CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 19-12-2004 04:39 PM | Show all posts
begitulah yang dimahukan oleh semua manusia
memperbetulkan cara permikiran manusia yang telah kehilangan Tuhan seperti saya ni yang hina lagi berdosa dan jahil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2004 04:49 PM | Show all posts

sempoi

baguih kalau tiap tiap hari macam ni. ada panduan yang boleh di ikuti bukan nya dari benda yang tak tau mana hala dia punya mesej kadang kadang payah nak paham.

Teruskan usaha agar senang sikit nak hidup
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 19-12-2004 06:31 PM | Show all posts

(bersambung lagi)

5.   Hikmah yang ke 5 : Bismillah & Fatehah diwajibkan dalam sembahyang sebagai kasih sayang Tuhan.

Kalau kita kaji lagi dalam Bismillahi rahmanir rahim, terutama bila baca Fatehah sampai habis, kemudian sebelum baca ayat lain, baca Bismillah, selain hendak pertahankan berkat, kedudukannya sunat sahaja. Tetapi bagi Al Fatehah diwajibkan kerana ia satu ayat daripada surah itu. Kalau solat tidak baca Bismillah, batal Fatehah, batal solat  Apa maksudnya? Sebenarnya kita baca Bismilah ini kasih sayang Tuhan. Bagi kita AI Quran yang isinya ada dalam Al Fatehah itu. kalau kita ada ilmunya, boleh fahami, hayati dan applykan nya dalam kehidupan kita, itu rahmat dan nikmat Tuhan yang paling besar, yang mana kita akan selamat di dunia dan akhirat. Begitu kasih sayang Tuhan. Patutlah Tuhan suruh baca Bismillah di awal AI Fatehah sebab Tuhan itu maha Pengasih dan penyayang. Patutlah wajib baca Bismillah pada Al Fatehah. tidak seperti surah-surah lain.

Inilah yang sebenarnya kemuncak hikmah rahman dan rahim Tuhan. Apa yang saya cerita tadi, termasuk dalam isi Fatehah. Saya dahulukan ia supaya kita nampak sebab nikmat yang lahir. mudah untuk kita faham dan cepat terasa. Nikmat yang bersifat rohaniah perlu dikaji dan dibahaskan baru terasa. Begitu juga rahmat dan nikmat Tuhan yang bersifat akliah lebih mudah kita rasa daripada yang bersifat ruhiyyah atau maknawiyah. Sebab nikmat Tuhan ada 3 iaitu yang bersifat mata, bersifat akal dan bersifat roh. Mata cepat nampak nikmat tetapi itu pun payah untuk terasa. Yang bersifat akliah, mungkin lambat sedikit untuk terasa manakala yang bersifat ruhiyyah itu lagi lah lambat. Perlu dikaji, dicungkil dan di ulaskan baru terasa.

Nampaknya untuk membuatkan batin manusia sampai dapat dimanfaatkan, itu bukanlah satu kerja yang mudah. Macamlah dalam pendidikan sekular, orang mengasah akal untuk sampai dapat dimanfaatkan, itu juga bukan mudah. Ternyata, hati itu adalah satu simpulan yang kalau kita tidak pandai membuka simpulan ilu menyebabkan hati itu buta. Butanya hati itu menyebabkan manusia tidak nampak sebesar-besar perkara
Sebab itu,dalam ajaran Islam. Rasulullah sudah ingatkan, "awaludin marifatulah." Mula-mula sekali dalam Islam itu ialah mengenal Allah iaitu dari kecil atau dari tadika. Itu asas untuk menggerakkan haji dan mencelikkan bati. Kalau hendak celikkan bati, mesti diketuk dengan Tuhan. Tolong ambil perhatian. Kalau hati diketuk dengan harta maka nafsulah yang akan celik. Asas mencelikkan hati ialah kenalkan Tuhan dari tadika. Kalau dari tadika sudah selalu batinnya terhubung dengan Tuhan, bila dewasa. ia sudah mudah. Sudah ada asas. Bila tidak ada asas, setelah berusia 30 tahun baru sedar maka bukan senang. Tapaknya sudah lama terlajak. Hati sudah terbiar. Sekarang baru hendak digeletek, hendak kenal Tuhan
.


(bersambung)
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 19-12-2004 06:34 PM | Show all posts
Sistem ini tidak berlaku. sebab guru-guru dan ibu bapa tidak boleh applykan walaupun perkara ini ada dalam silibus. Kebanyakan kita tak applykan .Ibu bapa dan guru pun hanya ajar Tuhan sepintas lalu, atas dasar ilmu. Maka roh tidak tercanai. Sudah besar baru dikejutkan,tentu payah nak celikkan hati.

Bagi kita, hendak beragama lebih banyak bersyariat. Kadang-kadang anak tidak kenai Tuhan tetapi diajak tahajud. Duduk sebelah pun jadilah. Maka si anak rasa berat, seolah-olah Islam ini menyeksa. Tentu itu lebih bahaya. Tahajud itu. kalau terhubung dengan Tuhan ia akan berlaku salah satu iaitu sama ada cinta atau takut Tuban. Tetapi kita didik anak-anak,dengan berkata hendak masuk syurga, kena tahajud malam. Tentu ini satu kesalahan cara didikannya.


Kita ada macam-macam programmer untuk menjayakan pelbagai projek tetapi sayang tidak ada programmer hati sehingga hati tidak diprogramkan untuk hidup. Kita harap ia hidup sendiri sedangkan ialah yang paling susah untuk dihidupkan. Bagaikan hendak mendapatkan sagu, kena tebang rumbia, kena pecahkan ruyung. Ini ruyung tidak dipecahkan tetapi kita harap dapatkan sagunya.

Kerana Bismillah adalah sebahagian dari Fatehah, hakikatnya dari Bismillah itu Allah hendak menghadiahkan kita dengan sebesar-besar hadiah. Kalau kita faham ini, kita tidak akan pernah terputus hati dengan Allah. Pendidikan yang paling tinggi oleh A ialah pendidikan yang menjadikan manusia yang hatinya dengan Allah dan jasadnya dengan manusia. Itulah persekolahan paling tinggi bagi seorang muslim. Orang Tuhan mampu untuk menghantar hatinya setiap detik kepada Allah. Kunci keselamatan dunia akhirat iaitu Al Fatehah yang di dalamnya ada Bismillah, inilah kemuncak kebesaran yang diperoleh dari Bismillah ini. Di dalam Bismillah itu ada Allah yang Maha baik, yang sangat mencintai kita dan dari sana kita akan dapat mengenal diri bahawa kita rupanya hamba yang amat memerlukan Tuhan setiap detik. Bila itu berlaku, manusia mendapat kebahagiaan yang sebenarnya, rahmat dan berkat.

Yang sebenarnya Allah hendak beri istana yang besar iaitu Al Fatehah yang pintunya adalah Bismillah itu. Yang mana. melalui pintu itu engkau kenal bahawa Tuhan itu rahman dan rahim, yang berhubung dengan engkau setiap suku detik. Bukankah Dia sangat mencintai engkau lalu engkau pun cinta pada Nya. Lalu engkau pun mula berhubung melalui rasa hamba itu dan engkau pun mula rasa satu kesegaran baru untuk mendapatkan Al Quran yang telah dikecilkan engkau untuk engkau. Yang mana itulah keselamatan yang sebenarnya engkau cari.


(bersambung)

[ Last edited by hafizi on 19-12-2004 at 07:14 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 19-12-2004 06:38 PM | Show all posts
BAB3

SEGALA PUJI BAGl TUHAN PENTADBIR ALAM
SEGALA PUJI BAGI TUHAN

Setelah. kita hurai Bismillah, bahas, ulas dan nilai, barulah terasa munasabah selepas itu kita puji Tuhan. Yakni selepas bismillah.

                                             Alhamdulillah
Ertinya :
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Pentadbir Semesta Alam        ,


Setelah kita terasa banyaknya nikmat dan rahmat Tuhan, setelah kita sudah terasa kita tidak boleh hidup tanpa Tuhan. seielah kita terasa kita ini hambaNya yang patut merendah diri pada Nya, sebab pada Tuhan ada segalanya, yang mana pada Dia lah keselamatan kita, setelah kita rasa patut kita cintai dan takut dcngan Nya.maka barulah rasa sedap hendak sebut alhamdulillah itu. Bila sebut alhamdulillah  itu. kita sudah terbayang begitu rahmat dan nikmat Tuhan sangat melimpah ruah. Kalau tidak. kita sebut alhamdulillah, kita tidak rasa apa-apa.

Tamsilnya ibarat kita kenal seseorang yang dia itu orang yang baik dan suka membantu, tentu kita akan cerita dengan orang lain yang tidak tahu sangat hal orang itu. Kita puji orang itu baik sebab kita yang memujinya terasa dan tahu orang itu suka menolong dan suka memberi. Orang yang kita ceritakan padanya tentang kebaikan orang }yang pertama tadi, mungkin percaya atas dasar kita puji. Dia mungkin tidak terasa apa-apa sebab itu bukan pengalaman dia. Sekadar dia baik sangka sahaja terhadap orang itu. Begitulah kita selama ini puji Tuhan tidak terasa apa-apa. Kadang-kadang alhamdulillah itu jadi wirid pula.. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Hanya sekadar tidak prejudis, baik sangka, merasakan ia perkataan baik yang patut disebut selalu tetapi kita tidak terasa apa-apa

Kalau tidak rasa apa-apa, yang berlaku ialah ia tidak boleh bangunkan jiwa. Jiwa tidak hidup dan tidak terangsang. Lain sekali dengan orang yang memuji Tuhan dan dapat merasa yang mana akal serta perasaannya terasa dimandikan oleh rahmat dan nikmat Tuhan. Sama ada yang mata boleh lihat, yang tangan boleh sentuh, yang boleh difikirkan dan yang ada dalam perasaan. Maka dalam keadaan itu, bila dia puji Tuhan, dia sangat terasa, sangat terhibur, sangat bahagia, sangat terbangun perasaannya. Orang yang begitu bila puji Tuha, terutama bila dijadikan zikir, sangat indah, sangat lazat, sangat terhibur dan sangat bahagia sebab ada satu rasa yang tidak boleh hendak digambarkan. Sebab dia puji Zat yang maha berkuasa, yang sudah memperlihatkan pada dirinya, rahmat dan nikmat Tuhan itu. Seolah-olah di depan matanya, nikmat dan rahmat itu macam salji yang turun. Maka indahlah bila dia sebut alhamdulillah.

Orang yang tidak nampak nikmat Tuhan sekalipun melalui matanya, tidak dirasa oleh hati, lebih-lebih lagi nikmat atau rahmat yang bersifat rohaniah, dia baca alhamdulillah sekadar untuk cari fadhilat. Ianya tidak dapat bangunkan syahsiah dan akhlak. la tidak mampu sebab apa yang dia sebut itu tidak menggugat perasaannya. Tidak terasa apa-apa. Maka patut sekali Tuhan letakkan Alhamdulillah itu selepas Bismillahi rahmanir rahim. Kalau kita faham Bismillah itu seperti yang disyarahkan, maka kita pun cakap Alhamdulillah.. la akan jadi sangat indah, sangat memberi kesan dan sangat memberi erti. Kalau tidak, kita tidak akan rasa apa-apa. Maha besar Tuhan.


(bersambung)
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 19-12-2004 06:43 PM | Show all posts
Mari pula kita terokai isi atau inti pati alhamdulillah. Sama ada yang bersifat mata, akliah atau rohaniah. 'Segala puji bagi Tuhan.' Apakah "puji' itu?

Erti puji: Ungkapan-ungkapan perkataan yang baik untuk ditujukan pada seseorang), atau pada Zat (kalau Tuhan), yang mana ungkapan-ungkapan itu layak bagi orang itu atau yang layak bagi Zat itu.


Kalau itulah takrif pujian atau itulah isi pujian, kalau kira katakan alhamdulillah, maka  bagaimanakah "segala puji bagi Tuhan itu berdasarkan takrif tadi? Bagaimanakah untuk memuji Tuhan mengikut taarif itu? Baiknya Tuhan, hebatnya Tuhan. maha kuasanya Tuhan, dan maha agungnya Tuhan. Semua itu layak bagi Tuhan. Kalau kita hendak puji Tuhan atas dasar kelayakannya, ia bukan sekadar itu. Kalau Tuhan izinkan, katalah kita boleh sejuta tahun, sepanjang sejuta tahun itu kalau kita hendak puji Tuhan, tidak akan habis. Mengapa? Kerana sifat kesempurnaan Tuhan itu tidak terhingga dan tanpa batas. Kalau Tuhan izin sejuta tahun yang mana kita sentiasa memuji Nya dengan lazat, tanpa rasa susah, maka sejuta tahun itu tidak akan cukup kerana ia tidak ada kesudahan. Maha besar Nya Tuhan.

Patutlah selepas Bismillah, ialah alhamdulillah sebab perkataan yang layak bagi Tuhan itu tidak ada kesudahan. Jadi kalau kita hendak puji Tuhan, ia tidak akan berkesudahan. Oleh sebab umur kita pendek, tidak mungkin kita boleh buat. Kalau dipanjangkan umur kita berjuta-juta tahunpun, Tuhan lihatkan pada kita kesempurnaan Nya, tidak akan ada stop. Jadi kalau kita faham, baru sedap kita menyebut alhamdulillah sebab kita nampak mengapa patut kita puji Tuhan itu, sebab sifat yang patut bagi Tuhan itu tidak- terhingga. Maha bijaksana Tuhan meletakkan perkataan bismillah kemudian Alhamdulillah.


(bersambung)
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 19-12-2004 07:13 PM | Show all posts
Memuji Tuhan ini ada 3 peringkat:
1. Memuji dengan yang ada hubungan dengan Zatnya.
2. Memuji dengan yang ada hubungan dengan sifat-sifat Nya
3. Memuji atas rahmat dan nikmatNya

Jadi memuji Tuhan itu ada kala berhubung dengan Zat Nya, ada kala berhubung dengan sifat-sifatNya dan ada kala atas rahmat serta nikmat Nya. Rahmat dan nikmat itu sudah kita perkatakan,  ada yang bersifat mata, yang bersifat akal dan bersifat rohaniah.


1. Memuji Tuhan di atas Zat Nya
Contoh : "Wahai Tuhan, Engkau maha kekal. Wahai Tuhan, Engkau maha esa, engkau tidak perlukan ruang. Wahai Tuhan, Zat engkau tidak menyerupai segala, Tuhan maha suci Engkau dari mengambil tempat, berada dalam masa dunia dan akhirat.


2. Memuji Tuhan berkait dengan sifat Nya:
Contoh : "Engkau Maha pengasih, maha penyayang, Tuhan. Engkau maha pengampun Engkau maha lembut. Engkau maha qahhar (keras) dan jabbar. Engkau maha bersyukur, Engkau mahalemah lembut. Engkau maha agung, Engkau maha tinggi, Engkau Maha Pemarah(Tuhan memang  layak)." Itulah pujian yang memang layak ke atas Tuhan.



3.   Memuji Tuhan di atas pemurah dan penyayang Nya.
Contoh :"Pemurahnya Engkau Tuhan, Engkau beri aku makan, beri aku ilmu (ada hubungan dengan nikmat akli). Terima kasih Tuhan kerana kenalkan Diri Mu pada ku. Terimakasih Tuhan keran Engkau jadikan Engkau Tuhan aku. (itu nikmat dan rahmat). Terima kasih kerana memberi aku kesenangan, anak, pakaian, kesihatan. beri pemandangan yang indah dan macam-macam lagi.


(bersambung)
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 20-12-2004 08:17 AM | Show all posts
Jadi memuji Tuhan itu, yang semuanya layak untuk Tuhan, ada kalanya pada Zat Nya, ada kala pada sifat-sifat Nya, ada kala pada nikmat dan rahmat Nya. Pembahagian pujian itu pula ada 5 iaitu:

1. Puji Tuhan pada diri Nya.
Tuhan memuji diri Ini banyak terdapat dalam Quran dan Hadis. Contohnya. "Aku Tuhan, sembahlah aku. Tidak ada Tuhan selain Aku. Aku adalah Qahar, Aku jabbar. Aku pengasih dan
penyayang." Dia memuji diri Nya. Ada hadis mengatakan, "Aku kasih kepada hamba Ku, lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya."

Apakah hujah untuk membenarkan Tuhan memuji diri Nya? Sebab Tuhan memang layak. Lagipun mana ada yang lebih atas dari Tuhan. Kalau Dia hendak puji diri Nya, siapa hendak hukum dia. Kalau  kita hendak puji diri sendiri, nanti ada yang lebih atas yang akan tegur sebab ada orang yang lebih layak. Kalau Tuhan puji diri' Nya, Dia pun memang tidak ada tandingan.
Sebab itu ada amalan-amalan khusus kerana kita tidak mampu untuk puji Tuhan maka kita berkata, "Aku puji Engkau Tuhan. sebanyak mana Engkau puji diri Engkau sendiri. Anggaplah ini juga pujian ku untuk Mu termasuk rahmat Tuhan. Ini cara short cut sebab kita pun tidak larat hendak puji Tuhan. Tuhan boleh terima, kan tidak masuk akal. Secara logik, mana boleh kongsi tetapi itu lah yang disebut rahmat Tuhan itu luas. Dengan Tuhan tidak payahlah ikut prosedur yang logik-logik macam wahabi itu.


2. Pujian Tuhan pada hamba Nya.
Contohnya, "Aku suka pada orang yang bertaubat.' Aku suka orang yang bertaqwa. 'Aku suka orang yang pemurah.' "Aku suka pada seorang yang buat dosa dan kemudian bertaubat atas dosanya. Aku lebih suka pada orang yang merintih atas dosanya daripada tasbih para aulia.


3. Pujian seorang hamba pada Tuhannya.
Itu mudah kita faham. Selemah-lemah kita, kita ada puji Tuhan.

4. Puji hamba kepada hamba.
Contohnya A kata Habib ini pandai dan sabar. Tetapi elok memuji di belakangnya takut dia tak
tahan hendak bawa. Sebab puji di depan itu macam letak kayu balak di bahu. Ada ke orang yang
boleh pikul kayu balak 10 tan atas bahunya?       
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 20-12-2004 08:20 AM | Show all posts
TUHAN PENTADBIR ALAM       

Kita sedang memperkatakan surah Al Fatehah. Kita baru sahaja di permukaannya. Setelah membahas Bismillah, hinggalah kita baca sampai akhir, rupanya setiap ayat itu satu sama lain berkait. Ada munasabahnya ia tidak terpotong-potong tetapi berhubung kait. Sebab itu, ayat dalaim surah Fatehah itu begitu rupa. Bila kita bahas tentang Bismillah, kita nampak rahmat dan nikmat Tuhan itu terlalu banyak. Terasa kita tidak boleh terlepas dari Tuhan. Rasa kita benar-benar hamba yang mengharapkan bantuan Nya. Setiap yang berlaku, kita terhubung dengan Tuhan. Kalau kita lakukan dengan kesedaran maka munasabah, selepas Bismillah, ayat dari surat Fatehah iaitu  alhamdulillahi rabbil 'alamin. Sekarang kita hendak sambung, 'rabbil 'alamin'. Yang ertinya 'Segala puji hanya untuk Allah
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 20-12-2004 08:23 AM | Show all posts
Perkataan 'rabb' di sini ada hubungan dengan tauhid. Tauhid ada 2 bahagian, tauhid
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 20-12-2004 01:06 PM | Show all posts
Jadi kalau manusia itu hidup dengan nafas, makan, minum, dan dengan darah maka Tuhan akan  tadbir begitulah. Kalau Tuhan hendak matikan pun, Dia akan rosakkan sistem tetapi Dia tidak  ubah. Padahal dengan kuasa Tuhan., Tuhan boleh masukkan air gantikan darah. Tukar oksigen dengan benda lain.

Atas dasar kuasa, Tuhan boleh buat. tetapi atas dasar Tuhan sudah berjanji, Tuhan  tidak akan ubah  sistem Nya atau sunnah Nya. Tuhan tidak akan mungkir janji walaupun Dia berkuasa. Walaupun  sebesar habuk, kalau habuk itu Tuhan janjikan ia akan jatuh di laut, ia tidak akan jatuh ke sungai . Maha Besar Tuhan. Kerana Tuhan sudah berjanji maka Tuhan tunaikan janjiNya seolah-olah Tuhan mewajibkan diri Nya, "Aku tidak akan mungkir janji.". Itu terhadap makhluknya yang  sebesar habuk.       

Yang jadi fokus di sini ialah, 'rabbil 'alamin', itu, Tuhan mentadbir bukan sesuka hati. Tuhan sudah tentukan sistem Nya dan mentadbir berdasarkan sistem itulah. Kalau Tuhan hendak rosakkan pun,  atas dasar sistem itu juga. Tuhan tidak akan buat dengan cara lain. Walaupun  boleh ubah apa-apa di atas kuasa Nya, tetapi Tuhan sudah janji, setiap makhluk ada sistemnya, ada sunnahnya, maka Tuhan akan mentadbir setakat itulah. Tidak akan terkeluar dari sistem itu. Nampak kuasa Tuhan itu.
        .
Itulah yang dimaksudkan 'rabbil 'alamin.' Di sini tauhid, di mana Allah tidak tadbir sesuka hati. Bagaimana Dia akan tadbir, Dia telah tentukan. Dia akan tadbir atas sistem sejak azali lagi. Tuhan sudah berjanji dan tidak akan mungkiri janji. Walaupun sebesar habuk, habuk itu jatuh ke laut, ia tidak akan jatuh ke sungai.

Hebatnya Tuhan, Dia hendak jadikan suatu perkara itu sejak azali lagi, tanpa rancang. Dia sudah tahu. Bila diwujudkan dengan sistemnya sekali, walaupun sebesar habuk, tidak perlu ubah lagi.  Tidak hebat ke? Tanpa silap dan tidak perlu repair. Kalau hendak ubah ertinya ada yang tidak  kena. Sebab itu Tuhan berani, "Apa yang Aku buat, Aku tidak akan ubah lagi. Kerana begitu kemasnya sistem itu. Tidak nampakkah kebesaran Tuhan? Kita hendak buat keretapun, berapa kali tukar sistem. Sedangkan sistem Tuhan itu sesempurnanya.


(bersambung)
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 20-12-2004 01:11 PM | Show all posts
Itulah antara kebesaran Tuhan. Kita lihat langit itu besar tetapi melihat langit yang besar itu tidak  terasa kebesaran Tuhan. Kenapa? Kita biar mata sahaja yang melihat. Tidak kita kaji dengan rohani. Kalau dapat apa hikmahnya pada rohani, barulah kita terasa besarnya langit itu adalah kebesaran Tuhan. Inilah salah ulama selama ini. Mereka sebut langit itu tanda kebesaran Tuhan tetapi itu hanya cakap. Tidak terasapun. Ia ada peringkat mata, peringkat akal, dan peringkat roh. Bila menyentuh roh, baru terasa. Tuhan berkata :

Surah Ali Imran ayat 190

Ertinya :
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang menjadi tanda tanda kebesaran Allah, bagi orang-orang yang berakal (ulil albab)

Tidakkah engkau melihat kebesaranKu pada kejadian langit dan bumi ini.


'Melihat' dalam ayat di atas itu, bukan dengan mata tetapi dengan roh, dengan hati. "Dalam penciptaan langit dan bumi dan perubahan malam dan siang, itulah tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang mempunyai hati.
Sesekali Tuhan jadikan sesuatu yang di luar kebiasaan. untuk menunjukkan kuasanya. sepertilah kelahiran Nabi Isa tanpa ayah. Itu sudah ditentukan sejak azali  lagi. Bukan Tuhan baru berubah niat untuk tiba-tiba jadikan manusia tanpa ayah. Maha suci Tuhan dari berubah niat.

Itulah yang dimaksudkan 'rabbil 'alamin ', Pentadbir seluruh alam ini.


Nasib seseorang di loh mahfuz itu walaupun boleh diubah itupun sudah ditentukan sejak azali. Ada yang boleh ditolak dengan doa (ubah yang di loh mahfuz) pun ditentukan sejak azali. Apapun yang kita hendak buat sekalipun sebesar habuk, itu telah ditentukan sejak azali lagi.
Katalah umur 70 seseorang mati. Sekalipun betapa banyak perbuatan orang tersebut dari semenjak lahir hingga ke umur 70 tahun itu tetapi Tuhan tahu semuanya, sebab Tuhan sudah tentukan semua perbuatan itu dari azali.


Kita telah memperkatakan sekitar 'rabbil 'alamin'. Rabb itu yang lebih penting dibahaskan dan "alamin itu adalah memperkatakan tentang alam itu sendiri sudah disistemkan. Tuhan bukan buat sesuka hati. Ini hendak kita applykan bila kita baca Fatehah yang mana kita hendak melihat Tuhan di dalamnya. Rabb itu mencangkup tauhid uluhiyah dan rubbubiyah. Yang itu pun rupanya ia masih belum bertapak di akal kita, masih di awang-awangan. Hendak kita terapkan pun satu masalah. 'Alamin itu memperkatakan satu sistem yang Tuhan telah tetapkan, melibatkan dunia dan akhirat.

Akan datang bila kita baca 'alhamdulillahi rabbil 'alamin' , Segala puji hanya layak bagi Allah. 'Segala' itu meliputi segala-galanya, melibatkan seluruh tentang Allah dan tentang alam. Iaitu segala yang berkait dengan zat Allah, sifat Allah dan seluruh pemberian-pemberian Allah.

Bila seseorang sedang bersembahyang, sebenarnya kita sedang bersekolah. Kita sedang belajar dengan Tuhan. Tuhan beri bermacam-macam ilmu melalui sembahyang. Contohnya, berdasarkan huraian di atas. pada kata Rabb saja kita sedar dan merasa bahawa sebenarnya Tuhan hendak memperkenalkan bahawa Allah adalah Tuhan yang Pentadbir. Ada 2 kategori iaitu Tuhan yang memang layak jadi Tuhan dan kuasa Nya Tuhan, sampai mampu menguruskan semua ciptaan Nya. Dia Tuhan yang bertugas. Karena begitu hebat pentadbirannya, manusia boleh merasakan bahawa benarlah Tuhan itulah tempat rujuk kita. Apapun yang manusia hendak buat tak boleh bercanggah dengan sunatullah, dengan pentadbiran Tuhan.


bersambung....;)
Reply

Use magic Report

selalufikir This user has been deleted
Post time 20-12-2004 05:44 PM | Show all posts
Alhamdulillah, alangkah indahnya dunia ini jika ramai penghuninya takut dan cintakan Tuhan....
Takutkan Tuhan menyebabkan manusia takut berbuat dosa, jadi manusia tidak mencuri, merompak, merogol, vandalism, gansterism, ....amanlah dunia ini.
Cintakan Tuhan menyebabkan perikemanusiaannya tinggi, maka akan berlakulah sayang-menyanyangi antara satu sama lain, berpadu, bekerjasama dan tolong bantu......
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2004 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by selalufikir at 2004-12-20 05:44 PM:
Alhamdulillah, alangkah indahnya dunia ini jika ramai penghuninya takut dan cintakan Tuhan....
Takutkan Tuhan menyebabkan manusia takut berbuat dosa, jadi manusia tidak mencuri, merompak, merogol, ...


umno juga kata depa takut tuhan ..  takut dosa .

tapi masa yg sama depa juga salah guna kuasa ..

zalim dekat orang .  rogol juga ada .

Islam jugak ini ..  kaa kita nak kata ini

Islam cara depa.   :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2004 09:45 PM | Show all posts
x leh salahkan UMNO...itu hanya segelintir jer yg wat..ader lagi yg masih ingatkan tuhannya.. x kisahlah kita masuk parti aper pun(aku x masuk maner2 parti lagi...x cukup umur..)..yg penting kita yakin Tuhan akan sentiasa merahmatai kita dan letakkan kita dalam golongan yg sedikit... amin..
Reply

Use magic Report

selalufikir This user has been deleted
Post time 20-12-2004 10:53 PM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 20-12-2004 05:51 PM:


umno juga kata depa takut tuhan ..  takut dosa .
tapi masa yg sama depa juga salah guna kuasa ..
zalim dekat orang .  rogol juga ada .
Islam jugak ini ..  kaa kita nak kata ini
Isla ...


Tak kira siapa, siapa yang tak Takutkan Tuhan, walaupun ilmunya banyak, walaupun degrinya canggih, ada Phd, Prof...tetap melakukan dosa....
Hanya orang yang imannya sudah bertakhta di hati sahaja, yang tidak berani melakukan dosa kepada Tuhan....
Jika hanya tahu Tuhan....iman berada diakal maka masih lagi berani melakukan dosa....Itulah bezanya
Alimbillah.....tahu tuhan tapi masih di akal
Arifbillah....Kenal tuhan...dihati mereka...bila disebut nama TUhan gementar hati mereka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 21-12-2004 08:10 AM | Show all posts
Kalau kita tidak masukkan ini dalam bacaan Fatehah kita maka sia-sia sahajalah bacaan kita kerana kita tidak masuk dalam gudang falsafahnya. Sebenarnya kalau orang yang asyik mahsyuk dengan sembahyang, dia akan mempunyai peribadi yang besar sekali. Sembahyang itu mencipta peribadi agung. Ertinya, dia sedang membentuk pemikiran yang cukup luas sekali, mencangkup isi dunia dan akhirat. Konsep sembahyang adalah pencetus akal yang besar, kalau ia dipandu oleh rohnya.

Tuhan mentadbir bukan tidak tentu arah. Maha suci Tuhan dari berbuat begitu. Semua itu ada tanpa permulaan. Akal pun tidak mampu pergi ke situ. Hanya setakat di border sahaja. Di luar permulaan itu. akal tidak boleh pergi tetapi di sanalah Tuhan. Itu tidak kita kagumi sebaliknya saintis dikagumi.   

'Alamin itu mengkhabarkan bahawa Tuhan adalah Bapa Sains dan Teknologi yang maha, maha ajaib. Saintis yang ada hanyalah melukut di tepi gantang Allah. Allah adalah maha pakar pencipta sistem sunnatullah ini. Saintis bangga dengan penemuan mereka tentang lingkaran planet sedangkan mereka menemui satu sistem yang diciptakan Tuhan. Apa hendak dibanggakan dengan penemuan itu. Silapnya orang kerana membesarkan Saintis. Padahal saintis tersebut macam seseorang yang jumpa duit yang banyak di tengah jalan, kemudian ambil duit orang lalu mengaku dia lah jutawan.

Satu ilmu yang menakjubkan bilamana mengatakan Tuhan mentadbir itu bukan tidak bersistem bahkan Tuhan berjanji dengan Diri Nya bahawa Dia tidak akan memungkiri janji Nya terhadap ketetapan sunnah itu. Sekali pun hanya untuk satu debu, Allah mampu untuk tidak menukar janji Nya. Sesungguhnya apa yang dibawa oleh A ini memperlihatkan bahawa apa yang dibawa oleh orang roh itu sebenarnya jauh lebih besar dari apa yang dibawa oleh orang korporat atau saintis itu.

'Alamin iaitu alam termasuk akhirat dan dunia. Semua itu rupanya berjalan di atas satu sistem teknologi tinggi yang Allah tetapkan dan Allah sendiri berjanji tidak akan memungkirinya.

Hebatnya sembahyang kerana di dalam sembahyanglah Al Fatehah ini diwajibkan. Fatehah menjadi wajib dan adalah batal sembahyang tanpanya. Siapa yang membaca Fatehah dengan lalai maka neraka Wail baginya kerana dia mendapat hentakan dari Fatehah itu akibat tidak beradab dengan Fatehah itu. Fatehah adalah ibu kitab yang mana di sana kita boleh dapat segala yang kita perlukan tetapi kila tidak pernah ambil pun.


(bersambung ke BAB 4) ;)
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 21-12-2004 08:12 AM | Show all posts
BAB 4

PEMURAH & PENYAYANGNYA TUHAN


Daripada Bismillahi rahmannir rahim kita sudah faham. apa pun yang baik, yang kita hendak buat, mestilah bermula dari 'Bismilah kerana hidup kita ini segala-galanya bersandar dengan Tuhan. Yang mana sandaran kita pada Tuhan itulah merupakan rahmat dan nikmat Nya. Sama ada bersifat lahiriah, bersifat maknawiyah, mahupun bersifat rohaniah. Jadi patut dan layak sangat kita 昿romosikan membaca 'Bismilah' iaitu dengan kita kenalkan dan ceritakan bahawa 'Bismilah' itu satu daripada nikmat Tuhan yang besar.

la mengingatkan kita kepada Tuhan. Di situ ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Sebab itulah ayat itu diikuti dengan 'Alhamdulilah'. Setelah terasa hidup kita ini segalanya dari Tuhan, yang mana walaupun satu habuk tidak terlepas dari Tuhan, maka patutlah kita memujinya dengan 'Alhamdulillah'. Memuji Tuhan itu dalam tiga aspek iaitu memuji zat Nya, sifatNya dan memuji rahmat serta nikmat Nya. Kalau kila memuji Tuhan, pujian itu pasti tidak lepas dari 3 aspek itu.

Kita puji Tuhan itu atas dasar nikmat Nya, sekalipun kita hanya dapat sebesar habuk, sama ada nikmat lahir, maknawiyah atau rohaniah dari Tuhan. Sebab itu kita sebut Tuhan itu benar-benar Pentadbir alam dunia dan alam akhirat. Maksudnya Dia mentadbir segala nikmat. Kalau ada yang kita tidak nampak, ia tetap ada hubungan dengan hidup kita. Contohnya seperti malaikat, bulan, matahari dan planet-planet. semuanya ada hubungan dengan hidup kita. Sebab itu disebut Tuhan itu Pentadbir sekalian alam.

Seluruh alam ini ada hubungan dengan kita sama ada kita sedar atau tidak. Apa bukti logiknya? Cuba sebut satu ciptaan Tuhan yang sama sekali tidak ada hubungan dengan kita. Sebenarnya, semuanya ada hubungan dengan kita. Cuma sama ada kita sedar atau tidak. Cuba ingat, Tuhan sebut tidak diciptakan dunia dan akhirat kalau bukan kerana Nabi Muhammad. Kalau tidak ada Nabi Muhammad itu maka tidak adalah dunia dan akhirat. Yang lain itu dicipta kerana Nabi Muhammad inilah. Kalau tidak kerana Rasulullah. dunia dan akhirat tidak dijadikan. Sebab itu setelah kita bahas, rabbil alamin, rupanya kita ucapkan terima kasih itu kepada rabbil alaimin, yang mana alam dunia akhirat tidak akan dijadikan kalau bukan faktor nur Muhammad. Nikmat adanya Rasulullah itu, ada hubungan dengan kita. Kalau Rasulullah itu ada hubungan dengan kita maka automatiklah yang lain pun ada hubungan dengan kita juga. Kerana adanya makhluk yang lain itu ada hubungannya dengan Rasulullah. Kalau tidak ada Rasulullah, tidak ada siapa kenal Tuhan.

Bagaimana hendak kenal Tuhan, kalau semuanya tidak diwujudkan. Kalau Tuhan tidak dikenali, tidak nampaklah Tuhan itu besar. Seolah-olahnya, Tuhan berkata, "Aku hendak lihat kebesaran Aku maka Aku hendak jadikan nur Muhammad. Dari situ segala makhluk tercipta. Supaya makhluk terasa kebesaran Aku, semua makhluk nampak kebesaran Aku."


(bersambung..)
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 21-12-2004 08:16 AM | Show all posts


                            bismillahir rahmannir rahim
Artinya:

''Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang'         

Ada orang menterjemahkan, 'Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang'.        :
Kami cenderung untuk memilih, yang terjemahannya, 'Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Pengasih dan penyayang itu sama saja, tapi Pemurah dan penyayang ada bedanya.

Dilihat dari nahu, kedua-dua perkataan rahman dan rahim ini akarnya dari perkataan rahima, rahmanu. yarhamu. Kalau terjemahkan sebagai maha pengasih dan maha penyayang, banyak silap. Mengapa? Cuba kita bahaskan: Kalau kita terjemahkan Maha Pengasih dan Maha penyayang, bila Tuhan beri nikmat ke atas orang yang ingkar dan mungkar, atau orang kafir, adakah atas nama Tuhan yang Pengasih? Seolah-olah sama sahaja tujuan Tuhan memberi. Tuhan beri kepada orang jahat atas dasar kasih dan Tuhan beri kepada orang baik pun atas dasar kasih. Jika begitu tidak adilah Tuhan. Maha Suci Tuhan dari sifat yang demikian. Setengah orang tidak berhati-hati menterjemah. Tatu perkataan pun, kalau salah terjemah, huraiannya boleh rosak. Sebab itu bukan senang hendak tafsir Quran. Sebelum menghurai, perlu ingat bahasa dahulu sebab bahasa itu asasnya. Makna lafaz itu asas. Kalau lafaz itu sudah tersalah, kalau yang di hurai itu panjang, berapa banyak yang tersilap.

Saya cenderung memberi makna rahman itu pemurah. Kalau atas dasar terjemah, kalau seseorang itu memberi atas dasar pemurah. tidak semestinya dia kasih. Kadang-kadang orang pemurah itu, kalau ada orang yang susah. biasanya dia memberi kepada orang susah itu lebih banyak daripada dia memberi kepada orang yang dia kasih. Mungkin orang yang dia kasih itu sudah senang rnaka dia tidak perlu beri banyak. Tetapi orang yang dia tidak kasih itu susah, maka dia beri lebih atas dasar dia pemurah. Beri atas dasar pemurah. bukan mesti kasih atau sayang. Sebab itu Tuhan buat dua nama. (rahman dan rahim) Kalau maksudnya sama, kenapa Tuhan sebut dua. Mengapa tidak sebut "bismillahir rahman" sahaja atau "bismillahir rahim" sahaja.

Rupanya Tuhan beri nikmat kepada makhluk ada dua kategori, sama ada nikmat lahiriah, maknawiah atau nikmat rohaniah. iaitu: Kerana pemurahnya Tuhan atau kerana kasih sayangnya Tuhan.

(bersambung)


[ Last edited by hafizi on 21-12-2004 at 08:18 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 21-12-2004 08:20 AM | Show all posts
1.        Pemberian Tuhan pada manusia kerana pemurahnya Tuhan

Bagi orang jahat atau orang kafir, pemberian itu atas dasar pemurah. Tuhan beri atas dasar pemurah bukan atas dasar rahmat. Kadang lebih banyak seperti banyak harta, banyak ilmu dan kuasa. Supaya nanti di akhirat adillah mereka menerima bala yang lebih dahsyat. Seorang yang diberi atas dasar pemurah, apabila diberi sedikit. maka dosanya di atas yang sedikit itu dan bila diberi banyak. maka dosanya diaras yang banyak itu. Oleh kerana dia orang jahat, tentu dia akan salah guna nikmat itu. Ertinya Tuhan hendak tambahkan bala dan azab kepada orang itu di akhirat. Rupanya dari kenyataan ini, apabila Tuhan beri sedikit atas dasar pemurah kepada orang jahat, walaupun lahirnya atas dasar istidraj. tetapi di situ ada rahmat Tuhan kerana dia dibagi sedikit jadi dosa orang itu di atas yang sedikit tadi. Ternyata dalam pemberian Tuhan pada manusia kalaulah manusia fahami maka kita akan sedar bahawa dalam hikmah ada hikmah. Dalam rahsia ada rahsia.

Maha besar Tuhan, Tuhan beri sedikit pada orang jahat atas dasar pemurah, kerana dia jahat bila diberi banyak akan banyak lagi terlajak, dia kena banyak lagi menanggung dosa di akhirat kelak. Dalam jahat itu ada rahmat juga yakni supaya dia tidak teruk sangat di akhirat. Yang dapat banyak, tandanya Tuhan sudah marah sangat dan dia akan parah di akhirat. Jadi, bila Tuhan beri kerana marah, pun masih ada kasih sayang dan rahmat.

Kalau atas dasar pemurah, side effectnya banyak. Di situ ada istidraj. Kalau kita kaya, mungkin banyak sakit. Sudah tidak selamat kerana ada sahaja orang yang hendak bunuh, hendak tembak, hendak kidnap. Kalau berkuasa pula, rakyat benci. Jenuhlah berlapis-lapis dikawal. Apalah seronoknya berjalan dikawal. Mana kita mahu antara berjalan seorang diri, rasa selamat dengan atau kamu jalan berlapis-lapis dikawal. Kalau ramai orang, tentu perasaan terasa rimas dan lemas. Bagi yang ingin rileks sahaja, tentu suka jalan seorang dan rasa selamat. Indahnya kalau pemimpin begitu. Kerana itu, kalau Tuhan beri atas kasih sayang, dapat sedikit pun tidak apa. Kalau Tuhan beri atas dasar pemurah tetapi istidraj. nahaslah. Kalau tidak di dunia, jangka panjangnya akan berlaku di akhirat.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274513 Replies : 6781
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.069840 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list