CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1934|Reply: 11

Selamat Hari Wanita-wanita & kesihatan

[Copy link]
Post time 8-3-2017 09:23 AM | Show all posts |Read mode
MOD boleh delete thread ni kalau tak da kene mengena,tapi berilah peluang sempena hari wanita sedunia hari ni untuk SM pupuk kesedaran Pemeriksaan Kesihatan bagi Wanita.


Hello sayang-sayang semua,selamat hari wanita sedunia.Ha..cik abang yang ternganga muka konfius sedang membaca ni apa je kome bagi untuk si isteri?? coklat??kek?? hello gais hadiah dah lapuk tu.sm nak cadangkan hadiahkan untuk bini tersayang PAKEJ PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA. Baru lah berbunga hati si manis kesayangan bila tahu yang anda ingin dia sihat dan menjalani kehidupan bersama hingga akhir hayat..so suweet diabetes potong kaki gitu.kembang kempis jantung pasangan korang bila suami buat gini.


Kat mana aku nak dapatkan pakej pemeriksaan kesihatan wanita ni??

-noks semua sila ke pusat perubatan berhampiran.kalau hospital penawar tu ada buat basic screening packages serendah RM50 je. terdiri dari pap smear,body mas index,blodd pressure,vision test,blood gluscose&cholestrol,breast examination,pelvis examination dapat lagi medical report..Hospital lain pun basic screening ni mcm KPJ,sunway,dll rm80,kiranya bawah RM100.dari korang belanja bini makan sedap yg silap2 menyumbat segala kolestrol dlm saluran jantung,baik amik pakej gini.silap2 terharu bini kau pulak dimakannya.

kalau pakej well/Premier women screening yg agak mendalam sikit so kosnya mahal lah sikit kebanyakkan hospital dlm range Rm200-280.tapi ok apa??

untuk wanita yang dah menopause pun ada pemeriksaan khas,harga kebanyakkan hospital rm500 kebawah.

Eh..macam tak mengancam lah pakej ni..mcm pemeriksaan biasa je??

ha..sape cakap?tu baru mukaddimah je.kalau sayang sangat bini nak taraf hadiah agak eksklusif bagi bini terbeliak biji mata yg suami sayang sangat kat dia..beri pakej pemeriksaan menyeluruh.ada pakej basic ditambah dengan ujian darah untuk penyakit2,ultrasound,mammogram berbagai test..regenya tiap hospital bawah rm1200.kalau malas sgt g BP lab ke pathlab ke semua ada.dari korang yang suami berduit minta handbag,minta cincin berlian sebutir,bila korang sakit silap2 dapat laki tak berhati perut dok bagi semua barang tu kat gelpren,time tu menangis pun tak guna.silap2 si gelpren tu dah melambai2 nak amik alih tempat korang.

Isteri saya keturunan dia ada penghidap kanser,saya sayang dan takut isteri saya akan menerima nasib yang sama.apa perlu saya buat??

Amboi mulianya hati cik abang gini,kalau korang dapat laki begitu baik gini,kau amik cuti esok masakkan dia sedap2 k.bagi pakej spa & massage kat umah,jangan bagi kat luar pulak,kang mengelinjang kaki dia makin panjang. Ada pakej kat lab kesihatan,kat hospital yang menawarkan cancer screening melalui ujian2 tertentu untuk mereka yang mempunyai keturunan yang menghidapi kanker atau kanser..



Duit Boleh Dicari,Bini yang baik?? bukan boleh di kutip tepi jalan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2017 09:25 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 09:43 AM | Show all posts
Apa pentingnya ujian kesihatan ni?alah kalau sakit je baru pergi hospital..isteri saya kurus lah keremping,xkan berpenyakit pulak?isteri saya rajin workout,kan jaga kesihatan tu dapat mengelakkan penyakit.

-Ujian saringan kesihatan dan ujian lain2 ni untuk mengenalpasti gejala awal penyakit supaya ianya mudah diatasi ataupun dapat di kawal. senaman dan pemakanan yang sihat tidak menjamin 100% anda bebas dari penyakit seperti cancer.jadi sangat perlu pemeriksaan kesihatan untuk kita ketahui dari awal tahap kesihatan tubuh badan kita.benda dalam2 beb bukan kau nampak dengan celah mata,kadang-kadang tak sakit pun,alih2 pup...meletup..ataupun kadang kala sakit,tp sbb kita kurang ilmu,kita anggap alah sakit biasa..padahal kanser.banyak yang mcmni.

wanita kurus keremping mcm aku ni pun perlu pemeriksaan kesihatan.lagi2 yang malas senam tu,jangan ingat ko kurus kau sihat..silap2 penyakit bersarang dalam badan,kolestrol tinggi dari yang gemuk

Saya malu lah buat papsmear.
ramai tahu tak payah cakap dah..pap smear utk melihat kehadiran cecair ke apa yg xnormal dlm miss v.langkah pertama dlm pencegahan kanser serviks.nak cite hakikat doctor melayu ramai cakap wanita melayu ramai kurang kesedaran dalam hal ni.buat apa dek non nak malu.doktor tu pun dah jelak tengok mcm rupa,mcm kaler,macam saiz.kalau kau rasa segan nak kangkang depan doktor sbb bawah tu xcomey,pikir balik antara malu sekejap dan nyawa kehidupan sihat dengan anak2 kelak,dapat tengok anak konvo,cucu berlari..mana lebih penting??kau jgn bandingkan sendiri punya dgn pelakon video blue yg setengahnya dah jalankan pembedahan mencantikkan dan edit banyak..kau tengok hakikat rupa paras miss v melalui kajian .



setiap manusia punya berbeza,jd jangan rasa malu..(mod jangan plak delete pix ni.ni untuk belajar nama pun bod perubatan,bio wanita ramai berkeyakinan dan lebih berani buat papsmear)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 09:46 AM | Show all posts

  
  
  
Apa itu MAMOGRAM ?
  
  
Mamogram adalah suatu pemeriksaan  saringan sinar-X yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser  payudara.
  


  
Siapa yang  memerlukan MAMOGRAM ?
  


  
Semua wanita yang berumur 40 tahun  dan ke atas boleh menjalani pemeriksaan ini.
  
  


Mengapa saya memerlukan MAMOGRAM ?
Mamogram dapat mengesan kanser payudara pada peringkat paling awal iaitusebelum ketumbuhan dapat dirasai oleh payudara. Ia juga berkesan untuk menelitikesihatan am payudara.


BagaimanaMAMOGRAM dilakukan ?
Pemeriksaan ini dilakukan oleh Juru X-Ray wanita. Ia mengambil masa selama 10minit hingga 30 minit. Anda diperlukan untuk mendedahkan bahagian dada anda.Kemudian payudara anda akan diletakkan di antara 2 plat yang terdapat padamesin. Selepas itu dedahan sinar-X akan dibuat. 2 keping filem sinar-X akandiambil bagi setiap sebelah payudara melalui sudut yang berlainan. Pemeriksaanmamogram adalah selamat kerana radiasinya adalah di tahap sangat rendah.



Persediaanuntuk MAMOGRAM ?
Peringatan:
Elakkan menguna minyak wangi, deodorant, bedak atau krim pada bahagian dada danketiak pada hari pemeriksaan mamogram. Bahan-bahan dalam produk-produk inimungkin akan menjejaskan keputusan mamogram. Anda perlu memakai pakaian ringkasatau blaus dan seluar panjang atau skirt panjang. Pakaian atas perluditanggalkan semasa pemeriksaan dilalukan.


Tip:
Lakukan pemeriksaan selepas haid kerana pada masa itu payudara kurang sensitif.Elak minum minuman yang berkafein (kopi, teh, air berkabonat dan coklat) selamaseminggu atau dua minggu sebelum hari temujanji. Kafein boleh menyebabkanpayudara terasa sakit.


Bagaimanajika keputusan MAMOGRAM saya abnormal ?
Anda akan dirujuk kepada pakar di hospital atau di pusat perubatan untukpenyiasatan lanjut. Keputusan mamogram yang abnormal tidak semestinya bermaknaanda mempunyai kanser.
Pakar akan melakukan penyiasatan lanjut dan akan memberikan nasihat dan rawatanyang bersesuaian.

Di mana anda bolehmendapatkan Pemeriksaan MAMOGRAM ?
Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini di pusat-pusat mamogram kerajaan danswasta.
LPPKN menyediakan subsidi bagi pemeriksaan mamogram untuk wanita-wanita layak.Sila rujuk kepada mana-mana klinik LPPKN yang terdekat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 09:49 AM | Show all posts




contoh ujian mammogram yang sedang dijalankan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 09:54 AM | Show all posts
Selamat Hari Wanita sedunia hargailah kesihatan diri,kerana anda itu wanita!!
Wanita itu umpama Queen dalam catur boleh melangkau kesana kemari,tapi king??
kuasa wanita itu sendiri pada hakikatnya lebih besar dari lelaki..
lakukan bukan untuk siap,tetapi untuk diri sendiri.
Sayangi diri sendiri sebelum menyayanyi yang lain!! yang lain akan datang kemudian.

saya tak kahwin perlu ke??beb kahwin tak kawin bukan masalah,ada anak tak da anak bukan alasan untuk xlakukan pemeriksaan kesihatan.sbbnya korang wanita,harus cantik sihat luar dalam,barulah asik untuk berjimba travel ke sana kemari berfoya-foya..who needs a man rite?? muahhh..chow.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2017 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
This is a good article/reminder.

Pap smear tu mmg penting sgt terutamanya yg dah bkluarga and vice versa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 11:02 AM | Show all posts
info tambahan sempena hari wanita sedunia ni:

suntikan hpv percume di sekitar KL kebanyakkannya sudah hbs kuota ye. Yang ade skrg ni berbayar; rm180/dose.  Boleh call klinik nur sejahtera (lppkn) utk tahu kuota yg free tu available lagi ke tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2017 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nipskacang replied at 8-3-2017 11:02 AM
info tambahan sempena hari wanita sedunia ni:

suntikan hpv percume di sekitar KL kebanyakkannya  ...

terima kasih.. bagus mcmni yg kita nak.. kalau yg lain ada info tambahan sila boh dlm ni..@ipes2 bg kacang banyak pada yg bg info tambahan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 07:29 PM | Show all posts
Super-M replied at 8-3-2017 12:59 PM
terima kasih.. bagus mcmni yg kita nak.. kalau yg lain ada info tambahan sila boh dlm ni..@ipes2 b ...

Tapi, HPV ni really is a sexually transmitted disease, especially if we are talking about Cervical Cancer tu. Sy tak berapa compute bila skolah skolah negara mcm kat Mesia, yg kadar sex luar perkahwinan nya adalah rendah (sebenarnya, berbanding dgn negara lain), tetapi ada pihak yg mengutarakan gadis gadis tu di Vx secara besar-besaran. Seolah ada pehak yg beri mis-information supaya Vx mereka terjual. Tetapi, on the other hand, Cervical Cancer bila berlaku, especially di kalangan yg tak mau buat Pap Smear, boleh membunuh. Vx utk HPV adalah amat penting di negara barat. Di USA, HPV adalah STD yg paling byk.. kalah STD lain!

(Analogy nye jika kita jual antibiotics yg kononnya boleh halang berlakunya paraphimosis dan war-warkan di kalangan org yahudi atau org melayu.. ini satu bentuk mis-information la sebab depa ni tk kan dapat phimosis atau paraphimosis sebab depa ni rata ratanya bersunat).
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 09:57 AM | Show all posts
ipes2 replied at 8-3-2017 07:29 PM
Tapi, HPV ni really is a sexually transmitted disease, especially if we are talking about Cervical ...

ohh i see. so pendapat Dr.Ipes, does the injection actually necessary buat rakyat malaysia secara umunya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 04:53 AM | Show all posts
nipskacang replied at 9-3-2017 09:57 AM
ohh i see. so pendapat Dr.Ipes, does the injection actually necessary buat rakyat malaysia secara  ...

i tak tahu statistics tentang kadar sex rambang atau sex multiple partners di negara kita. tetapi, sy ragu ragu lak..macam jual air baju hujan kat gurun sahara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.108013 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list