dia baca forum ke forumner
IKON fesyen, Wak Doyok mengajak para netizen untuk hormati sesama sendiri tidak kira apa yang dimuat naik di laman media sosial.
Menurutnya, mereka mempunyai pilihan sama ada ingin membaca status orang lain ataupun tekan sahaja butang 'unfollow' atau 'unfriend'.
"Apa pun yang orang update, kita layan sajalah, yang penting hormat sesama sendiri. Tidak perlu nak kutuk, perli dan seumpamanya.
"Kalau kita tidak suka tengok status mereka, 'unfriend', 'unfollow' atau 'block' sahaja. Hidup ini mudah, jangan sesuka hati jadi dengki, busuk hati dan iri hati," tulisnya di kapsyen Instragram miliknya.
Tambahnya lagi, media sosial ini dicipta untuk individu memuat naik gambar dan status yang mereka suka.
"Gambar yang kita suka dan kongsi sama-sama untuk nikmati kebahagian dan keseronokan tetapi ada pula yang benci.
"Kalau macam itu caranya takkan lah kita nk post gambar perkuburan? #haters salam hujung minggu!" tulisnya lagi.
http://www.sinarharian.com.my/
|