|
Oleh : Dean BZ
Peminat hidupan liar dan pencinta alam pasti mempunyai impian untuk berkunjung ke Safari, Afrika Selatan yang terkenal dengan habitat beribu-ribu spesis binatang.
Untuk berkunjung ke benua Afrika pastinya menelan kos yang tinggi dari segi perjalanan, penginapan dan sebagainya. Jadi, untuk permulaan kami sarankan anda supaya berkunjung ke Bali Safari & Marine Park yang terletak di pulau peranginan terkenal, Bali, Indonesia kerana disini juga anda berpeluang merasai pengalaman melihat binatang ala safari di Afrika Selatan.
Bali Safari & Marine Park atau dikenali juga dengan nama Taman Safari Indonesia 3 kerana Bali Safari merupakan Taman Safari yang ke-3 di Indonesia. Manakala Taman Safari pertama adalah Taman Safari Cisarua, Bogor dan Taman Safari Indonesia 2 di Prigen, Jawa Timur.
Di taman safari ini, pengunjung dapat merasai keseronokan memberikan makanan kepada bintang liar, menyentuh, dan menonton pertunjukan binatang (animals education and conservation show).
Bintang yang terdapat di Bali Safari and Marine Park adalah dari tiga wilayah (Indonesia, India, dan Afrika), di antaranya adalah burung hantu, beruang madu, harimau Sumatra, rusa tutul, beruang Himalaya, nilgai, black buck, kuda nil, greavy zebra, unta, burung unta, babun, blue wildebeest, singa, buaya dan banyak lagi. Dipercayai lebih dari 400 spesis binatang terdapat di taman safari Bali.
Rancang percutian anda sekarang kerana mungkin hujung tahun ini adalah masa paling sesuai untuk berkunjung ke taman safari ini bersama keluarga. Bagi yang sudah mempunyai anak, destinasi ini sudah pasti dapat dijadikan tempat untuk anak-anak anda mengenali lebih dekat tentang hidupan liar.- CARI
Sumber rujukan - balipedia.id |
|