Tambah pelakon filem Abang Long Fadil itu lagi, dia turut memikirkan masa depan jika sesuatu berlaku kepadanya satu hari nanti.
“Katakanlah ada sesuatu yang berlaku kepada saya, saya fikir apa yang akan ‘ikat’ anak-anak saya dengan Watie kerana mereka adalah anak tiri.
“Saya fikir jika nanti saya sudah tidak ada lagi di dunia ini, anak-anak jaya mungkin boleh jauh dengan Watie.
“Jika saya ada anak sendiri dengan Watie, sekurang-kurangnya anak itu nanti akan menjadi penyambung silaturahim dengan anak-anak saya yang lain,” jelasnya.
Untuk rekod, Shuib dan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 37, telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.
Shuib bergelar bapa tunggal selepas isterinya, Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada Ogos 2021 akibat Covid-19. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan, 3.
Sumber : – KOSMO! ONLINE