View: 5210|Reply: 0
|
[Dunia]
Lelaki angkut kipas angin ke masjid untuk tarawih. panas sangat tak boleh khusyuk
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana membawa kipas angin sendiri ke masjid untuk menunaikan solat tarawih, lapor portal berita Suara.com semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @cutie_bigboy memaparkan lelaki memakai jubah itu berjalan kaki ke masjid bersama kipas angin yang dibawa dari rumah.
Dia bertindak sedemikian agar lebih khusyuk dan sejuk semasa menunaikan solat tarawih.
“Saya tidak boleh fokus disebabkan panas,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi.
“Tidak mengapa, yang penting khusyuk solat tarawih,” kata seorang netizen.
“Esok masuk larang jemaah bawa kipas, kalau mahu kena bawa elektrik sendiri,” kata pengguna media sosial lain.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|