hari ni hari Ahad... mesti ramai yang cuti... tapi saya di Johor kerja..
jom cari satu gambar... yang mudah juga... supaya tak pening menggoogle...
perempuan...
(rasanya ni gambar promo jualan pakaian kot)
memakai tudung hitam...
pakaian labuh sebelah hitam...sebelah putih...
fesyen gitew...
memegang handbag hitam...
memakai kasut hitam...
latar bekakangnya taman perumahan... ada kereta parking... ada pokok2... ada gunung /bukit kehijauan / kebiruan.
Kata majmuk ialah gabungan dua atau lebih daripada dua patah kata untuk satu kata baru
Kata majmuk dapat dibentuk daripada dua patah kata yang sama kelasnya atau daripada dua patah kata yang berlain kelasnya
Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya tersendiri. Contohnya air dan mata yang menjadi komponen kata majmuk air mata. Kata majmuk mempunyai maknanya masing-masing. Makna air mata ialah air yang meleleh dari mata apabila menangis.
hehehe.... bagus... bagus.... rajin buat homework...
Mari kita masuk kelas bahasa melayu dahulu ye...
antara contoh kata majmuk:
~ angkasa lepas
~ bulan madu
~ campur tangan
~ dasar laut
~ harga diri
~ ibu pejabat
~ jam tangan
~ kertas kerja
~ latar belakang
~ maklum balas
~ payung terjun
~ rampas kuasa
~ sambil lalu
~ terima kasih
~ ulang tayang
~ wang tunai
namun tiada satu pun di atas ialah kata kunci... kena fikirkan kata majmuk yang lain...