CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3567|Reply: 16

MISTERI "SAHABAT"2 ANAK SAUDARA <JIN YANG DIPAKU DI DINDING>

[Copy link]
Post time 3-8-2016 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Ini mungkin tak terlalu seram. Cuma nak kongsi jer.

Cuma nak berkongsi pasal kisah anak saudara aku yang asyik bercakap seorang dalam bilik dia. Habit dia cakap seorang dalam bilik ni dah lama dah. Ibu Bapa dia dah lama perasan.

Selalu jer everytime ibu dia panggil dia akan kata.
"awak tunggu sini eh ... sekejap ... ibu panggil ... awak jangan pegi mana2 eh"

and malam2 dia akan gelak. and everytime ibu dia suruh tidur dia kata dia tengah main dengan kawan dia.
Tak tahulah apa ke bengangnya ibu bapa dia benarkan benda tu berlarutan. Sampai la lahirnya anak dia yang kedua. Si kakak kata


"Ibu, kawan kakak dah ada dua. Seorang cantik. Seorang buruk, mata dia merah. Dia asyik pandang kakak jer tapi xboleh gerak"

Ibu dia pun ambil sambil lalu. Setelah beberapa tahun dalam 2 tahun macam tu. Anak kedua dia dah besar dah. Datanglah pak cik aku dari kampung.
Memang long lost relative gitu konsepnya. Pak cik aku pun datanglah ke rumah kakak aku tu. Dia masuk jer dia kata ada seusatu kat rumah ni. Tapi dia tak nak memandai2 dia diamkan sahaja. Sehingglah suami kakak aku ni cerita pasal si anak pertama tu selalu cakap sorang2 dalam bilik tapi xsampai cerita pasal ada 2 kawan anak sulung dia tu. Pak cik aku pun diam jer la dia tak buat apa2. Kitorang pun xtau dia pandai benda2 macam tu.

Tak lama lepas tu kitorang dapat tau. Dia pandai benda2 macam tu. So, abang ipar aku tu pun minta dia tolong. Pak cik aku pun tau kat mana lokasi kedua2 jin tu. and dia terus cakap"owh ada dua ni".

Satu tu : Jin islam yang nak berteman. bagus jin ini. Dia jenis yang ajak sembahyang semua. Tapi pak cik aku kata baik buang juga sebab nama pun Jin. Manusia tidak sepatutnya berkahwan dengan Jin.

Lagi Satu : Jin jahat. Mata merah. Pak cik aku kata dia xsanggup nak buang jin tu. sbb ilmu dia xsekuat itu. Jin itu adalah pemilik rumah orang terdahulu. Jin tu x boleh bergerak sebab dia di paku dekat dinding rumah tu. Dia memang nak kacau orang tapi xboleh sebab dah kena paku dekat dinding. Pak cik aku kata dia hanya boleh tolong pindahkan keluar rumah and akan pagar rumah jer. Itu jer dia mampu tolong.

Proses untuk buang Jin islam tu berjaya dengan smooth jer. Lepas tu pak cik aku cuba untuk buang jin yang kedua. yang kena paku dekat dinding. Semua benda bergerak time dia nak masukkan dalam botol. And dia menyerah. and dia pindahkan jer kat dinding bahagian luar rumah.

So .... macam tu jer la cerita dia .....

cuma anak yang sulung time baby memang pernah kena gangguan ... emnangis tak berhenti .... sejak tu dia macam selalu kena ganggu
and bila dah tau cakap baru kitorang perasan dia boleh nampak ... kadang aku pulak takut layan dia tu ...

kadang dia suka main dalam bilik aku ... dia akan tunjuk pintu bilik aku kata ada hantu .... hahahahah ...
lepas tu pernah dia tunjuk kat sebelah aku ... hahahaha ..... mati la nakkkk ... hahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 04:58 PM | Show all posts
Terima kasih berkongsi. Cerita yang menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 3-8-2016 02:23 PM
Ini mungkin tak terlalu seram. Cuma nak kongsi jer.

Cuma nak berkongsi pasal kisah anak saudara a ...

Baby yg selalu menangis , istilah perubatan moden dipanggil colic. Budak tu akan berenti menangis lepas certain time, cth lepas 3 bulan atau 6 bulan, dia akan berenti sendiri. Ini doktor yang cakap.

Tapi kalau tanya perubatan tradisional ni, budak yg ada kes gini selalunya dikatakan ada peneman, nampak benda2 ghaib.
Mcm anak buah aku ...nampak benda2 gini. Sampai boleh cakap "bye bye hantu!"

Tapi bila dah besar(4 tahun) ni, dah makin kurang dia nampak. Itupun dh byk tempat pergi bawa berubat..dn dia berenti menangis exactly masa umur tiga bulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2016 05:06 PM | Show all posts
Ipo replied at 3-8-2016 05:01 PM
Baby yg selalu menangis , istilah perubatan moden dipanggil colic. Budak tu akan berenti menangis  ...

sekarang dia dah lima tahun
tapi asyik duk tunjuk lokasi hantu
and dia buat aksi hantu tu ...

kadang bagi tau mata merah la ....

rasa nak stepler jer mulut dia tu ...
lagi2 kalau dia tunjuk ada kat sebelah aku ...
Ish nasib baik anak saudara and budak ...
kalau x makan kaki la jawabnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 3-8-2016 05:01 PM
Baby yg selalu menangis , istilah perubatan moden dipanggil colic. Budak tu akan berenti menangis  ...

Ipo, 2 minggu lepas rasanya, aku dengan anak aku dlm 1 tahun 6 bulan duduk dalam bilik. dia main suap suap pakai sudu tu. dia suap ke mulut dia, pastu dia sua kat aku. dia cakap 'aaaaa' suruh bukak mulut. tapi lepas tu dia suap kesebelah aku, cakap 'aaaa' jugak. manada orang sebelah aku.  
pastu dia ulang benda yang sama, seolah olah kami bertiga. terus aku distract ajak main benda lain  
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 09:19 AM | Show all posts
damian_lee replied at 3-8-2016 04:06 PM
sekarang dia dah lima tahun
tapi asyik duk tunjuk lokasi hantu
and dia buat aksi hantu tu ...

maknanya hijab budak tu masih terbuka la tu..
sabar je la..
aku ngan anak buah tu pun..sabar je la kalau dia cakap tiba-tiba..
"Kat pokok tu ada kakak menangis...dia pandang kita la.."

huhuhu....kadang2 cuak jek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2016 09:20 AM | Show all posts
allhaillll replied at 3-8-2016 10:37 PM
Ipo, 2 minggu lepas rasanya, aku dengan anak aku dlm 1 tahun 6 bulan duduk dalam bilik. dia main s ...

cuak kan?
boleh imagine that scene...
rasa curious pun ada sebab dia nampak, kita tak nampak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 10:41 AM | Show all posts
Ipo replied at 4-8-2016 09:19 AM
maknanya hijab budak tu masih terbuka la tu..
sabar je la..
aku ngan anak buah tu pun..sabar je  ...

Kan ... the feeling time dia bagi tau
elok2 kita penuh ketenangan terus berubah ...
what if kalau x tutup2 hijab tu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 4-8-2016 09:20 AM
cuak kan?
boleh imagine that scene...
rasa curious pun ada sebab dia nampak, kita tak nampak..

cuak la  
udah le tak pandai bagitau lagi dia nampak apa. kelmarin dia ajak aku mandi, dia bukak pintu toilet, dia babai dalam toilet tu. toilet time tu lampu pun tak bukak lagi  
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 11:36 AM | Show all posts
damian_lee replied at 4-8-2016 09:41 AM
Kan ... the feeling time dia bagi tau
elok2 kita penuh ketenangan terus berubah ...
what if kal ...

hahahah..hiduplah ditemani makhluk2 tu...
ada baca satu citer kat fb, anak dia dah umur 11 tahun tapi masih nampak (mata telus),
dulu dia takut2..peluk ayah dia kuat2, lepas tu lama kelamaan, dia cekalkan hati dan terima semua tu yg dia nampak benda yang orang lain tak nampak
pernah bapa dia cerita, tengah tunggu kat traffic lights, anak dia yang mata telus ni ckp

"Abah, kesian diorang..kaki tempang, mata tak ada, jalan heret kaki...tangan tak ada..macam2 bentuk muka ada..
Dah tu, kena lenyek dgn kereta, boleh pulak bangun balik.."

Bayangkan hidup dikelilingi benda ghaib gini? kat mana2 pun ada...budak ni buat relaks je..kadang2 dia malas dah nak bagi tahu apa yang dia nampak..
Ayah dia dah bawa pergi berubat dan ustaz tu kata, hanya budak tu sendiri yang boleh tutup hijab tu dgn amalan soleh..minta pada Allah.
Tapi ustaz tu kata, ada je cara nak tutup hijab..
jangan tanya aku how..aku pun tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 11:36 AM | Show all posts
allhaillll replied at 4-8-2016 10:05 AM
cuak la   
udah le tak pandai bagitau lagi dia nampak apa. kelmarin dia ajak aku mandi, dia ...

bertabahla..............
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 02:47 PM | Show all posts
menarikkkkk
more please
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sepupu aku leh nampak jgk time kecik 2 thn gitu..dia kata ada anak jin nak main ngan dia,bapak dia marah...time baby kuat nangis jgk dia nehh.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Damian lee apacite rumah yang famili nk duduk dulu..thread dulu2 ada cite kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ms awl2 pndah umh ank aku yg sulung slalu bgun tgh mlm pastu kejut aku tny sape kat pintu tu mama?  Huhuhu sudah nya aku yg x bleh tdo smpai pg. Dh abis semua surah pun xbleh lelap dah, hampeh sgh! Huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2016 05:51 PM | Show all posts
BONDAFAD replied at 12-8-2016 04:59 PM
Damian lee apacite rumah yang famili nk duduk dulu..thread dulu2 ada cite kan?

maaf lambat reply ... rumah tu kitorang xduduk lagi ... sebab masih mahu duk KL
senang nak keje ...

mungkin tahun depan ...

tapi makin banyak benda berlaku

jiran sebelah I ada saka pulak ... pocong terlihat jelas di tingkat dua rumah dia ....
macam mana tu ... ???
makin seram pulak keadaan .... hahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2016 05:54 PM | Show all posts
misswa replied at 4-8-2016 02:47 PM
menarikkkkk
more please

xde apa2 cerita terbaru ... sebab anak saudara sudah berkelakuan seperti biasa
dah x bercakap sorang2 ....

tapi perangai dia berubah sikit ... lepas kejadian tu ....
mungkin dia still nak adjust dengan environment baru dalam rumah dia ...

tapi dia still boleh nampak ... kadang tu ,, tiba2 dia jeling kat satu sudut ....
kadang dia peluk erat meols macam takut ....
kadang dia pegi bucu rumah ... sambil mencangkung ,,,,

wuhuhuhuhuhu  .... seram ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057666 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list