CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2288|Reply: 18

Tokong menyerupai masjid tular di media sosial

[Copy link]
Post time 30-1-2017 07:25 PM | Show all posts |Read mode


KLANG – Pembinaan sebuah tokong Cina kecil dengan reka bentuk mengelirukan menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini me­nimbulkan kemarahan penduduk yang menganggap ia satu perbuatan yang tidak sensitif.

Selain dicatkan dengan warna hijau dan kuning, lebih meme­ranjatkan apabila tokong ber­kenaan turut mempunyai kubah dan bulan sabit yang melambangkan masjid sebagai tempat ibadah orang Islam.

Difahamkan proses pembinaan tokong kecil berkenaan dilakukan lebih seminggu lalu sebelum siap pada Jumaat lepas.

Seorang penduduk, Mohd. Abdul Rahman Abdullah, 56, berkata, pembinaan tokong berkenaan dianggap kurang sensitif dan boleh menyinggung perasaan masyarakat Islam setempat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2017 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cuba nak berhusnuzon . . . Tapi macam tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2017 09:05 PM | Show all posts
ni kan ada thread datuk ram. datuk ram  ni penunggu melayu. jadi perhiasan dia jamuan dia sesuai dengan orang melayu.

asal budaya ni zaman dahulu kala zaman jahiliah. bukan arab je ada jahiliah. tanah melayu pun ada.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau plak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2017 11:16 PM | Show all posts
kesian betul..tokong dengan masjid pun ada yang tak dapat nak beza kan

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2017 11:39 PM | Show all posts
Motif?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2017 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
eh wallpaper pelangi ke tu? penyanjung lgbtq ka dewa ne?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2017 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat tokong melayu senang je. Buat sebijik design pelamin rizalman. Tak perlu kubah bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2017 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
xnampak mcm mesjid pun... aku igt hiasan utk raya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua hari lepas balik kg lalu sungai siput.m ya rabb ingatkan masjid rupanya kuil singh gitu kaler kuning tepi jalan..  sebijik ngko..

Org situ xde lak nak sentap bagai
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:01 AM | Show all posts
laaa. sape rajin? g la gedeh dan tepek... ada je dewa dorang yg pakai tudung kopiah.. sebab ada sesetengah dorang mengamalkan permujaan/penyembahan pada yang datang memberi rezki... yang bukak jalan rezki lagi lapang..

kat kampung2 banyak la benda ni.. ingat orang kampung otak kolot. rupanya......
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:03 AM | Show all posts
kuil sikh pun berkubah bagai,

di china,masjid dia rekabentuk bangunan cina..

baru tgk kubah, xtgk lagi patung haji dlm tu..pakai lebai,baju melayu
kalau tgk patung haji, histeria gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:09 AM | Show all posts
Langgar akta tanah, tokong ‘berkubah masjid’ diarah pindah



KLANG, 30 Jan — Mereka yang membina tokong kecil menyerupai kubah masjid dan bulan sabit di tanah rizab jalan diberikan tempoh masa sehingga lusa ini untuk mengalihkan binaannya.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menghantar notis memindahkan binaan itu pada 24 Januari lalu namun tempoh dilanjutkan selepas rayuan dibuat pemilik tokong, lapor Sinar Harian.

“Pemilik berkenaan diberi tempoh tiga hari iaitu sehingga 27 Januari (kelmarin) supaya memindahkan atau membuka binaan itu,” kata pengarah komunikasinya Norfiza Mahfiz.

“Bagaimanapun disebabkan perayaan Tahun Baharu Cina, pemilik meminta kelonggaran agar memberinya masa untuk mengalihkan binaan itu sehingga selepas sambutan itu.”


Manakala, Pejabat Daerah dan Tanah Klang menyatakan struktur itu, dibina di Jalan Makyong, Bukit Raja dekat ini, haram kerana kerana dibina atas tanah kerajaan dan rizab jalan.

Pegawai daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata pemilik melanggar Seksyen 425 dan juga 426A (1)(C) Kanun Tanah Negara.

“Tindakan akan diambil sebaik notis tamat pada tarikh berkenaan. Pejabat daerah bertanggungjawab terhadap tanah, manakala MPK pula pada binaan tokong itu,” katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:12 AM | Show all posts
bab kubah tu, iols tak kisah sangat, tapi sampai lambang bulan sabit tu dah kenapa kau??
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:22 AM | Show all posts
br tau kubah, bulan bintang tu hak mutlak melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 11:33 AM | Show all posts
kemain colorful dalam tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2017 02:31 PM | Show all posts
aku pernah tsalah masuk rumah ibadat singh sebab kubah mcm btk masjid..

tp tak pnh pulak aku rasa insulted, termalu pulak adalah...

yela, dah ramai2 masuk pakai baju ala punjabi..pompuan pun pakai selendang mcm melayu pulak..



Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 09:23 AM | Show all posts
leylapple replied at 31-1-2017 06:31 AM
aku pernah tsalah masuk rumah ibadat singh sebab kubah mcm btk masjid..

tp tak pnh pulak aku rasa ...

kenangan manis

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 10:25 AM | Show all posts
Edited by jojomalai at 1-2-2017 10:38 AM

sebenar , orang china ada sembah satu dewa panggil dewa tanah (tu di gong)
dan bila orang china datang di malaysia , mereka menukar watak dewa itu sebagai
orang pembesar melayu yang meninggal dunia semasa itu, panggil (Datuk Gong atau [size=15.008px]datuk keramat)

sebab mereka kena bayar cukai tanah kepada pembesar Melayu

bila kami sembah dewa ini , kita tak boleh pakai guna babi sembah dan biasanya dengan kari ayam dan tokong ini memang ada popiah haji dan al quran di dalam tokong ini

amalan ini setahu saya sudah hampir 100tahun lamanya, tokong sebegitu rupa hampir serata seluruh malaysia dan hampir satu kampung Cina mesti ada satu tokong dewa tanah

penjelasan lebih perinci dalam wikipedia
https://id.wikipedia.org/wiki/Na_Du_Gong

remark : saya etnik Cina.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049621 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list