Edited by ms.mango at 8-2-2017 08:27 AM
Assalamualaikum… Semoga semua berada dalam keadaansihat. Saya pada mulanya tidak berniat untuk membuka sebarang thread di sinisebab saya rasakan cerita2 saya tidaklah begitu banyak dan pendek2 aje. Tetapi setelahhabis menaip dan baru nak post dekat thread orang rasa macam E’eh.. panjang lakpulak post aku. Tu br satu cerita.. rasa macam tak baik je..? Jadi saya telahmembuat kesimpulan yang saya patut try je buka satu thread. Try jelah..hehehe..
Sebelum itu, untuk makluman semuasaya ni tidak pandai mengolah ayat jadi best2 macam legend2 board ni yang mana semuacerita best2 belaka..nak2 lagi pencerita yang favourite di hati saye ![](static/image/smiley/default/shy.gif) Jadidiharap agar pembaca semua ok2 aje dengan ayat2 yang saya guna ya… Kisah yang ingin saya ceritakanterjadi sendiri pada diri saya dan org2 di sekeliling saya….
KISAH 1 : MIMPI Sebenarnya dah lama saya nak postpertanyaan tentang mimpi di thread2 org sebelum ini tetapi rasa macam susah naktype.. lepas habis type, padam..dah beberapa kali macam ni yang saya sendiripun tak tahu kenapa… Tapi bila lagi kan nak cerita.. Ini Kalilah!! ![](static/image/smiley/onion/hooray.gif)
Saya orang KL (ceh.. tiber…)Membesar di KL tetapi dilahirkan di sebuah hospital di Johor. Mak memang orangJohor, dilahirkan dan dibesarkan di Johor juga iaitu di rumah kampung arwahnenek saya. Jgn risau, ni bukan nak cerita pasal leluhur.. tapi lebih nakcerita pasal rumah kampung tersebut. Rumah kampung arwah nenek ni memanjang kebelakang. Separuh rumah papan dan separuh rumah batu (dari tengah sampai kebelakang). Rumah kampung ni best sebabnya kawasan luar dan dalam rumah ni sangat luas,depan ada pokok durian, tepi pokok rambutan, sebelah sana jambu air, depansikit jambu batu, belakang rumah pokok koko n macam2 pokok lg..kawasan sekitarsangat redup dan sejuk je..malam tak perlu buka kipas sebab sejuk..cuma tengaharibiasala rumah papan jadi panas sikit.. Waktu kecik2, inilah tempat saya sukasangat tiap-tiap minggu ajak mak balik sebab suka… ingtkan panas sampai kepetang, hujan pula di tengahari. Berlakunya pergolakan keluarga belah arwahatuk (masa ni atuk lama dah tak da) dan nenek terpaksa pindah keluar darisana.. Masa ni saya sebenarnya tak berapa ingat umur saya berapa tapi saya rasamasih di sekolah rendah. Nenek masa tu tak adalah muda mana..kalau nak duduksitu kene kawin dgn atuk kertu. ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) Jadi anak-anak arwah nenek membantah. Jadiarwah nenek pun berpindah di suatu tempat lain di Johor juga. Setelah itu,tidaklah pernah saya menjejakkan kaki di rumah itu lagi…
Masa berlalu dan akhirnya sayalupa akan rumah kampung yang saya sayang dulu. Bermulanya mimpi berangkai sayaketika saya berada di tingkatan 3. Saya bermimpi tentang rumah tersebut. Dalammimpi itu saya seakan melihat saya berjalan-jalan di ruangan rumah tersebut.Melihat susun atur rumah dari tempat tv sehinggalah gerobok tempat letak lauk. Sayaberjalan2 ke seluruh rumah. Itu mimpi yang pertama. Esok harinya saya bermimpilagi yang kali ini saya yang masa kecik dahulu berumur sekitar 5-6 tahun. Berambutpendek, baju merah dan berseluar pendek atas lutut, berjalan-jalan disekeliling luar rumah tersebut. Cari apa? Nak tengok apa? Saya sendiri tidaktahu. Esoknya saya bermimpi sekali lagi. Saya yang kecik, naik ke atas rumahdan pergi ke salah satu dari empat bilik di dalam rumah itu. Dalam biliktersebut terdapat sebuah tangga kayu yang membolehkan kita pergi ke ruanganatas rumah (macam loteng tapi kecik aje) dan di sebelahnya ada tingkap. Saya menaikitangga tersebut dan saya sendiri tidak ingat sama ada saya terjumpa atau sayamemang tahu yang di situ terdapat sebuah kertas atau kain kuning (saya takingat) dan saya memegang kain/kertas tersebut. Di celah tingkap luar kelihatanorang ramai dan arwah atuk saya bergotong-royong memasak dodol sepertikeesokannya nak raya. Saya yang masih berdiri di tangga meletakkan kembalikain/kertas kuning itu di tempat asalnya. Iaitu betul2 berdekatan dengantangga. Dan saya terjaga. Terdiam. Tiga hari berturut-turut mimpi yang sama. Kenapa?Akhirnya saya menyedapkan hati yang mungkin saya amat merindui rumah kampungtempat saya bermain dahulu. Memang masa tu lama dah tidak ke sana. Yelah, dahbukan tempat kita lagi kan? Saya pun berceritalah mimpi saya kepada emak dan makpun berkata yang mak bermimpi juga tentang rumah tersebut. Mak cakp mungkinsebab rindu.
Pada tahun yang sama, sayaakhirnya menjejakkan kaki juga ke kawasan rumah tersebut bersama-samasedara-mara sempena melawat rumah sebelah yakni sedara mak juga sempena hariraya. Boleh bayangkan tak rumah kampung kawasannya luas-luas dengan rumahjarak2 jauh tapi boleh la juga nampak rumah sebelah yang bukan sebelah sangat. Err..pahamtak? Hihi.. Maaf tak reti nak tepek gambar. Rumah kampung yang saya rindukankosong. Tidak berpenghuni. Diceritakan oleh sedara mak saya yang duduk di rumahsebelah, rumah itu dah beberapa kali bertukar penyewa. Tidak tahu kenapa dantidak diberitahu apa-apa oleh penyewa. Saya sendiri masuk ke rumah itu. Kosong.Gelap. Berhabuk. Kesian.. tidak terurus. Rasa kasihan sangat dengan rumahtersebut sehingga saya berazam yang memang kalau saya punya banyak duit, akansaya beli tanah ini dan jaga balik supaya dia berseri seperti dahulu.
Tahun-tahun seterusnya berlaluseperti setiap tahun ada beberapa kali saya bermimpi rumah tersebut tapi sayamemang tidak ambil kisah tentang mimpi itu. Mimpi yang kerap berulang adalahsaya memasuki bilik tengah dari tiga bilik berderet. Di dalamnya ada katilsingle bed dan saya berbaring mengiring menghadap tingkap yang luas terbuka. Diluar tingkap seperti ada pemandangan gunung yang dipenuhi pokok-pokok yangbanyak dan bagaikan boleh zoom di tengah-tengah gunung tersebut terdapatsebatang sungai yang di dalam sungai tersebut punya harta karun yang begitubanyak. Dalam mimpi tersebut, saya terkesima. Tak pernah lihat sungai ini..inikawasan mana? Banyak pertanyaan dalam kepala dan akhirnya saya menyedarkan dirisaya yang ini mungkin mimpi sebab sepatutnya di luar pemandangan bilik yangtengah itu adalah pokok jambu dan parit!! Bukannya gunung seperti yangterlihat!! Dan saya terjaga. Tapi.. saya masih di rumah itu..dan saya merenungkepada saya..faham tak.. saya yang di dalam mimpi saya merenung kembali kepadasaya dan saya terjaga!! Ohh my.. tengah type ni pn meremang bulu roma. Maknanyasaya bermimpi di dalam mimpi. Selepas itu banyak kali jugalah saya bermimpiperkara yang sama. Sebatang sungai dan harta karun di luar tingkap rumah. Cuma partmerenung je tak mimpi dah..
Ada beberapa mimpi lain berkenaanrumah tersebut tapi saya dah tak berapa ingat. Mimpi yang saya ingat antaranyasaya berlari laju selajunya kerana dikejar oleh sesuatu yang pasti bukan orang.Rambut mengerbang dan berbaju putih. Saya dikejar berhampiran kawasan rumahtersebut juga. Di dalam mimoi itu akhirnya saya jatuh disebabkan terlanggarakar pokok yang besar dan benda terseebut merapati saya. Dan serentak itu sayadengar suara lelaki menyuruh saya bangun. Ini mimpi. Dan akhirnya saya sedar.Suara siapakah itu? Saya tidak tahu.
Mimpi tentang rumah tersebut telahjarang saya mimpi setelah saya berkahwin. Mimpi tentang rumah datang cuma sekalidua sepanjang 6 tahun ini. Cuma baru-baru ini dalam isnin lepas saya bermimpilagi. Kali ini saya bermimpi arwah nenek berada di dalam rumah tersebut. Keadaandalam rumah itu sama seperti masa saya kecik2 dahulu. Arwah nenek nampak mudamacam nenek lah tapi air mukanya tenang. Sambil melipat kain dia bertanyatentang keadaan saya. Kami seperti berbual dan di dalam mimpi itu saya adalahsaya yang sekarang dan di dalam rumah itu juga ada anak saya bermainberlari-lari di dalam rumah. Saya terjaga dan saya menangis. Rasa sayu hatiini. Mungkin kerana rindu. Tidak tahu kenapa. Pada sesiapa yang tahu kenapasaya bermimpi banyak kali tentang rumah itu tolong beritahu. Maaf sekiranyatidak misteri. Tapi ini misteri bagi saya.
Sekian. Cerita yang lain akan disambung di kemudian hari. sesiap yang sudi berkongsi cerita juga dialu-alukan.
Terima Kasih.
|