapat dengan Neelofa hanya kerana dasar kerja semata-mata.

"Saya dah lama kenal dengan Neelofa dan saya dipanggil atas dasar kerja. Kami bekerjasama dalam satu usaha dakwah sahaja, nak buat benda baik, galak orang buat ibadah korban.

"Saya tidak mahu sebarang kontroversi mengenai perkara ini, kita nak buat kerja baik, kerja agama," katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis tayangan filem Ada Apa Dengan Dosa yang diadakan di E-Curve, Mutiara Damansara, semalam.

Ada Apa Dengan Dosa yang diterbitkan Pencil Pictures Sdn. Bhd. itu dibintangi PU Riz, Wanna Ali, Ashraf Muslim, Fasha Sandha dan Adam Corrie.

Menurut PU Riz lagi, dia enggan memberikan komen mengenai status dirinya pada ketika ini dalam kamus hidupnya tidak pernah ada istilah teman wanita.

"Nak mengenali seseorang itu saya tiada masalah cuma tiada istilah girlfriend dalam Islam. Nak mengorat wanita itu bukan style saya.

"Tentang netizen yang suka tengok saya dengan Neelofa bersama itu saya tak boleh nak buat apa sebab kita tak boleh nak kawal apa yang mereka nak katakan," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, PU Riz kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 2, Wangsa Maju.

"Saya seronok menjalani latihan amali dan insyaAllah kalau ada rezeki saya, saya nak terus sambung mengajar sebab ia pekerjaan mulia, kita berkongsi ilmu dengan anak murid.

"Ada di antara anak murid saya yang beragama Hindu nampak berminat nak dalami Islam, saya bangga dengan perkara itu," katanya lagi. - KopiPlanet.com




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
K.....        
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai ke rumah yek dipanggil bekerja..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:12 PM | Show all posts
itu hari kata dengan kerabat di Raja

apa citer yang tu?

reply sikit nak bizibodi jap
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:23 PM | Show all posts
xpayah la penat2 speku....PU riz ni anak raja ke? anak tan sri ke? if bukan xde nya neelofa nak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cepatlah tak sabar nak tengok lopa naik pelamin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2020 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu praktikal? Cam xsekufu jer ngan lopak
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh jap.. bukan puriz ni penah ada gf ke? Tiber tak penah ada istilah teman wanita dalam hidup pulakk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
baik lah hajah stoking
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyo.. da buat anak Dara org frust.. blh plak jwb gini
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
gummiebear replied at 8-9-2020 06:29 PM
Eh jap.. bukan puriz ni penah ada gf ke? Tiber tak penah ada istilah teman wanita dalam hidup pulakk

ya dia pernah ada gf kt uia. 5 tahun jgk couple. siap datang rumah jumpa mak ayah perempuan tu dah. tapi lepas dia makin rapat dgn lofa ramadhan haritu tiba tiba putus
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cano la yg mengaku gf skrg ex tu rasa bila piyu kata takde istilah ber gf nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
acah tak pernah ade gf pulak dia ni. cg ke pu ni nanti. kalo betul jd dengan hajah betul la sangkaan iols hajah jodohnya dgn cg
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:39 PM | Show all posts
Aku kalau lelaki tu super lawa tetiba aku jadi turn off

setelah dibuat kajian khas aku dapati handsome seorang lelaki bukan pada rupa jambu tp pada riak wajah jantan yg bermata tajam,jarang senyum,  berjaya,kaya ,ternama


kahkahkahkahkah....

Diknah rumuskan akan hubungan katek lopak dengan PU Riz  sebagai  sesumpah yang jatuh longkang tetapi  kecewa diselamatkan oleh  katak puru.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ok baru tgk video iv. puriz tak sikat rambut ke tu? muka pn tak touch up ke nampak berminyak sikit la. ni kan majlis pc utk launch filem kena hensem la sikit. tapi nampak cuak puriz ni ke lofa dah warning jgn ckp apa apa psl relay diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
lolipopbiru replied at 8-9-2020 06:33 PM
ya dia pernah ada gf kt uia. 5 tahun jgk couple. siap datang rumah jumpa mak ayah perempuan tu dah ...

Haa kann? 5 tahun tuu. Dan2 tak mengaku pulak. Menyampahhh. Kesian ex gf jadi kekasih yang tak dianggap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Piyu ni jaman sekolah kuat capmelan kat gambo tetek besor Kaka Lopa kot..  Jaman jahiliyah dolu2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kantoi kau la ustad......
awat tergagap gagap?....
dh la langsung xmnjwb soalan....
elak slagi boleh pstu selit ayat quran hadis.....
motif?......
apa slhnye ckp la #doayangbaikbaik
gitu.....baru gentleman utk jd imam lopah
wakakakkakakakakaaka!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
gummiebear replied at 8-9-2020 06:29 PM
Eh jap.. bukan puriz ni penah ada gf ke? Tiber tak penah ada istilah teman wanita dalam hidup pulakk

acah xpernah bcinta pulak dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
hajjah neelofa kena friendzone dgn dek pu ke... tak boleh jd ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.083204 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list