CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6771|Reply: 1

[Jenayah] Sindiket kewangan berselindung di sebalik hiburan kantoi

[Copy link]
Post time 3-2-2025 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 3-2-2025 01:11 AM

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

Katanya, mereka akan dipanggil minggu depan untuk membantu siasatan.

Keterangan akan diambil selepas siasatan mendapati terdapat sejumlah dana digunakan untuk selebriti berkenaan, termasuklah menjadi wajah kepada syarikat berkenaan.

"Daripada keterangan dan semakan kewangan yang diperoleh, selebriti-selebriti ini menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat.

"SPRM juga mengesan terdapat bayaran turut dibuat untuk tajaan konsert dan gubahan lagu khas bagi pihak sindiket itu," katanya kepada BH.

Hari ini, BH melaporkan Azam mengesahkan siasatan mengenai pembabitan selebriti-selebriti ternama dalam syarikat perunding kewangan berkenaan menjadi antara aspek dalam siasatan Ops Sky.

Siasatan terhadap selebriti berkenaan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).

BH difahamkan, selebriti-selebriti ini dibayar hingga ratusan ribu ringgit sebagai wajah untuk meyakinkan orang ramai bagi menggunakan perkhidmatan mereka.

Malah difahamkan, ada antara mereka mendapat bayaran mencecah hingga RM400,000 hanya untuk menjadi duta rasmi.

Selain itu, BH difahamkan syarikat berkenaan juga dikatakan bergiat aktif dalam menaja program-program hiburan membabitkan selebriti terkenal, termasuklah penganjuran acara berskala besar.

Lebih mengejutkan, siasatan SPRM turut mendapati sindiket turut melabur sejumlah wang untuk penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.

Melalui Ops Sky juga, SPRM mendedahkan sejumlah RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket yang kononnya menawarkan bantuan kewangan, tetapi mengaut sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman yang diluluskan bank-bank pada satu masa.

Sejak tiga minggu lalu, BH turut melaporkan, SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dengan pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Dalam operasi itu, sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan SPRM berhubung sindiket pengubahan wang haram didalangi syarikat perunding kewangan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2025 02:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035387 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list