View: 4033|Reply: 9
|
Tesis UM Membabitkan Pensyarah Dibuktikan Ada Unsur Pemalsuan
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Kedudukan Universiti Malaya (UM) dalam senarai QS Universiti Asia terbaik telah melonjak naik dua tangga dari tangga 29 pada tahun lepas ke tangga 27 untuk tahun ini, memang berita yang cukup menggembirakan.
Biarpun kenaikan hanya dua anak tangga sahaja, namun pencapaian di kalangan universiti rantau Asia wajar dibanggakan buat seluruh rakyat Malaysia amnya, khususnya warga UM.
sumber foto : FB Universiti Malaya
Ketika, kampus Universiti Malaya diselubungi kemeriahan atas pencapaian yang membanggakan itu, pada masa yang sama tersebar satu berita yang kurang sedap didengar, iaitu terdedahnya insiden penulisan tesis yang berunsur penipuan dan penggunaan gambarajah palsu yang melibatkan seorang pensyarah dan pelajar doktor falsafah.
10hb Jun lalu, Pertubuhan 'For Better Sains' dalam satu pembentangan laporan kajian mendedahkan, antara 3 tesis yang dihasilkan oleh Universiti Malaya dikatakan gambarajah yang digunakan itu berunsur salinan.
ketiga-tiga tesis tersebut ada dua nama penulis yang sama, antaranya pensyarah UM dari bahagian kedoktoran, Dr. Sekaran Muniandy dan pelajar doktor falsafahnya yang bernama Nima Samie.
Ketiga-tiga tesis tersebut adalah seperti berikut:
1) "Mechanism of Action of the Novel Nickel (II) Complex in Simultaneous Reactivation of the Apoptotic Signaling Network Against Human Colon Cancer Cells"
Disiarkan pada : PeerJ 4 : e1588
Tarikh siaran : 28hb Januari 2016
http://journal.frontiersin.org/article/10.3389/fphar.2015.00313/full
2) " Novel piperazine core compound induces death ini human liver cancer cells : possible pharmacological properities"
Disiarkan pada : PeerJ 4: e1588
Tarih siaran: 17hb Mac 2016
3) " Novel piperazine core compound induces death in human livere cancer cells: possible pharmacological properties"
Disiarkan pada : Scientific Reports 6
Tarikh Siaran : 13hb April 2016
Antara dua tesis itu, isi kandungannya ada kaitan dengan Karsinoma Hepatik atau barah hati, manakala yang satu lagi berhubung kait dengan Kanser kolorektal atau barah usus.
Walaupun penggunaan ayat berbeza, tetapi penggunaan gambarajah hasil kajian kandungan tesis itu boleh dikatakan hampir sama dan disyaki terdapat sedikit pengubahsuaian seperti buang sebahagian sel, menukar arah kedudukan sel untuk kelihatan berbeza.
Menurut laporan, penulis guna 4 gambarajah yang sama untuk mewakili kira-kira 30 sel-sel di peringkat apoptosis yang berbeza.
sumber foto: Frontiers in Pharmacology
sumber foto: Peer J
sumber foto: Scientific Reports
Rata-rata pakar di bidang akademik turut mempertikaikan penguunaan gambarajah yang terdapat dalam tesis tersebut.
sumber foto: https://imgur.com/Z0WBYLs
Setakat ini, Scientific Reports telah megeluarkan tesis yang asalnya dan dikemukakan pada laman webnya, Peer J pula menyatakan di bahagian pembukaan tesis bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung kenyataan mengenai kesilapan statistik tesis terbabit.
Pakar Mikrobiologi di Universiti Stanford, Amerika Syarikat, Elizabeth Bik ketika ditemuramah oleh laman akademik terkenal di peringkat antarabangsa iaitu Retraction Watch menyatakan secara terus terang : " amat ketara ianya merupakan kerja 'copy and paste', semua sel-sel berwarna merah (# 4) adalah sama, sebahagian sel-sel # 1 juga sama. Statistik tesis tersebut terdapat banyak pertikaian, hampir kesemua angka keadaan yang berulang atau pengubahsuaian."
Akibat timbulnya pelbagai kesangsian, penulis pertama tesis tersebut, Nima Samie membuat penafian sekeras-kerasnya berhubung dakwaan pemalsuan dan menyelar sel-sel kelihatan sama bukannya masalah pun.
Dia beritahu Retraction Watch: " Mereka itu mestilah kena sama, kerana mereka berada dalam peringkat yang apoptosis. Kalau berbaza, mereka tidak mungkin dari spesis yang sama. Kami cuba rakam sebahagian besar sel-sel di peringkat yang sama supaya sekurang-kurangnya kami dapat memaparkan jumlah bilangan tertentu sel-sel berkenaan, dan bukan hanya satu atau dua sel sahaja.
Jika seorang pakar akademik yang mengatakan tesis tersebut bermasalah, kalau macam itu bolehlah kita mengabaikan terus pandangannya, tetapi begitu ramai pakar yang beranggapan isi kandungan tesis tersebut bermasalah, jadi apa pula anda melihat perkara tersebut?- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
uhhh kalau betul buat malu jer
copy paste ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan tesis lah : tp artikel yg published dlm jurnal ilmiah. first author tu post-doc fellow katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
penmerah replied at 29-6-2016 05:44 PM
uhhh kalau betul buat malu jer
copy paste ka?
Bkn copy paste sis. tiga2 tu artikel dia tulis. Tp isunya fabricate data. Klu tgok gambar tu actually photoshop jah. Lps tu dia guna data tipu yg sama utk laporan yg berbeza. |
|
|
|
|
|
|
|
This article has been retracted. Please follow the link to the full retraction notice for details.
huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Omg...plagiat ke...buat malu jah... |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan plagiat..ni dah fraud.. anyway.. siapa la yg cakap thesis tu..those are not theses.. semua tu journal articles.. apala.. reporter pun tak study.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingat plagiat ke apa..
ni setakat komen oleh reviewer artikel je..
klo jurnal ni xnak terima anto je kat jurnal lain..
yg ptg data tu original..
klo copy paste dr data sndri xde hal pn..
bukan dr kje org lain pn..
normalla klo kita anto artikel data kita inteprated dlm btk gambarajah
tapi kita xexplained dgn jelas@ kurang jelas@ hanya cite tunjuk rajah shj
memg klo anto kat jurnal paper Q1..biasa dpt feedback mcmni..
yg ptg student tu btulkn blik..nyatakan knape, bgmana n apa sbb dia buat mcm tu..
mgkin kajian dia sama dgn org lain tp ada beza skit..
yg paling penting data tu adlh data tulen dr eksperimen kita y diakui oleh penyelia kita..
bukan data create sndri... |
|
|
|
|
|
|
|
ini isu teknikal je la..
sbb hasil dia xsama dr keadaan biasa..
student prlu terangkan je..
sbb apa..
smd conterminated ke @ kaedah makmal / eksperimen itu lemah...
kat cni kita nmpk student tu buat eksperimen tp gagal n lemah hasilnya
xbermakna dia langgar etika penulisan jurnal/artikel/tesis..
student ni buat eksperimen tp menerangkan data y silap..
itu shj isunya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|