View: 6907|Reply: 26
|
Buka Tingkap Kereta Dicampak Botol Berisi Air Kencing, Pelajar Melayu Fobia
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Memang terdapat sesetengah individu akan memilih buka tingkap ketika memandu kereta, namun lain pula halnya terjadi apabila seorang wanita dicampak botol yang berisi air kencing akibat membuka tingkap ketika membawa kereta.
26hb Julai, Selasa lalu, netizen yang bernama Hafizha memuat naik satu status yang berserta dengan gambar di laman facebooknya yang memaklumkan, ada seorang individu yang tidak dikenali bermotosikal secara tiba-tiba mencampak satu botol yang berisi cecair kencing ke dalam keretanya. Tindakan tersebut betul-betul membuatkan dirinya rasa terkejut.
Kejadian tersebut berlaku di Penanti,Pematang Pauh, Pulau Pinang, kira-kira pukul 7.45 pagi, Hafizha dikatakan sedang seorang diri membawa kereta dalam perjalanan ke tempat pengajiannya.
Ketika sesak jalan di salah satu jalan, terdapat seorang penunggang motorsikal tiba-tiba muncul di tepi keretanya dan campak satu botol yang berisi cecair melalui celah tingkap ke dalam keretanya. Berikutan tiada penutup pada botol itu, maka cecair yang terkandung dalam botol terpercik dan bertaburan dalam keretanya. Cecair terbabit merupakan campur air mineral dengan air kencing.
Menurut Hafizha, apa yang berlaku ke atas dirinya sekarang adalah berbeza sama sekali kes samun pemandu yang membawa kereta seorang diri sebelum ini.
Berikutan insiden kali ini berlaku dalam keadaan yang agak mengejutkan, Hafizha kata dia langsung tidak berkesempatan lihat dengan teliti wajah penunggang motorsikal terbabit. dan nombor pendaftaran plat motorsikalnya.
Jelasnya lagi, mujur ketika itu pintu kereta telah dikunci, kalau tidak apa yang mungkin berlaku adalah kes samun.
Tegas Hafizha, tindakan penunggang motorsikal itu sebenarnya mempunyai perancangan, tujuannya supaya pemandu wanita akan turun dari kereta dan periksa, lepas itu barulah merompaknya.
Dia mengingatkan seluruh kaum hawa di negara ini harus lebih berhati-hati, jangan mudah bertindak keluar dari kereta termasuk juga jangan buka tingkap kereta.
Hafizha memuat naik dua gambar, menunjukkan botol mineral yang mengandungi air kencing, dan bahagian dalam kereta di tempat duduk depan sebelah kiri dibasahi percikan air kencing.
Setelah baca status yang ditulis Hafizha, segelitir netizen meluahkan perasaan risau dan menyatakan tidak mahu membuka tingkap kereta lagi. Ada juga netizen yang memberi cadangan kepada Hafizha untuk membuat laporan polis.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
lawak dan kesian pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
jijik |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku kena mmg terus carwash la jwbnya |
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- replied at 28-7-2016 05:44 PM
kalau aku kena mmg terus carwash la jwbnya
Kena samak kereta tu |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 masaalah kejiwaan sekarang ni so kena le lebih berhati2 dan alert selalu. Demi keselamatan tak perlu le gigih nak bukak tingkap bagai on je air con tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manjalara_01 at 28-7-2016 07:33 PM
mcm2 reason kite kena bukak tingkap sebenarnye.
kadang aircond kreta rosak x sempat nak gi tambah gas so kena jgk bukak tingkap
then kadang bile hujan lebat ttiber berwap pulak cermin side mirror or cermin tingkap belah luar
so kena jgk bukak, kalau kena tahan ngan polis (harap polis ori bukan fake) kena jgk bukak tingkap, kadang psycho mana ntah ttiber langgar side mirror so kena bukak tingkap, gi mcd drive thru, kena jgk bukak tingkap 2 kali pulak tu ...and the list goes on
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejinya manusia sekarang ni takde conscience langsung buat salah dekat manusia lain. Selayaknya mendapat balasan setimpal. |
|
|
|
|
|
|
|
Eeee psiko!
Ni lagi teruk dari penyamun biasa.
Air kencing tu najis, sanggup pulak g tunjuk najis sendiri kat stranger. Bodoh jijik!!!
Kadang i buka tingkap sebab nak betulkan cermin kereta..maklumla kereta buruk so biasalah kena langgar dek motor atau kereta. Nampaknya i kena lebih hati2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes budak ni tak da pun dia kata air con rosak apa segala so memang mengundang le. Pemangsa kan suka ambil kesempatan bila si mangsa leka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wat dna cri. Xble? Puas ati. Nk cri sgt pn nk buat apa. |
|
|
|
|
|
|
|
my name is google so i know everything ok?
|
|
|
|
|
|
|
|
amek no plat motor dier lenkali.... ish aper punya manusia lah |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... xperlu, tu air kencing bdk kcil y masih mumaiyiz
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakahhhhh? Gila sungguh! Patutnya kejar orang tu, pastu siat bebird dia! |
|
|
|
|
|
|
| |
|