CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7049|Reply: 8

[Jenayah] Hutang bertimbun! Harta Vida bakal dilelong

[Copy link]
Post time 25-11-2024 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 26-11-2024 04:53 AM

IPOH: Kediaman bersama empat kenderaan milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, disita hari ini selepas beliau gagal melangsaikan hutang lebih RM1 juta.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, perintah sita itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Hazmiza tidak membayar hutang berjumlah RM1,060,285 daripada kontraktor yang dilantik bagi pengubahsuaian sebuah kilang di Shah Alam menjadi studio.

Bailif Mahkamah Tinggi Ipoh yang ditemani peguam Samir Zainal dan wakil subkontraktor, Mohamad Taufik Kamarul, tiba di kediaman Hasmiza di Persiaran Bukit Meru pada 9 pagi tadi. Bagaimanapun mereka hanya dibenarkan masuk sekitar 10.30 pagi selepas kakitangan Hazmiza tiba.

Menurut Samir, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman pada 29 Oktober 2023 yang memerintahkan Hasmiza menyelesaikan hutang itu dan jika gagal berbuat demikian writ rampasan dan penjualan kemudiannya akan dikeluarkan.

"Semua barang di dalam rumah, kecuali bilik berkunci Vida, sudah ditandakan oleh bailif selepas hampir empat jam.

"Dia mempunyai tempoh dua minggu sehingga 9 Disember ini untuk menjelaskan hutang atau jika tidak, barang-barang itu akan dilelong," katanya seperti dilaporkan akhbar berkenaan.

Samir turut mendedahkan kakitangan Hazmiza memaklumkan usahawan kosmetik itu kini berada di China dan akan menghubungi beliau tidak lama lagi.

Proses sitaan itu dijalankan dengan kerjasama penuh daripada kakitangan usahawan kosmetik itu.

Sementara itu, Mohamad Taufik berkata dia menuntut hutang itu sejak 2018 apabila Hasmiza mengupah firma perunding pengubahsuaian yang kemudian melantiknya secara subkontrak bagi perkhidmatan ubahsuai terbabit.

Katanya, pihaknya tidak menerima bayaran kerana usahawan itu gagal membuat pembayaran kepada firma perunding berkenaan yang menyebabkan beliau memfailkan kes muflis terhadap firma terbabit.

Dalam pada itu, usaha bagi mendapatkan komen daripada Hasmiza sehingga malam tadi tidak berjaya.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2024 01:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya sejak 2018. Kesian betul. Mangsa scam coins vida ni apa khabar la sekarang. Takde pulak vida ni kena bunuh ke apa sebab telan duit orang. Aniaya orang tak ingat akhirat langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 10:57 PM | Show all posts
xbuat labur dlm pertanian ke?time duit byk elok labur ke tanah, cm kebun durian ke,dari beli kete makan minyak tu..lagila untung
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 25-11-2024 10:57 PM
xbuat labur dlm pertanian ke?time duit byk elok labur ke tanah, cm kebun durian ke,dari beli kete ma ...

Orang macam ni sesuai bertani ke? Silap2 bergolek sama dgn Cik B sampai ke bawah bukit masuk longkang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde la bertimbun. Satu juta aje tak bayo. Jap lagi dia bayo la tu. Sewa rumah anak dia pun ratus ribu tau tak? #donebekap
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan berjuta x bayor.. 1 juta je punn tak mampu kersss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2024 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hutang Vida Coins berpuluh juta bila nak setel? Nak kena org heret ke makamah gak, haprak punya usahaiwan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039533 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list