oleh Adib Za
Menu yang menggiurkan ketika di bazar Ramadan salah satunya, popia goreng yang disira dengan sos cili pedas manis.
Antara yang paling dikenali ialah Pak Ya Popia Power yang sering menjadi tumpuan di bazar Desa Pandan dan juga TTDI.
Dari jauh sudah nampak popia disusun menggunung seakan melambai-lambai pengunjung di situ untuk singgah. Diasaskan oleh pasangan suami isteri, Yahya Ibrahim dan juga Norimah Abd Wahab, katanya popianya mampu terjual sehingga 11,000 batang sehari!
Bayangkan dalam masa sebulan pula berapa! Antara jenis popia yang dijual di sini ialah popia madu, popia goreng dan popia basah.
Saiz popia yang 'gedabak' dan dijual dengan harga RM1 memang sangat berbaloi. Pasti teringat-ingat sekali mencubanya. Jom apa lagi, jom ke Pak Ya Popia petang nanti! - CARI Infonet
Sumber foto: kampngboysitygal
Sumber foto: The Star
Sumber foto: Tourism Malaysia
|