CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8816|Reply: 63

Luah Sekarang Atau Tunggu Dulu? Mohon Pendapat Please!

[Copy link]
Post time 27-1-2017 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Missy_la at 27-1-2017 12:02 PM

Salam semua,

Aku perlukan pendapat korang berkaitan dengan satu dilema yang aku tengah hadapi sekarang. Aku cuba cerita sebaik mungkin ya.

Aku sekarang tengah menaruh perasaan kat sorang kawan aku ni. Walaupun kami bekerja di tempat yang sama, kami di bahagian berlainan and tak pernah ada professional relationship la. Cuma luar waktu pejabat aku dan dia banyak buat aktiviti bersama sebab kebetulan minat yang serupa. Kalau borak di ofis pun aku dan dia jarang sangat cerita pasal kerja, mesti selalu pasal minat kami yang sama atau pasal benda2 lain. Senangnya, walaupun kami satu ofis, our relationship lebih pada kawan huha dari co-worker.

Aku dah kenal dia dalam setahun lebih, sebelum ni xde pun suka kat dia and kami tak rapat pun. Tapi beberapa bulan lepas baru tau kami ada mutual interest and rumah kami pulak kebetulan berdekatan. Sejak tu kami start rapat. Sejak tu jugak slow2 aku start suka dia.

Ohh.... dan dia muda sikit dari aku. Dan haritu masa borak2 kat whatsapp dia terlepas panggil aku kakak. Time tu aku cam frust jugak la, nampak cam takde harapan. Tapi aku still xnak give up perasaan aku ni. Masih mengharap pada dia.

So.... ok. Tu background story aku. The issue here is that dia baru bagitau aku yang dia dapat tukar pejabat lain. Which of course means aku takkan dapat jumpa dia hari-hari macam sekarang. Nak keluar sama2 lepas waktu ofis memang tidaklah lepas ni. Mungkin weekend boleh keluar sama2 - MUNGKIN, aku tak tahu akan berlaku ke tak.

Jadi... soalan aku adalah, patut ke aku luah perasaan aku kat dia dan kalau patut, ada ke aku cakap sekarang sebelum dia belah atau tunggu dan lihat dulu bila masa sesuai. Sebab aku tahu dia xde hati pun kat aku, dan aku fikir kalau kami tak bersama pun, at least aku nak preserve friendship kami ni. Tapi at the same time aku fikir kalau nak cakap sekarang la masanya, at least kalau dia reject aku pun lepas ni takyah jumpa lagi and takdelah awkward.
Apa pendapat korang? Preserve friendship ke cakap je?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2017 10:21 AM | Show all posts

pendapat iols:

1. simpan dulu perasaan tu. better stay as a friend dulu. ko tgk dulu lepas berjauhan ni, adakah lelaki tu still in touch dgn ko atau pon tak.

2. Kalo dia krik2 je lepas tu, better ko pon krik2 je. aku paham perasaan pompuan ni. Pompuan ni tak boleh kalo lelaki tu layan lebih2 atau tunjuk more feeling, konpem pompuan akan mudah cair & tersuka kat lelaki tu.

3. kalo lepas transfer, lelaki tu still in touch & ajak2 jumpa TT, then baru ko proceed next step tp bgla masa dalam 2-3 bulan lg. jangan terdesak sgt & tunjuk sikap tak sabar tu. nanti kang, tercemar friendship korang je nanti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 27-1-2017 10:21 AM
pendapat iols:

1. simpan dulu perasaan tu. better stay as a friend dulu. ko tgk dulu lepas berj ...

Aku setuju sangat dengan point no.2 tu, which is aku pun paham tu kelemahan pompuan.

Dalam kes tt ni memang ko suka dia, kalau ko risk taker, ko akan luahkan terus. Alang2 dia kena tukar ofis kalau lepas meluahkan krik krik pun apadehal lain2 ofis dah. Kalau ko tak sanggup terima atau dengar penolakan dari sorang laki, ko akan memilih utk pendam.

Bagi aku, tak salah ko luahkan sekarang. Kalau ko taknak kehilangan laki tu ko akan luah skg, terima atau tak belakang kira. Kalau betul laki tu pun ada perasaan kat ko, dia akan buka langkah dulu, tapi since dia takda action, tak salah ko mulakan langkah cuma bersedia utk terima apa saja jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 10:57 AM | Show all posts
pagi2 nih mcm tak der mood nak buat kerja jerrr ...

ok sorry rosse tak paham ... apa yang dilemanya ...? awk sebenarnya dah menjawab pun persoalan awk sendiri :

"Dan haritu masa borak2 kat whatsapp dia terlepas panggil aku kakak. Time tu aku cam frust jugak la, nampak cam takde harapan."

"Sebab aku tahu dia xde hati pun kat aku"


ok camnilah dik ... mungkin bukan semua orglah ... tp biasanya lelaki ni kan klu dia mmg dah sukakan / angaukan sorang2 pompuan tu ... pompuan tu takkan sempat nak memikir pun .. tau2 dah jadik binik dia jerr ... sbb drg nih mmg dah sebati dgn sikap gelojoh ... terburu2 & tak menyempat ... klu masih jenis main tarik2 tali nih ... biasanyer drg sajer2 nak test2 market jer tu ...

tp klu awk mmg dah suka sgt2 lah kan ... berdoalah byk2 supaya hati dia akan terbuka utk awk ... mana lah tau kan ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Senior aku dulu sukakan kawan aku, dia memilih utk berterus terang walau dia tau tipis harapan kawan aku pun berperasaan yg sama kat dia. Lepas luah, dia bersedia terima jawapan negatif, tapi dia rasa lega sangat2 at least dia dah tak pendam dan ragu2 sendiri. Perempuan tu dah tahu, dan dia akan buat keputusan. Cuma tu aku cakap, bersedia utk terima apa saja jawapan. I'll vote for luahkan sekarang

Good luck tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2017 11:16 AM | Show all posts
msrosse replied at 27-1-2017 10:57 AM
pagi2 nih mcm tak der mood nak buat kerja jerrr ...

ok sorry rosse tak paham ... apa yang dile ...

Aku tahu benda ni Rosse. Pengalaman aku memang kalau lelaki suka kat perempuan xpayah nak speku2 dia dah kejar kita dulu. Aku takde nak speku dia suka aku ke tak, aku dah tahu dah.
Cuma macam forumer lain cakap, tak salah kalau perempuan yang ngorat lelaki, cuma pastikan kena pada rentaknya. Kalau aku yang ada hati kat dia apa salahnya aku yang pursue dia kan? Dah alaf baru patut dah xde gender assigned role dah chewah!


Aku jenis kalau suka aku nak cakap je. Bukan untuk lelaki tu, tapi untuk diri aku sendiri. Biar lapang dada sebab dah luahkan apa yang terbuku. Sebelum ni lelaki2 yang aku suka memang aku cakap direct je. Ko terima ke x itu hal kau. Tapi sebelum ni lelaki2 yang aku suka sume tak rapat dengan aku, setakat kenalan jauh atau kawan kepada member2 aku. So bila aku kena reject aku tak rasa loss sgt sebab sebelum tu xde foundation hubungan pun.

Tapi this guy lain... dia kawan aku. Banyak benda yang aku buat selalu partner dgn dia. Aku tak nak nanti kalau ye kena reject nak pegi mana2 pun dah awkward nak ajak. Nak whatsapp pun teragak2. Betul aku suka dia and I want to be more than just friends dgn dia, but at the same time aku sayang jugak dgn friendship aku ni.

Kalau pakai peribahasa Melayu, aku sekarang ni dilema antara 3 perkara:

Nak  "Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan" ke?
Nak "Tarik rambut dalam tepung" ke?
Atau nak "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong bercicirian" ke?

Ha ambek ko sastera Melayu pun dah keluar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2017 11:18 AM | Show all posts
wadiunong replied at 27-1-2017 10:21 AM
pendapat iols:

1. simpan dulu perasaan tu. better stay as a friend dulu. ko tgk dulu lepas berj ...

Ok noted Wadi... so tunggu lepas dia keluar kalau lepas tu krik2 aku abort mission je la eh.

Kalau semua macam dulu kita on huhu

Penat wei jadi pompuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju ngn pndpt2 org kat atas..bila dh berjauhan. Boleh la kau nk tgok apa akn jd..samada dia akn ingtkn kau atau tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2017 11:20 AM | Show all posts
doubleA replied at 27-1-2017 10:56 AM
Aku setuju sangat dengan point no.2 tu, which is aku pun paham tu kelemahan pompuan.

Dalam kes ...

Tu yang aku terpikir tu DoubleA. Kalau aku peram je feeling ni takut melepas. Baik cakap je kan, dapat ke x tu lain cerita. Yg penting part aku dah settle. Kalau aku peram lama2 pastu tetiba tau2 dpt kad walimatulurus mau aku x terjun Niagara Falls je kang huwaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 11:27 AM | Show all posts
awak tau dia tak de perasaan kat awak..
so tak perlu luahkan..
tapi cuba ngorat dia diam-diam
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Missy_la replied at 27-1-2017 11:18 AM
Ok noted Wadi... so tunggu lepas dia keluar kalau lepas tu krik2 aku abort mission je la eh.

Ka ...

Chillex la uols. Jgn bebankan sgt diri psl cinta kt manusia ni. Tak berbaloi ok. Yg penting utamakan Allah & parents ko tu. Fokus kt kerja & ekonomi. InShaAllah kalo ada jodoh ko tak ke mana. Good luck TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2017 11:36 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-1-2017 11:27 AM
awak tau dia tak de perasaan kat awak..
so tak perlu luahkan..
tapi cuba ngorat dia diam-diam

Ngorat diam2 tu cemana? Mohon tips hihih
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 12:52 PM | Show all posts
wadiunong replied at 27-1-2017 10:21 AM
pendapat iols:

1. simpan dulu perasaan tu. better stay as a friend dulu. ko tgk dulu lepas berj ...

betul..tunggu sama2 krik3 ke nanti

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 03:43 PM | Show all posts
ai setuju jah dengan semua komen diatas. cuma jangan frust sebab dia panggil u kakak. laki zaman sekarang ni ada je yang suka kakak2 ni. so chillax ok.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Luah jela x rugi ape pon. Kalau dia betul nk kwn ngan kau xsepatutnya dia menjauhkan diri kalau dia xde perasaan kat kau. Tu ciri2 true friends. So dua2 jwpn kau dpt bila kau luah..kalau di reject pon lek lek sudah bukan korang bercinta pon smpai nk frust menonggeng sgt. Kalau dia rejct kata siap2lah no hard feeling leh kawan je mcm biasa.kau oon jgn nk mengelak sgt kalau dia ajak keluar. Kalau lps dia reject kau dia xmo kwn tgen dia bukanlah kawan yg baik pon.stakat nk teman waktu sunyi je la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 06:41 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 27-1-2017 08:21 AM
Luah jela x rugi ape pon. Kalau dia betul nk kwn ngan kau xsepatutnya dia menjauhkan diri kalau dia  ...

I setuju dengan pendapat mokcik 110%!!! I berpegang pada prinsip Mark Sloan iaitu:

If you love someone, you tell them. Even if you’re scared that it’s not the right thing. Even if you’re scared that it’ll cause problems. Even if you’re scared that it will burn your life to the ground, you say it, and you say it loud and you go from there.


Jangan pernah takut. Tiada yang berdosa dalam sebuah perasaan. Yang berdosa itu perbuatan. Jadi, luahkan sahaja rasa itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2017 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tunggu bila dia pindah opis, kalao kawan ko tu krik2 jer, maknanya dia bukan kawan rapat ko pun, kawan biasa nak ilang sunyi.kawan baik tak Kira masa susah dan senang mesti ada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 07:39 PM | Show all posts
assalamualaikum,

hi saudari,

boleh saya tanya dan saudari boleh jawab tanpa menjawab di sini kot sebab ia lebih kepada refleksi perasaan atau judgement saudari sendiri:

a) kalau saudari confident dan berani nak nyatakan perasaan dengan mengambil pendekatan yang matang - seperti berkata , we have been friends for ...u know , i dont mind if you want to take our friendship to the next level ...( see dia faham ke tak ) tengok  reaksi dia, but then  you act maturely and reassure yang

if you want us to stay the way we are  as of now  , alhamdulillah it is okay too, i am asking you this  because i think i like you a lot and sebab ? nyatakan

b) doa istikhorah yg terbaik sebelum buat keptusan sebab Nabi berkata org yg beristikhorah dia tak akan menyesal - so kat sini kena open yg apa apa pun saudari cenderung untuk decide ..maka kena ready and embrace the kesannya kot...

so

pada i  , pada i lah it is perfectly fine if you feel you brave and confident - sebab apa? why not you are a human, you ada perasaan  ini fitrah just that  pendekatan kita  je kena betul , ikhlas , jujur dan matang atas dasar you nak cari redha Allah  so pada i kalau serasi dan dia sekufu  i doakan semoga diberikan rezeki dimudahkan segala yg baik

if not it is okay too ..sebab may be ada  yg terbaik buat you

so pada i personally nothing to lose pun if you cakap elok elok dan matang dan yes , at least pada i u dah cuba and that is what matters...


i wish you well...

tapi apa apa u decide it is okay ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 12:11 AM | Show all posts
Both ade pros and cons. It's up to you, TT. But then dont put too much expectation. Good luck
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
I vote for - tell him now. Coming from experience, it's better for you to get out of your system rather than keep on wondering. Good luck  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.582156 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list