CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1339|Reply: 2

Pembantu Tabika Melecur Di Kepala Akibat Dapur Gas Meletup

[Copy link]
Post time 29-12-2016 09:51 AM | Show all posts |Read mode

Seorang pembantu tabika melecur di bahagian kepala dalam satu kebakaran di Taman Bimbingan Kanak-kanak Kemas, di Pengkalan Rinting, Tampoi, di sini, petang Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ibrahim Omar berkata dua jentera dan 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.04 petang.  

"Kami tiba di lokasi 10 minit kemudian namun kebakaran pada bahagian dapur itu telah dipadam oleh penduduk di kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Ibrahim, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, Fatin Farhana Abdullah, 44, cuba menutup api dapur gas tetapi berlaku letupan kecil hingga mencederakan dirinya.  

"Ketika kejadian dipercayai tiga orang berada di dalam premis berkenaan,"katanya.  

baca ;

Gadis terpaksa padam 500 gambar selfie seksi selepas dihantui Arwah rakan.
Ribuan Ulat Bulu SERANG Majlis Kenduri Kahwin

Ibrahim berkata mangsa kemudiannya dibawa oleh orang ramai ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menerima rawatan.  

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian.mstar.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2016 10:43 AM | Show all posts
huhu. bahaya nye. gas ni leh bau je
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 10:50 AM | Show all posts
udah2 la berita lain ko tempek jugak tt oiiiiii...  link ulat bulu d mjlis perkahwinan dan arwah menghantui tu dh byk kali baca.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035504 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list