Edited by d_dalia at 29-9-2015 10:13 AM
silap info..bakal bertunang tahun ni..tak tau lah dah bertunang ke..huhu..news ni bulan jun lps..btw, baca status dlm insta rody baru2 ni mcm dia frust lah sbb lmbat kawin w/pun dh bersedia..ada je si emma komen tp mcm rody frust bila reply komen emma tu..
Satu ketika dulu gitaris Kristal, Rodi pernah bercinta dengan penyanyi Syura selepas digandingkan dalam satu sesi fotografi untuk sebuah majalah. Bagaimanapun, hubungan itu hanya mampu bertahan seketika dan Syura akhirnya berkahwin dengan jejaka pilihannya. Apapun itu kisah lama. Kini Rodi dikatakan sudah bertemu pengganti dan menghadiri kursus perkahwinan dengan bakal suri hidupnya, bintang Akademi Fantasia musim kelapan, Emma Shuhaimi yang juga kakak Adira.
Hadir mempromosikan album solonya di Balai Berita, baru-baru ini, jejaka berusia 29 tahun itu mengesahkan perkhabaran berkenaan namun tidak banyak yang dikongsi kerana perlu menjaga hati keluarga bakal isteri. “Saya pernah berkawan dengan beberapa wanita tetapi semuanya tidak menjadi. Dengan Syura dulu pun mungkin saya masih belum matang. “Kalau boleh saya tidak mahu terlalu terbuka bercerita mengenai bakal isteri kerana kami belum bertunang. Ketika keluarga Emma datang ke Kuala Lumpur, baru-baru ini saya hantar rombongan merisik. “Insya-Allah kami akan bertunang tahun ini juga dan masih mencari tarikh sesuai,” katanya. Menyingkap detik perkenalan mereka, Rodi berkata, Emma berbakat mencipta lagu dan kerap datang ke studionya. Apabila sering bekerjasama, timbul rasa sayang di hati dan sepakat untuk ke fasa lebih serius. “Ketika kenal Emma, saya sudah ada kekasih, begitu juga dia. Apabila sama-sama putus cinta, kami selalu berbual dan semakin rapat. “Awal tahun ini, kami ambil keputusan untuk berkahwin. Perkara baik seperti ini bagi saya tidak perlu dilengah-lengahkan,” kata Rodi yang turut memuji Emma rajin memasak dan pandai mengambil hatinya serta keluarga.
|