CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2755|Reply: 11

Pemandu Teksi Keluarkan Parang Selepas Ditegur Menghalang Laluan & Ambulans

[Copy link]
Post time 2-6-2016 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Haruslah mengundang kemarahan jika ada yang menghalang laluan jalan termasuk Ambulans.

Kejadian yang berlaku di Sibu, Sarawak ini telah dirakamkan oleh seorang lelaki bernama Francis Ngu Hown Hua melalui laman Facebooknya di mana beliau mendakwa seorang pemandu teksi telah memberhentikan teksinya di atas laluan kenderaan.




Tindakan pemandu teksi berkenaan yang tidak mahu mengubah kenderaannya telah membuatkan laluan tersekat dan ambulans yang berada di sebelahnya tidak dapat keluar.

Kerana tindakan pemandu teksi tersebut yang dilihat tidak menghiraukan kejadian itu, orang ramai telah pergi untuk menegurnya supaya mengubah teksinya itu.




Namun, dia dilihat marah dan telah masuk ke dalam teksinya dan mengeluarkan sesuatu dipercayai sebilah parang sebagai tanda ugutan menyebabkan orang ramai tidak berani menegurnya lagi.

Walaupun pemandu teksi tersebut menegaskan dia berhenti pada laluan yang betul iaitu mungkin parkir teksi tetapi tidak salah jika bertolak ansur kerana keadaan sesak. Pemandu yang tidak dapat menunggu lama dalam kesesakan tersebut turut menggunakan laluan yang salah dan sanggup menyeberangi tembok yang berada di tengah-tengah jalan tersebut.

Ia sebenarnya membahayakan pengguna jalan kaki, namun pemandu lain tiada pilihan lain. Sikap pemandu teksi ini haraplah dapat dikesan oleh pihak berkuasa agar kejadian ini tidak berulang kembali. Dan buat pemandu semua, janganlah menggunakan kekerasan kerana ia mengundang perkara yang tidak diingini berlaku. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 08:23 PM | Show all posts
Panggil polis la. Itu sotong siap simpan parang dalam teksi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ego gila, bertolak-ansur apa salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejap lagi masuk lokap la abam teksi ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 10:44 AM | Show all posts
buruk betul perangainya
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 11:07 AM | Show all posts
haih. tu agaknya klo naik taxi die n dia cas tak pakai meter n kita bising2 mau kena parang je nnt tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2016 01:09 PM | Show all posts
pakcik teksi tu pun jen tengok jln terhencut2 bawak perutnye tu ..... esok lusa ko yg duk dlm ambulans tu pakcik oiiii ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mne leh simpan senjata dlm kereta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2016 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik nie dah kenapa.? siap simpan parang kt dlm teksi.?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 10:27 AM | Show all posts
bukti dah ada, no plat teksi pun dah ada......harap PDRM cepat2 ambil tindakan kat pemandu teksi biol ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 11:30 AM | Show all posts
Baran tak tentu hala bawak parang lagi dalam teksi mendapat le nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 01:16 PM | Show all posts
scary nya naik teksi siap senjata bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.068065 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list