CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1602|Reply: 6

Jamal Main Air lagi

[Copy link]
Post time 22-12-2016 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Nampaknya kisah Datuk Seri Jamal Md Yunos dan air belum berakhir lagi, keadaan kembali panas apabila seorang wanita bernama Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ratu Naga' telah pergi ke rumah Jamal hari ini dengan membawa air untuk 'memandikan' beliau.

Menurut Ema, dia dan beberapa NGO telah pergi ke rumah jamal kira-kira jam 10 pagi tadi untuk menghantar bantuan air ke rumah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

"Tapi bila tiba sana jamal bersama 30 orang dia kepung saya dan saya turun sorang dari kereta sebab nak hantar bantuan air. Kemudian orang jamal campak air lari dan mula bergelut dengan sambil baling telur. "
"Berlaku pergaduhan di situ dan saya tetpaksa bergelut dengan orang jamal sambil dilindungi suami saya. Tapi saya tak beranjak dan tetap bergelut. Mereka kata jangan kacau jamal jangan kacau jamal."
"Jamal boleh campak berbaldi-baldi air serta tepung dan telur pada saya tapi Jamal kata tak ada air kat rumah dia."
"Saya tak faham kenapa bila kami nak hantar air jamal buat macam ni? Jadi selama ini jamal hanya politikkan isu ini untuk perhatian bila kala kami ngo kebajikan nak hantar air," jelas beliau di laman Facebook.

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Jamal berkata, kedatangan dia Ratu Naga ke rumah beliau dengan hanya membawa sebotol air, adalah satu penghinaan.

Jamal yang merupakan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia berkata demikian berhubung insiden kekecohan yang berlaku di hadapan rumahnya di Ampang, pagi ini.

"Sudah lima hari air tiada di rumah saya, jadi apa yang mereka bawa dengan sebotol air hanya nak mengejek-ejek saya, saya tahu apa yang mereka lakukan ini kerana tindak balas tentang mesej saya berikan semalam.
"Saya minta dia balik tapi tak mahu balik sebab itulah dia dimandikan dengan air longkang dan air najis baru dia balik. Dia nak sangat merasa air longkang dan air kumbahan jadi dia kena hadaplah benda ini, kerana perbuatan beliau untuk mengejek membawa padah," katanya.

siakapkeli






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2016 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 22-12-2016 06:00 PM

Jamal kata umah dia takde air 5 hari. Takde pulak biras aku/kawan cousin bising sebab rumah parents dekat area rumah jamal.

Baru keluar berita jamal siram orang hantar air ke rumah dia dengan air kumbahan/air longkang/baling telur/tepung. Orang tu pun satu hal.

Tapi yg most interesting jamal kata rumah takde air 5 hari. Ke ko tak bayar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 05:41 PM | Show all posts
tak payah layan jamal tu. media boikot habis cerita. gila perhatian. cari forum boikot je. habis cerita.

banyak lagi berita berfaedah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia ratu naga bergelut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeuww politaik
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu ker peel pemimpin malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2016 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoila mcm2 perangai. Kt luar negara elok je berpesta buah tomato, kita berpesta air busuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.144722 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list