CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34576|Reply: 5

[Tempatan] Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?

[Copy link]
Post time 18-12-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 18-12-2024 11:20 PM

Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe
  



Syarikat produksi tempatan, Astro Shaw mengumumkan senarai filem yang bakal dikeluarkan dalam Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe dalam satu sidang media hari ini.



Menerusi potongan video sidang media di laman Instagram Astro Shaw, filem yang tersenarai bakal dihasilkan bermula dengan filem Keluang Man yang bakal ditayangkan pada 2025 serta lima lagi filem yang masih belum dikenal pasti tarikh tayangan.



Antara filem yang dirancang ialah Baling, Patani, Keluang Man 2, Besut dan Kataha.

Astro Shaw turut mengumumkan bahawa filem Keluang Man telah tamat penggambaran pada Ogos lalu. Dalam pengumuman sebelum itu, Astro Shaw turut menampilkan barisan pelakon filem tersebut. Watak utama iaitu Borhan atau Keluang Man dilakonkan oleh Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar. Pemilihan tersebut berdasarkan video ujibakat yang telah dihantar kepada Astro Shaw.

Anwar Beg Mughal pula memegang watak Inspektor Sahab manakala pelakon drama terkenal, Remy Ishak diberi tanggungjawab menggalas watak Shamsir. Manakala Datuk Rosyam Noor pula memegang watak Ahmad.

Sebagai maklumat, filem Keluang Man merupakan inspirasi daripada siri animasi yang diilhamkan oleh Allahyarham Kamarudin Ismail atau nama penanya, Kamn Ismail. Animasi tersebut merupakan kerjasama Allahyarham bersama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor.

Siri animasi tersebut telah disiarkan sebanyak tujuh musim dengan lebih 140 episod. Ia mengisahkan tentang seorang pesakit di hospital psikiatri, iaitu Borhan, bertukar wajah menjadi adiwira sebagai Keluang Man dalam membanteras jenayah
  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 12:38 AM | Show all posts
ni ala2 konsep Marvel kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak teruja
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Lord of the ring
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 19-12-2024 12:38 AM
ni ala2 konsep Marvel kah?

Kata taknak kawan yahudi?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:25 AM | Show all posts

konsepnya adalah boleh pilih2 ikut tekak sendiri katanya sis dah melantak bfast mcd ke harini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-3-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.409180 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list