|
oleh Adib Za
Nak pakai sedondon dengan anak lebaran nanti, tapi sukarnya nak mencari koleksi tudung yang sesuai, cantik dan selesa.
Apa kata anda dapatkan koleksi tudung khas untuk ibu dan anak, Akasia & Alyssa dari jenama Prinsipessa. Memang comel dan sweet.
Ia merupakan koleksi terbaharu bersempena bulan Ramadan dan juga Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Setiap set yang anda beli nanti, sudah tersedia dua pasangan tudung untuk ibu dan juga anak.
Tak perlu lagi pening kepala untuk memadankan warna tudung dan rekaan yang sedondon ketika raya nanti. Ia juga didatangkan dengan 10 kombinasi warna yang berbeza dan juga terkini.
Harganya cukup murah iaitu RM100 untuk satu set. Anda boleh dapatkan koleksi tudung dari Prinsipessa ini di dalam talian dan juga laman Instagram Prinsipessa. Lebih mudah, tak perlu bersesak-sesak dan praktikal.
Selain materialnya yang berkualiti tinggi, anda juga bakal mendapat kotak istimewa dengan setiap pembelian tudung ini. Sesuai dijadikan hadiah untuk orang tersayang. - CARI
|
|