Artikel Oleh Dean BZ | Video Oleh Siti & FirdausZ | Suntingan Visual FirdausZ
Pelita dan panjut bukanlah sesuatu yang janggal dalam masyarakat Melayu, apatah lagi disaat hari lebaran yang akan menjelang tidak lama lagi.
Mungkin kita pernah mendengar tentang masyarakat Melayu memasang pelita dan panjut untuk menyambut Lailatul Qadar dan ia seolah-olah menyerupai upacara agama lain.
Adakah itu satu kewajipan ibadah atau sekadar adat? Adakah salah disisi syarak?
Ya, ia bukanlah satu ajaran dalam agama Islam. Sebaliknya, pemasangan pelita dan panjut ini lebih kepada budaya turun temurun masyarakat Melayu sendiri. Jika tujuan hanya untuk memeriahkan malam terakhir menjelang raya, ia adalah tidak salah disisi agama. Asalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak. - CARI Infonet. |