buat market survey dulu. try mintak kawan2 kerja office tolong sebarkan kat office masing2 n mintak diorg order. buat menu seminggu, buat instagram atau facebook supaya mudah orang nak tengok n letak la gambar2 lunchbox uols masak tu. lepas trial period/market survey period tu dah boleh tau dah nak masak jenis makanan apa(western/kampung), masak apa yang disukai ramai. n during the trial period tu la uols boleh tau execution macamana - nak masak pukul berapa, pukul berapa kena ready, pukul berapa nak start delivery, sempat ke hantar semua destinasi, nak pakai runner ke uols nak hantar sendiri, semua tu akan menentukan cost dan harga jualan lunchbox uols.