CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6128|Reply: 2

[Tempatan] Menteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah

[Copy link]
Post time 23-12-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-12-2024 11:19 PM

Keluarga 7 Beranak Tinggal Dalam Kereta Lepas Kena Scam Dengan Tuan Rumah


Itulah yang dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong apabila dia menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang dilanda kesusahan.

Steven yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Pulau Pinang bertindak sedemikian selepas dia mendapat aduan berhubung keadaan sebuah keluarga tujuh beranak itu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok miliknya @stevensimck, dapat dilihat keluarga terbabit menjadikan sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru sebagai kediaman mereka.

Bercerita dengan lebih lanjut kepada Steven, lelaki yang dikenali sebagai Hilmi itu menjelaskan dia terpaksa menjadikan kenderaan tersebut sebagai rumah buat isteri dan anak-anaknya selepas mereka ditipu oleh seorang individu setelah membayar deposit rumah sewa.

“Kitaorang dah bayar deposit rumah sewa, lepas itu kita kena halau. Surat report polis ada, semua ada,” ceritanya.

Difahamkan, Hilmi sekeluarga telah tinggal dalam kereta tersebut selama tiga bulan lebih.

Cermin Kereta Pecah, Ada Yang Tidur Dalam Bonet Kereta
Apa yang lebih menyentuh hati adalah ada di antara anak-anak Hilmi yang berusia dari dua hingga sembilan tahun itu terpaksa tidur di dalam bonet kereta.

Malah, dapat dilihat kereta Bezza tersebut berada dalam keadaan usang selepas cermin belakang serta sisi pecah dan hanya dibalut menggunakan kain putih.

Jelas Hilmi yang berasal dari Kelantan itu lagi, dia yang datang ke Pulau Pinang untuk bekerja sebagai pemandu lori kini hanya boleh bekerja sebagai penghantar barang kerana tidak sanggup meninggalkan isteri dan anak-anaknya sendirian.

Bayarkan Sewa Rumah Selama Setahun & Bantu Dapatkan Kerja
Simpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan, Steven membantu Hilmi sekeluarga mendapatkan rumah baru lengkap dengan perabot buat mereka.

Dapat dilihat anak-anak Hilmi teruja dan seronok apabila melangkah masuk ke rumah baharu mereka itu.

Malah, Steven juga akan membayar sewa rumah berkenaan sebanyak RM600 sebulan bagi tempoh setahun untuk meringankan beban Hilmi sekeluarga.

Tidak hanya itu, dia turut membantu Hilmi mendapatkan kerja sebagai pemandu lori serta menyambung persekolahan anak-anak Hilmi selain memberikan wang tunai berjumlah RM2,000 bagi menampung perbelanjaan sementara menanti gaji yang baharu.

Dapat dilihat Hilmi serta isterinya, Yani sedih dan mengalirkan air mata ketika menerima bantuan terbabit.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 11:27 PM | Show all posts
Nak bekerja sebagai pemandu lori pun terpaksa merantau ke negeri lain. Apatah lagi yg lulusan universiti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang kene scam Tu kesian juga apatah lagi dah buat repot polis

Tapi Abe ni kelakar lah bagi alasan kerja penghantar barang jevsbb tak sanggup tinggal anak bini

Bagus yb tolong carikkan kerja juga
At least tade alasan hadap bantuan je tapi memilih kerja

Moga Abe ni cukup2 tambah anak instead tambah ekonomi keluarga pula ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.524696 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list