CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12092|Reply: 14

Vida 'histeria' pereka fesyen dibelasah (VIDEO)

[Copy link]
Post time 10-1-2025 05:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 10-1-2025 11:38 AM




Petaling Jaya: Dua pereka fesyen, Razman dan Razmi cedera di muka selepas diserang jurugambar dalam kejadian di acara anugerah yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, kedua-duanya yang dikenali sebagai pereka fesyen duo, Razman Razmi yang juga pereka fesyen menghasilkan busana usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk acara itu dipukul dengan kamera oleh jurugambar lelaki terbabit.

Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.

Kedua-duanya yang mengalami luka di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum penganjur bertindak membuat laporan polis.

Difahamkan, insiden itu dipercayai berpunca daripada masalah peribadi di antara mereka.

Sementara itu, Vida berkata, dia amat terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, Razman dan Razmi mengiringinya ketika berjalan di karpet merah sebelum jurugambar terbabit tiba-tiba menyerang pereka fesyen itu.

"Saya memang terkejut sangat dengan insiden itu. Kepala saya jadi sakit sebab saya tak boleh tengok benda macam itu berlaku depan mata. Saya ingatkan mula-mula itu hanya gurauan.

"Lagipun, saya memang kenal mereka dan takkanlah macam itu. Ia juga berlaku sangat pantas. Saya tak boleh tahan, tengok luka di muka berdarah-darah.

"Saya juga tak faham. Kenapa tak boleh berbincang jika ada masalah dan kenapa pada saat 'event' (acara) begini, tengah orang ramai dan tak takut ke kena hukum benda-benda macam ini?

"Pukul depan orang ramai. Kalau ada masalah sekalipun, banyak cara boleh 'settle' (selesaikan) tapi bukan macam ini. Menganiaya orang," katanya.

Ditanya juga mengenai pereka fesyen itu yang dikenalinya, Vida berkata, dia tidak pernah mengetahui dia mempunyai masalah kewangan yang didakwa hutang adalah puncanya.

"Kalau mengenai mereka ini, setahu saya tak adalah terkait dengan hutang. Tak ada pun. Dia kalau buat apa-apa, biasanya nak selesaikan kerja dan kalau bercerita fasal orang lain pun, tidak ada. Mereka berdua saja," katanya.

Vida mengakui dia trauma melihat kejadian sebegitu di depan matanya.

"Tak boleh nak bayangkan orang kena pukul itu, mereka yang kita kenal, duduk dengan kita. Memang tak boleh nak bayangkan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Katanya, kes masih dalam siasatan.

Susulan kejadian itu, acara anugerah terbabit tetap diteruskan walaupun insiden itu menimbulkan kekecohan di depan dewan acara.

Harian Metro




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2025 12:25 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat "kalau boleh saya tak nak, sebab dia kurang ajar, selalu tengking marah klu jjmpa kat event"

Mana boleh kalau boleh x nak bayar, hutang kenalah bayar. Sbb hang ada perangai x nak byr lah kot yg kawan tu hangin???
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemain muka cucuk, hutang ko tak bayar. Nak bayar ansuran. Duit klinik cucuk muka mampu pulak. Banyak pulak duit photographer tu sampai bole kasi pinjam 20K. Ke buat easy rhb loan? Body sado ke ke smpai koyak pipi sutun tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 07:39 AM | Show all posts
Ni rizman ruzaini gred AA ke????
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 07:42 AM | Show all posts
20k utang dr zmn pkp ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Attend event..pakai glamour...cucuk muka...hutang tak bayar ...tu yang kawan tu debik kau kat muka..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 09:05 AM | Show all posts
hahahhaha... x tahu nak gelak ke nk nangis. Bang. KO dah bhutang ke bayor le. Aduhai.. So memang patut kena cepuk lah... Emmmmmm  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok cerita dia mcm ni Razman Razmi ni jual kereta dekat Ako ni.. sebelum PKP.. pastu A.K.O. ni bayar kereta ansur2.. baru dapat kereta tu Lepas pakai seminggu kereta tu rosak.. Jadi si A.K.O ni mintak balik duit dia.. PKP perniagaan Razman Razmi Tak berapa maju.. jadi dia minta bayar sikit2... Tiba Razman pula sakit jantung... (Dia ckp dia akan bayar ansur ) Baru2 ni Masa event Rafflesia dia ada bayar juga hutang tu.. tapi tak habis bayar lagi lah... Masa event Hari ni : ini yang jadi... ( Cerita sebenar Kita tunggu A.K.O pula bagi penjelasan)
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan iols yang tulis ya. Tu iols baca komen2.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
CurangLagi replied at 10-1-2025 09:15 AM
Ok cerita dia mcm ni Razman Razmi ni jual kereta dekat Ako ni.. sebelum PKP.. pastu A.K.O. ni bayar  ...

Photographer pon bukan jenis ada byk duit. Tah2 kereta tu nak guna utk kesana kemari buat keje. Dia pon bayar ansur sampai dpt keta tu. Dr zaman habis pkp tahun 2022, kalau tetiap bulan bayar seribu pon, rasanya tahun 2024 dah boleh langsai
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 09:50 AM | Show all posts
edisi penghutang jaga penghutang ke ni

sib baik vida tak kena hempuk dengan kontraktor dulu yer
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:04 AM | Show all posts
CurangLagi replied at 10-1-2025 09:15 AM
Ok cerita dia mcm ni Razman Razmi ni jual kereta dekat Ako ni.. sebelum PKP.. pastu A.K.O. ni bayar  ...

baru bayar 6k kan
dah lebih 5 tahun tak abis bayar mmg le org tu hangin
dh le jual kete yg rosak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Lately ni ramai pulak retis/selebriti yg hadap masalah kewangan, seram pulak iols..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 12:28 PM | Show all posts
memula aku inatkan duo RR yg famous tu.. naomie  buat catwalk baju dia tu
tetapi ngapa muka lain.

rupanya rr lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.057230 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list