CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eise

[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...

  [Copy link]
Post time 26-8-2016 04:32 PM | Show all posts
Cantiknya Konsep Hibah Takaful
--------------------------------------------

HIBAH maksudnya kita hadiahkan harta yg dah sempurna milik. Ia dilaksanakan ketika kita hidup dan akan terus berkuatkuasa masa kita hidup. Kita boleh HIBAH pada sapa sapa saja.Contoh HIBAH setiap anak tanah or cash or kereta. So terus tukar nama atas nama mereka. Harta ni dah sempurna jadi milik mereka dan tak terlibat dgn faraid dah di kemudian hari.

-pampasan takaful juga tergolong dalam kategori HIBAH dan tidak akan masuk faraid

Hibah dalam Takaful adalah satu cara yang sangat berkesan dalam WEALTH DISTRIBUTION ataupun Pembahagian Harta. Terutamanya kepada:-

1. Pasangan yang tidak mempunyai anak lelaki

2. Pasangan yang tidak mempunyai anak kandung tetapi mempunyai anak angkat yang disayangi

3. Lelaki yang berkahwin lebih daripada satu dan sayang kesemua isterinya

Banyak kes harta pusaka tidak dituntut hingga mencecah billion RM. Mungkin tiada kesedaran diri kita sendiri mengenai pengurusan harta pusaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 11:24 AM | Show all posts
Assalamualaikum

Saya nak ajak kawan kawan saya yang dah ada polisi mahupun yang belum ada polisi takaful
untuk create satu akaun hibah sama ada RM250,000 ataupun RM500,000 atau RM1,000,000.
Awak boleh letak nama ibu,ayah, Isteri atau anak sebagai penama,Sebab duit fund tersebut 100%
Untuk kegunaan keluarga awak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 12:40 PM | Show all posts
Terkilan
----------
1. Ada seorang pembaca blog saya , dia terlibat dengan kemalangan menyebabkan patah tulang pelvik tapi tidak dimasukkan besi..selain itu terdapat kecederaan parah sehingga perlu dibuat pembedahan plastik rekonstraktif..selain itu dia juga menjalani pembedahan perpindahan otot disebabkan kerosakan otot. Dia tidak sempat mengambil insuran iaitu sebulan sebelum dia merancang untuk mengambilnya. Dia amat terkilan sehingga sekarang..

2. Seorang ayah yang kena slip disk dan perlu menjalankan pembedahan. Risiko pembedahan slip disk nie ada kemungkinan akan menyebabkan beliau lumpuh. Akibat dari kesan pembedahan yang tak pasti ini, dia sudah memikirkan untuk ambil Insurans dan merasa terkilan tidak mencarum awal. Si Ayah cukup bimbang akan nasib keluarga jika beliau lumpuh.

Nasihat saya ambillah Takaful sama ada berbentuk Takaful hayat atau Takaful perubatan. Jika kita mencarum Insurans/Takaful hayat, ia dapat menolong meringankan beban kewangan keluarga jika kita ditimpa sebarang musibah.

Jangan lupa, Takaful/Insurans hayat boleh dijadikan hibah Takaful, Income replacement, boleh bayar kan hutang keta dan rumah dan juga boleh protect active saving kita.

Takaful perubatan pula boleh bantu bayarkan kos perubatan di hospital

cheers
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 01:42 PM | Show all posts
Salam perkenalan semua. Saya Izyan Konsultan PruBSN. Harap boleh berkongsi pendapat di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 11:09 AM | Show all posts
Teringat bila saya approach klien saya untuk update Takaful hayat. Kiranya Takaful hayatnya masih sedikit. Kalau berlaku musibah, pampasan yang ada hanya cukup menampung pendapatan 2@3 bulan sahaja. Dia reject cadangan saya untuk upgrade kerana dia kira agak tak berbaloi pampasan yang akan saudara-mara dia dapat hasil dari titik peluh dia sendiri. Dia rasa sia-sia dia kumpul harta dan at the end saudara mara yg dapat dengan senang.

Kita kena ingat, bila kita sudah tiada, kita boleh hibahkan pampasan pada ibu dan ayah kita. Berapa bayaran yang perlu kita bayar balik dengan jasa dan budi mereka yang membesarkan kita selama ini? Priceless bukan? Dengan duit pampasan yang kita tinggalkan, mak ayah kita boleh tolong bayarkan hutang piutang kita, boleh tolong mereka pi buat haji, boleh tolong kita buat sedekah amal jariah. Walaupun sedih kita dah tiada, tapi itulah yang dapat tolong mak ayah kita. Teringat kisah seorang polis bantuan wanita yang sanggup buat Hibah Takaful semata-mata nak hibahkan pada kedua ibu bapa nya. Dia tahu dia bukan orang senang, jika berlaku musibah, dengan pampasan yang bakal dihibahkan itulah asset yang sungguh bernilai yang dapat dihadiahkan pada kedua ibu bapanya.

#hibahtakaful
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 12:11 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 23-9-2016 07:43 PM

hello apa kabar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2016 11:48 AM | Show all posts
Untuk pengguna PruBSN Takaful. Pihak PruBSN Takaful telah melantik Hospital KPJ Rawang sebagai panel hospital yang baru.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 04:18 PM | Show all posts
mbk replied at 29-9-2016 11:48 AM
Untuk pengguna PruBSN Takaful. Pihak PruBSN Takaful telah melantik Hospital KPJ Rawang sebagai panel ...

JazakAllah fo the update
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 11:12 AM | Show all posts
Konsep Takaful secara ringkas


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:12 AM | Show all posts
Apa yang perlu kita lakukan setelah mendapat pampasan Takaful?

Katakanlah Pampasan Takaful yang kita dapat RM 200,000.

+ Boleh diambil untuk urusan jenazah. Contohnya RM 850 maka baki RM 199,150.
+ Tetapi di sini agak mustahil pampasan di atas dapat digunakan untuk urusan jenazah kerana masa yang singkat.
+ Di sinilah keperluan khairat kematian yang dianjurkan pihak masjid / surau dalam perancangan kewangan kita.
+ Mungkin benar kita sudah ada simpanan dan pelaburan yang banyak, caruman takaful yang berbaloi tetapi lupa perancangan khairat kematian yang efektif.
+ Andai si mati tiada khairat kematian, tiada "cash" disimpan, bolehlah si waris menggunakan duitnya dahulu sebagai hutang.
+ Nanti apabila sudah dapat pencairan harta arwah atau pampasan takaful, boleh diganti balik.
+ Baki RM 199,850 yang ada tadi ditolak segala hutang seperti badal haji, fidyah, kafarah, nazar dll.
+ Jika ada hutang di bank seperti pinjaman peribadi, bayarkan terlebih dahulu.
+ Kemudian ditolak untuk amal solehnya selepas kematian apabila si mati meninggalkan wasiat. "Kebiasaan" tidak melebihi 1/3 harta.
+ Katakan baki ditolak hutang nazar dan bank ialah RM 150,000 maka 1/3 ialah RM 50,000. Ada pandangan, wasiat ni kurang 1/3 lebih baik. Contoh 1/6.
+ Baki barulah diberi kepada waris qadim

Terima kasih tuan FB Mohamad Akmal Mohamad diatas status ini.  ilmu yang bermanfaat buat semua. Sesiapa nak tanya pasal faraid, wasiat dan hibah secara terperinci boleh kalian semua add Mohamad Akmal Mohamad di FB. Beliau banyak terangkan ilmu pembahagian harta pusaka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 10:21 PM | Show all posts
Banyak benda lagi yang keliru berkaitan perihal ni.
Dulu lain...
Sekarang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 04:51 PM | Show all posts
SBF replied at 20-10-2016 10:21 PM
Banyak benda lagi yang keliru berkaitan perihal ni.
Dulu lain...
Sekarang lain...

apa yang lain nya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 08:28 PM | Show all posts

Yela.. dulu bujang, sekarang dah kahwin.
Gurau je MBK. Yela.. dulu produk terhad & kurang fleksibel. Sekarang lebih menepati keperluan para netizen.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 10:30 AM | Show all posts
SBF replied at 24-10-2016 08:28 PM
Yela.. dulu bujang, sekarang dah kahwin.
Gurau je MBK. Yela.. dulu produk terhad & kuran ...

    oooo.. Ingatkan apa.... heheheeh   
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 11:35 AM | Show all posts
Edited by mbk at 10-11-2016 11:37 AM

Sharing is caring. Nak citer pasal discaj dari hospital. Kepada yang pernah ada pengalaman discaj dari hospital guna insurans/takaful mesti ada sesetengah merungut apsal lambat prosess? Berapa lama kena tunggu.. nie ada satu artikel yg citerkan pasal discaj hospital dan prosedur perlu pihak hospital ambil....

Ramai yang tidak faham, mengapa proses 'discaj' mengambil masa yang terlalu lama sehingga ada pesakit/waris yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di pada jururawat dan paling teruk sekali di media sosial.

Namun, pernahkah anda cuba untuk mengetahui bagaimana jururawat yang bertugas menyiapkan discaj tersebut mengikut prosedur yang telah ditetapkan? Bagaimana jika prosedur dilanggar dan pesakit menerima akibatnya di kemudian hari, siapa yang akan dipersalahkan?

Jururawat Lara Marina berikan penjelasan yang ringkas dan mudah difahami oleh orang ramai agar selepas ini tiada lagi runggutan mengapa proses discaj mengambil masa yang lama.

Oleh Lara Marina

Sepanjang hampir 9 tahun perkhidmatan sebagai seorang jururawat, saya 'selalu' menerima rungutan daripada pesakit atau waris pesakit yang berada di wad kerana lambat menyiapkan dokumen discaj.

Discaj - Di mana seseorang pesakit yang ditahan di wad, diberi kebenaran oleh pegawai perubatan yang menjaganya untuk keluar dari wad selepas tahap kesihatan pesakit semakin pulih.

Tetapi pernahkah anda terfikir berapa banyak discaj yang pihak hospital perlu siapkan dalam masa sehari? Pernahkah terfikir bahawa yang menyebabkan proses discaj itu lambat bukan disebabkan oleh kami sebagai pekerja yang memberi perkhidmatan, tetapi sebab sistem itu sendiri? Anda perlu menunggu beberapa ketika untuk doktor dan jururawat menyiapkan segala dokumen penting yang berkaitan?

PROSES MENYIAPKAN 'DISCAJ PESAKIT:
  • Menerima arahan daripada pegawai perubatan
  • Menyemak rekod perubatan pesakit
  • Memaklumkan kepada pesakit atau waris
  • Menyediakan discaj
  • Dalam menyediakan discaj pesakit, ada beberapa perkara wajib yang anda perlu tahu.

DISCAJ SUMMARY
Ia adalah ringkasan tentang pesakit berkenaan segala perawatan yang telah pesakit terima sepanjang keberadaan di wad tersebut selain serba sedikit ringkasan diagnosis penyakit yang dihidapi pesakit. Discaj summary penting bagi pesakit contohnya dalam urusan 'claim insurans'.

SLIP UBATAN
Apabila pesakit dibenarkan pulang ke rumah, pesakit akan dibekalkan dengan ubat-ubatan yang perlu pesakit ambil berterusan. Untuk pembekalan ubatan daripada farmasi, memerlukan slip yang ditandatangani oleh pegawai perubatan (bukan dari jururawat), disertakan sekali nama, dosej dan kekerapan ubatan tersebut yang perlu pesakit ambil.

MC (SIJIL CUTI SAKIT)
Bagi pesakit yang bekerja, sudah tentu memerlukan sijil cuti sakit untuk diserahkan kepada majikan masing-masing. PErlu diingatkan bahawa, sijil cuti sakit memerlukan tandatangan dan pengesahan pegawai perubatan, bukannya jururawat. Jururawat hanya perlu berlari ke sana sini untuk mendapatkan cop dan tandatangan pegawai perubatan. Selain itu, jururawat perlu memeriksa butiran pesakit seperti nama dan kad pengenalan yang betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan berlaku.

(Kalau pesakit tak dapat sijil cuti sakit, pesakit juga yang akan emosional).

PENGISIAN BORANG BERKAITAN
Apabila pesakit dibenarkan pulang, mereka akan dirujuk ke jabatan-jabatan lain untuk sesi perawatan lanjut, contohnya Fisioterapi akan diberikan borang rujukan bagi memudahkan pesakit merujuk kepada jabatan yang berkenaan.

BILLING
Jururawat/kerani yang bertugas akan menyiapkan bil pesakit sepanjang keberadaan di wad tersebut. Bayangkan jika pesakit tinggal di wad selama satu minggu, berapa banyak data dan maklumat yang perlu dimasukkan bagi tujuan ini.

Contoh (sampel darah / x-ray / scan / pembedahan). Ia agak memakan masa yang lama bergantung kepada tempoh seseorang pesakit telah menginap di wad.

TCA (Appointment)
Pesakit yang discaj biasanya akan diberikan satu tarikh untuk berjumpa dengan doktor dalam tempoh masa tertentu (follow up) di klinik-klinik yang berkenaan. Jururawat akan menghubungi klinik tersebut bagi tujuan mendapatkan tarikh temujanji mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor pakar.

Kami bukan sewenang-wenangnya boleh memberikan tarikh sesuka hati. Semuanya mengiut apa yang telah diarahkan.

PEMERIKSAAN
Sebelum membenarkan pesakit untuk pulang ke rumah, jururawat perlu memeriksa pesakit (head to toe) bagi melengkapkan proses discaj pesakit. Contohnya, mengeluarkan dulu jarim (branula) di tangan pesakit / mengeluarkan catheter (tiub kencing) jika ada.

Perlu difahamkan bahawa dalam masa jururawat menyiapkan discaj pesakit, jururawat juga perlu menyiapkan segala pelan perawatan pesakit-pesakit lain yang main berada di wad.
+ Jururawat perlu melayani pesakit lain yang menghadapi masalah dan kesukaran untuk melakukan sesuatu.
+ Jururawat perlu melayani segala karenah pesakit-pesakit yang selebihnya.
Jadi, ia bukannya semudah dengan hanya menulis dalam satu dokumen sahaja, pesakit sudah boleh dibenarkan pulang ke rumah sambil bernyanyi-nyanyi menuruni lif hospital sampaikan lupa mengucapkan terima kasih kepada kakitangan wad dan;

Pihak hospital tidak sebegitu tegar untuk menyimpan anda di dalam wad dalam tempoh yang agak lama. Yang pastinya tidak semudah itu untuk melepaskan anda pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

KESIMPULANNYA
Bila anda pergi ke bank, anda dengan rela hati mengambil nombor, duduk diam-diam menunggu nombor giliran dipanggil. Bila sudah berjumpa dengan pegawai bank, anda dengan senang dan rela hati pula untuk menunggu proses urusan tersebut biarpun berjam-jam lamanya.

Tetapi bila anda menjejakkan kaki ke hospital, kenapa anda tiba-tiba perlu menjadi prejudis? Sehingga ada yang menunggu sahaja untuk mencari kesilapan kami pekerja yang makan gaji daripada hasil bayaran 'cukai' anda, Daripada pengawal keselamatan, penjaga kaunter, jururawat, houseman, pegawai perubatan dan kalau boleh dengan doktor pakar sekali nak dibambu, dicomplaint itu ini.

Tak perlulah anda berulang-alik ke kaunter bertanya bila proses discaj akan siap sambil memarahi dan menengking jururawat. Tak perlulah anda melenting dan berkata,

Tadi doktor kata dah boleh discaj? Kenapa dari tadi tak siap-siap? Berapa lama lagi yang saya perlu tunggu?

Tak perlu mengelupur, sila tunggu giliran anda dengan sabar. Sesungguhnya sabar itu adalah sebahagian dari Iman. -

kredit:  Lara Marina | The Reporter
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 06:33 AM | Show all posts
sori sy xtau sgt psl medical card ni. nk tau katela kite declare ade  penyakit for example drh tgi. so medical card xleh cover kan. tp ade ke plan yg kite bole byr extra utk bg cover skt tu? sbb main purpose nk amek medical card ni sbb lps dpt tau ade skt drh tgi tu. tkt la kot2 jd pape in future
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 12:21 PM | Show all posts
Edited by mbk at 23-11-2016 12:22 PM
olnkrm replied at 21-11-2016 06:33 AM
sori sy xtau sgt psl medical card ni. nk tau katela kite declare ade  penyakit for example drh tgi.  ...

Hi olnkrm,

Kalau untuk penyakit darah tinggi, pihak underwriter (penilai polisi samaada approved atau tak), akan lihat beberapa aspek.

1. Bila declare penyakit darah tinggi, pemohon perlu isi question and answered (questionnaire). Nak tengok tahap keseriusan penyakit darah tinggi

2. Perlu buat medical examination + Jika pernah warded, pemohon perlu mohon medical report dari hospital

3. Jika penyakit darah tinggi well controlled dan tiada damage organ atau associate risk factor, pihak takaful/insurans akan approved tapi pembayaran sumbangan bulanan akan tinggi.

4. Jika penyakit darah tinggi itu sungguh tinggi dan teruk, kemungkinan pihak Takaful/Insurans akan postponed 6-12 bulan hingga penyakit darah tinggi itu stabil

5. worst case scenario, pihak Takaful/Insurans akan declined jika ada potensi organ damaged, kawalan darah tinggi yang tidak terkawal dan wujud penyakit 3 serangkai.

moga pencerahan ini bermanfaat

mbk


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 12:50 PM | Show all posts
mbk replied at 23-11-2016 12:21 PM
Hi olnkrm,

Kalau untuk penyakit darah tinggi, pihak underwriter (penilai polisi samaada approve ...

wokey. br phm. br lega ati sbb da tjawab da. mekasih byk. pastu ade g 1 soklan ade ke plan yg kalo p klinik biase pon bole tnjk je medical card ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 01:19 PM | Show all posts
olnkrm replied at 24-11-2016 12:50 PM
wokey. br phm. br lega ati sbb da tjawab da. mekasih byk. pastu ade g 1 soklan ade ke plan yg kalo ...

Untuk personal insurans medikal kad hanya boleh diguna pakai untuk warded di hospital sahaja. Klinik x cover. Akan tetapi ada scenario yang mana kita boleh pay and claim untuk klinik.

Scenario.
-----------
1. Pi klinik demam. Dr bagi ubat dan kita bayar RM50.00

2. Seminggu kemudian, pi klinik lagi pasal demam tak sembuh. Dr terus buat surat referral ke hospital. Bayar lagi RM50.00

3. Pi hospital, Dr kata kena warded di hospital dengan guna medikal kad

4. Kerana warded di hospital akibat simptom yg sama, olnkrm boleh buat tuntutan pay n claim klinik yg kita pernah pi tadi sebanyak RM100.00

FYI, outpatient medikal kad tak cover melainkan guna insurans company.

moga saya menjawab soalan ..

cheers

mbk

ps: olnkrm dah mencarum insurans/takaful?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2016 01:30 PM | Show all posts
mbk replied at 24-11-2016 01:19 PM
Untuk personal insurans medikal kad hanya boleh diguna pakai untuk warded di hospital sahaja. Klin ...

blm lgi. tgh pk nak amek medical card ke insurans biase. personally u rs mn patot i amek? sbb my husband n me both kja swasta. kalo demam2 biase tu bole la p panel. kalo mcm warded sume ats sendiri. tu yg tgh pk2 lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.062845 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list