Nampaknya semakin hari semakin tidak senonoh perangai remaja di negara ini apabila tanpa segan silu melakukan aksi yang memalukan untuk tontonan umum.
Lagi malang apabila yang melakukannya adalah remaja perempuan Melayu yang sepatutnya menjaga maruah diri, aurat serta batas-batas pergaulan selari dengan ajaran agama Islam.
Video yang dipercayai dirakam oleh rakannya itu menunjukkan seorang perempuan yang berusia sekitar 20-an duduk di atas sebuah motorsikal dengan memakai tuala di atas kepalanya.
Apa yang menimbulkan ketidakselesaan adalah dia dengan bangga menyatakan "Eee, tembamnya" sambil jarinya 'menari-nari' menunjuk ke arah kemaluan.
Menurut percakapan dan loghat gadis-gadis dalam video tersebut, dipercayai mereka berasal dari negeri Pantai Timur, mungkin Kelantan atau Terengganu.
Netizen yang melihat rakaman ini meluahkan rasa marah dan ada juga 'tag' rakan dan keluarga bagi memberi peringatan supaya tidak melakukan aksi yang sama.
Perasaan sedih dan terkilan bercampur-baur bila memikirkan generasi muda yang biasanya langsung tidak memikirkan akibat dari sesuatu yang mereka lakukan.
Walaupun sekadar untuk mendapatkan keseronokan, ingatlah bahawa kita perlu menjaga aib diri sendiri seta keluarga. Jika wajah sudah tersebar begini, siapa yang harus dipersalahkan? -CARI |