View: 4075|Reply: 16
|
Budaya bodek di tempat kerja: Mainan pekerja tidak berkualiti
[Copy link]
|
|
Jika seseorang itu selesa membodek sejak peringkat belajar maka ini akan menjadi kebiasaan individu itu akan membodek ketika dia bekerja kelak. Ini menyebabkan berlaku kes kerja tidak selesai, curi tulang, dan pencapaian diragukan.
“Ini tidak menggambarkan profesionalisme. Budaya bodek, menipu, belas kasihan hanya akan menghasilkan generasi yang tiada integriti, malas, menyeleweng dan rasuah.
"Perlu ditekankan, bodek boleh berlaku kerana seseorang individu itu tiada kualiti, kurang ilmu dan kemahiran, kurang tanggungjawab dan malas. Untuk mewujudkan situasi ‘menjaga hati’ bos atau majikan mesti ada tetapi profesionalisme mesti mengatasi segalanya,”
Mengapa ada individu yang tidak tahu hendak bekerja secara profesional tetapi gemar membodek?
Presiden Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmad Ismail berkata, persoalan itu berlaku kerana pekerja di dalam situasi tersebut tidak memahami tugasan dengan sebetulnya ketika di pejabat, tidak bertanggungjawab tetapi ingin mendapat perhatian lebih.
Menurutnya, seseorang pekerja itu tidak tahu hendak berbuat apa-apa berikutan tidak berilmu, kemahiran, kreativiti serta proaktif, melainkan hanya tahu menunggu arahan daripada bos atau penyelia.
“Oleh kerana hendak menjaga hati bos dan majikan, maka dia membodek. Ini berbeza dengan seseorang yang jelas tugasannya dan profesional. Pekerja sebegini tidak bergantung atau perlu membodek bos atau majikan, kerana hasil kerja sudah terserlah cemerlang berdasarkan kepada tugasan yang diberikan,” ujar Prof Ahmad dalam memberi pandangan beliau berhubung amalan bodek di pejabat.
Tegasnya, sepatutnya perbuatan bodek membodek tidak perlu berlaku kerana setiap individu yang terlibat di dalam sesebuah organisasi perlu profesional dalam kerja walaupun hubungan kemanusiaan itu wajib ada.
“Berbalik kepada peringkat sekolah dan universiti. Pelajar dilatih mengikut kurikulum yang dibina khas untuk pembangunan sumber manusia dan keperluan profesional negara untuk masa depan.
“Sistem pendidikan mempunyai takwim, panduan, skim, sistem dan kriteria khas mengenai penyampaian kurikulum, penilaian dan pengredan atau pemarkahan. Dalam sistem pendidikan, isu bodek untuk pemarkahan tidak timbul. Setiap pelajar sepatutnya tahu berapa markah yang beliau dapat dan sejauh mana dia perlu berusaha untuk mencapai markah yang diperlukan.
“Bahkan kurikulum di universiti mengajar penuntut supaya berdikari mencari maklumat, menganalisis dan membuat tafsiran manakala pensyarah memberi panduan mencari maklumat, menganalisis maklum balas pelajar dan menilai pencapaian mereka berasaskan tugasan diberikan dan masa yang diberikan,” ujar beliau.
Prof Ahmad berkata, itulah proses membentuk profesionalisme yang diterima generasi muda. Jika seseorang itu selesa membodek sejak peringkat belajar, maka ini akan menjadi kebiasaan individu itu akan membodek ketika dia bekerja kelak. Ini menyebabkan berlaku kes kerja tidak selesai, curi tulang, dan pencapaian diragukan.
“Ini tidak menggambarkan profesionalisme. Budaya bodek, menipu, belas kasihan hanya akan menghasilkan generasi yang tiada integriti, malas, menyeleweng dan rasuah.
“Perlu ditekankan, bodek berlaku kerana seseorang individu itu tiada kualiti, kurang ilmu dan malas. Untuk mewujudkan situasi ‘menjaga hati’ bos dan majikan itu mesti ada, tetapi profesionalisme mesti mengatasi segalanya,” ujar Prof Ahmad.
Justeru, katanya, untuk mengelak bodek, tugasan kena jelas dan bertanggungjawab serta dinilai pada akhir masa yang ditetapkan berasaskan sistem yang ada. Setiap pekerja sudah ada senarai semak kerja harian, mingguan atau bulanan dan perlu dilaporkan kepada majikan atau ketua mereka,” akhiri Prof Ahmad
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/na ... dp9F4Arpjk.facebook
|
|
|
|
|
|
|
|
malangnye kt tmpat kerja ai budaya ni sgt2 brleluasa
bos suke dikipas,maka yg xpndai mngipas brkerja mcm nk gila tp kaki kipas yg naik pangkat
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan company kat Malaysia nak2 company local selalu je ada budaya sebegini. Tapi kalau company dari luar negar kadang kalau ada yang cuba pakai mega blower pun tak jalan punya sebab mereka mengamalkan kerja secara professional. Sesiapa yang mampu membuktikan mampu melakukan tugasan yang diberikan dengan jayanya akan pasti di beri penghargaan tampa perlu pakai mega blower. |
|
|
|
|
|
|
|
Dimana2 tempat bekerja pun sama. |
|
|
|
|
|
|
|
dan bos suka pada pembodek ni
manalah mrk tak naik tocang |
|
|
|
|
|
|
|
kaki bodek ni bese thn lama |
|
|
|
|
|
|
|
pakai aircond lagi cepat. |
|
|
|
|
|
|
|
boss pun dulu camtu, tu yang organisasi jadi korup dan pelbagai kerenah birokrasi |
|
|
|
|
|
|
|
pembodek ni hidup tak tenang.. hidup nak harap penghormatan manusia ja |
|
|
|
|
|
|
|
perkara ini berlaku dimana-mana. |
|
|
|
|
|
|
|
KIPAS TELUR NI JNIS BUAT KEJE DPAN BOSS JE |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah keje kat few places
based on pengalaman aku bekerja dgn few bosses ni, mmg ada yg spesis suka dijilat dibodek bagai...ni mmg aku benci..kalo depa mati pun, no fatihah from me
and ada yg mmg layak utk dihormati atas dasar professionalism
|
|
|
|
|
|
|
|
Ex-opis aku bersepah spesis nih... Bodek xhengat... Auta... Poyo... |
|
|
|
|
|
|
|
hasniey replied at 31-7-2016 05:28 PM
malangnye kt tmpat kerja ai budaya ni sgt2 brleluasa
bos suke dikipas,maka yg xpndai mngipas brkerj ...
Een setuju. Setakat 2 company een keje ni.. memang si kaki bodek a.k.a si kaki kipas ni berleluasa kat office. Memang lagak mengalahkan big boss.
Een yang bukan kaki kipas ni bekerja bagai nak rak tapi secoet pun boss tak pandang. Si kaki kipas pulak depan boss punye la baik.. belakang boss kutuk kaw2..
Semoga berbahagia la kamu si kaki kipas... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 5-8-2016 03:44 PM
aku dah keje kat few places
based on pengalaman aku bekerja dgn few bosses ni, mmg ada yg spesis su ...
Boss een yang paling latest mengaku dia tak suka dikipas.. tapi dari pemerhatian een, dia memang seorang kaki kipas. Kipas big boss.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|