Kuala Nerus: Penghijrahan seorang warga emas ke negeri ini dengan membina sebuah rumah hadiah khas buat isteri tercinta tujuh tahun lalu bakal lebur ditelan ombak
.
Mohd Yazit Idris, 66, dari Kampung Tanjung, Batu Rakit, dekat sini berkata, wang hasil titik peluhnya bekerja di sebuah syarikat swasta digunakan sepenuhnya untuk membeli sebidang tanah dan membina sebuah banglo di atasnya.
Menurutnya, dia menghabiskan kira-kira RM600,000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik untuk berhijrah ke sini dan membina rumah.
Katanya, cita-citanya sejak kecil untuk membina sebuah rumah berhampiran laut dan hajat itu tercapai tujuh tahun lalu.
Saya bersama arwah isteri Siti Rashiddah Mohd Yunus, yang meninggal dunia pada 2019 dan tiga anak berpindah ke kampung ini dari Puchong, Selangor.
"Namun, hadiah terakhir sebuah rumah buat isteri selepas bersara kini menunggu masa ditelan ombak berikutan mengalami hakisan teruk sejak Sabtu lalu.
"Walaupun bahagian belakang rumah sudah kelihatan konkrit akibat hakisan namun saya masih bertahan untuk menghuni rumah ini," katanya.
Menurutnya, bagi menyelamatkan struktur rumah walaupun agak mustahil dia tetap gagahkan diri mengisi pasir ke dalam guni berkapasiti satu metrik tan setiap satunya untuk dijadikan pengadang ombak.
Katanya, lebih empat jam diambil bagi mengisi pasir ke dalam guni berkenaan namun dengan kudrat yang ada ditambah kekuatan ombak yang membadai ketika air pasang menyukarkan misinya itu.
Yazit berkata, sebelum ini dia sudah membina 200 guni pasir berkapasiti 50 kilogram (kg) sebagai penghadang namun usahanya itu gagal apabila semua guni pasir berkenaan tertimbus dan hanyut.
"Walaupun bahaya namun hanya rumah ini harta yang ada dan saya sebolehnya akan berusaha menyelamatkan hadiah teristimewa buat arwah isteri.
"Harapan untuk mencari kedamaian dengan berhijrah ke sini, kini semakin kabur akibat asakan ombak bertali arus yang mana kedudukan pantai tujuh tahun lalu kira-kira 100 meter dari rumah," katanya.
Menurutnya, anaknya Nur Shahira, 32, dan menantu Qusairi Noor Rashid, 32, sudah lima hari pulang dari Selangor, menjenguknya sambil membantu mengisi pasir ke dalam guni untuk dijadikan benteng.
Katanya, selepas kematian isteri dia kini tinggal bersendirian berikutan tiga anaknya tinggal berasingan di luar Terengganu.
Yazit berkata, dia berharap pihak berwajib dapat membantunya kerana yakin rumah yang sarat dengan kenangan buat dirinya itu masih boleh diselamatkan.
"Hajat untuk mendapatkan sebuah rumah bersuasana laut sudah termakbul namun pengakhirannya dilihat kabur dan bakal berkecai.
"Sekiranya roboh rumah ini, saya terpaksa pulang ke Selangor dan menumpang hidup bersama anak-anak," katanya.
Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka hakisan yang pada mulanya berlaku di kawasan Tok Jembal, akan berlarutan hingga ke kampung ini kerana jaraknya yang jauh.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 10-1-2025 11:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
datok aku ada tanah berekar2 tepi sungai. masa dia meninggal tanah2 tu wujud lagi. kemudian abang aku balik kampung bawak sekali juruukur nak tgk tanah dua2 terkulat2 mana pi tanah tu entah
kesiannya tapi dah tak selamat tu nak stay situ. Dibuatnya ombak besar kesan dr gempa bumi dlm laut, habis rumah tu. Ombak laut belah sana lebih ganas dr selat melaka. Selat melaka tu pun bernasib baik sbb ada penghadang, sumatra klu tidak makin lama makin kecik semenanjung ni. Ada tgk kat tt content pasal tanah zaman dulu dgn skrg, ada kawasan tanah dah jadi laut
Post time 11-1-2025 12:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesian sgt hakisan teruk, dah la pakcik ni duduk sorang2. Faham kenapa dia taknak tinggal rumah, tapi gov ganu tak tolong apa2 ke sampai dia yg kena usaha sendiri. Kalau 7 tahun dulu pantai 100m, memang cepat betul terhakis tak mustahil boleh lenyap rumah ni dalam tempoh kurang 2 tahun
Post time 11-1-2025 03:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesiannya
Tersentuh hati tengok pakcik tua2 pegang cangkul
Ombak Tu nampak dekat benar dgn rumah... Boleh diselamatkan lagi ke?
Berapa tahun boleh bertahan?
Kesian...mmg mustahil boleh diselamatkan sbb ombak kuat..kalau tambak dgn konkrit mcm x membantu sgt sbb tanah kiri kanan akan terus terhakis...tidur malam x tenang
I pernah konon survey rumah utk dibeli area terengganu konon nk buat holiday home..ada rumah double storey harga 400k, 50m dr pantai...terus terfikir mesti maintenance tinggi sbb salty breeze, then kita pun tahu risiko tsunami, banjir, hakisan etc mesti susah bila nak jual balik