CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5168|Reply: 39

Sayang @ Gurauan

[Copy link]
Post time 3-4-2017 07:45 AM | Show all posts |Read mode
Hi nama aku indah, tujuan aku tulis confession ni ialah untuk tanya pendapat especially lelaki. Adakah hipotesis aku ni benar atau hanya perasaan aku yang takut disakiti.

Aku kenal dengan Merah (nama gelaran) ketika aku ditukarkan ke pejabat client untuk sementara. Di hari pertama lagi Merah dah menunjukkan perangainya yang playful, kasar serta tidak profesional, mungkin aku tidak dialu-alukan disitu, mungkin juga itu sememangnya character merah.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kami tidak bertegur sapa atau bertukar senyuman ketika berselisih..Namun tiba-tiba aku diarahkan oleh pihak management untuk tukar workspace berdekatan dengan cubical Merah. Waktu kami duduk berdekatan, sikap merah lama kelamaan menjadi semakin baik. Dia lebih sopan serta banyak membantu aku. Kami mula rapat dan saling bergurau. Orang-orang disekeliling menganggap kami bercinta kerana Merah sememangnya seorang yang tidak mesra dengan perempuan.Secara jujur, aku tidak ada sebarang perasaan pada merah.
Namun aku akui yang dia seorang rakan yang baik.

Suatu hari Merah bertanya akan sebab aku masih sendiri @ belum berkahwin? Pebualan kami lebih kurang begini.

"AKu menjawab yang tiada jodoh lagi."

"Mungkin Indah memilih sangat duga Merah."

"Haruslah memilih sebab saya inginkan seseorang yang dapat menyakinkan saya. Jawabku lagi"

"Kalau Merah orang tu, Indah yakin tak? soalnya tiba-tiba"

Apa dia? soal ku yang terkejut & inginkan kepastian adakah aku salah dengar ataupun tidak.

"Indah yakin tak dengan Merah untuk jadi indah punya tu.. jawabnya yang tidak dilengkapkan"

Maksud perkataan "tu" yang bermain dalam fikiran aku ialah suami. Namum aku tak pasti apa pula maksud perkataan tersebut untuk dirinya.
Aku hanya berdiam diri, berfikir dan tak tahu nak beri jawapan apa. Tapi aku yakin reaksi aku sepatutnya telah menjadi jawapan untuk nya.



Aku rasa sesak berada dalam keadaan tersebut, tak tahu apa jawapan yang harus diberikan.


Ye aku memang tak ada perasaan padanya tapi dia memang seseorang yang menyakinkan aku. Untuk melepaskan diri aku bertanya padanya kembali


"memang kena jawab ke soalan tadi?"


"Dengan tenang dia menjawab, tak apa nanti Merah tanya Indah lagi"

Waktu tu aku sendiri tak pasti kenapa tapi aku sangat-sangat gembira & bahagia. Mungkin juga itulah detik bermulanya perasaan aku pada Merah.
Dalam masa aku menunggu dia untuk kembali mengajukan soalan yang sama lagi, sesuatu diluar pemikiran aku berlaku. Entah kenapa tiba-tiba Merah beriya-iya betul untuk memperkenalkan aku dengan rakan baiknya Biru (nama gelaran).



Merah meminta aku untuk berkenalan serta berkawan dahulu dengan Biru. Katanya Biru seorang yang baik, good looking serta telah bersedia untuk bernikah. Aku confuse, aku tak dapat nak fikirkan permainan apakah ini? Aku jangkakan yang merah dan Biru sengaja ingin menguji aku?
Kebetulan kami (aku & Biru) bekerja dalam bidang yang sama, jawatan yang sama dan aku memerlukan beberapa maklumat daripada Biru.
Jadi kami berhubung dan berkawan seperti biasa walaupun kami tak pernah bersua muka.

Pada saat itu perasaan aku kuat menyatakan bahawa Merah & Biru itu adalah orang yang sama, kenapa Merah nak memperkenalkan aku dengan lelaki lain setelah dia bertanyakan soalan yang memberi harapan padaku?Ada Suatu hari Biru Whatapps aku ketika jam 12 pagi dan kebetulan pada waktu itu aku masih berjaga. Aku mengambil keputusan untuk menghubungi Biru waktu tu, idea aku ialah untuk menjerat serta memecahkan tembelang Merah daripada terus menyamar menjadi Biru
.
Namun harapan aku hampa, Biru sememangya orang lain. Biru bertanya pada aku, adakah mesejnya menyejutkan aku? Aku jawab tidak dan Kami meneruskan perbualan. Biru beritahu bahawa dia baru sahaja habis bermain DOTA (kalau main badminton @ futsal, aku kagum lah sikit) dan sedar yang dah beberapa hari aku menyepi dan sebab itu dia menghantar mesej padaku.


Sedar tak sedar dah setahun lebih berlalu dari hari pertama aku mengenali Merah. Aku biarkan hari-hari ku berlalu dengan tanda tanya. Hubungan aku dengan Merah masih lagi baik dan sesekali Merah bertanya progress hubungan ku dengan Biru. Aku tak pernah menganggap Biru lebih daripada seorang kawan. Biru pula menyatakan bahawa aku mempermainkan perasaannya, padahal aku tak berniat lansung.

Sebelum ini aku layan Biru dengan baik sekali sebab aku menyangkakan yang Biru itu ialah watak lakonan Merah. Sampai satu masa aku putuskan untuk berhenti menghubungi Biru & secara jujur aku masih mengharapkan Merah. Allah aturkan perjalanan hidup aku dengan baik sekali, kerja aku di pejabat client telah tamat dan aku akan pulang ke tempat asal aku.

Aku ada memberitahu Merah bahawa aku perlu pulang tak lama lagi & Merah hanya menjawab "Raya nanti Merah datang rumah"

Sebelum aku pergi aku tanyakan lagi pada Merah, kenapa dia beriya-iya ingin menyatukan Biru dengan aku? Merah memberi jawapan yang sama dan menyatakan bahawa Biru masih belum berpunya. Lalu aku tanyakan kembali Bagaimana kalau aku inginkan Merah & bukannya Biru?
Dengan tenang Merah menjawab bahawa Merah telah mempunyai seseorang. Aku terkedu tak tahu dah permainan apa yang Merah aturkan ni. Puas aku tanyakan siapakah orang itu namun tiada jawapan yang aku terima.



Akhirnya aku kembali dengan pelbagai soalan. Aku tak marahkan Merah malah aku berterima kasih padanya. Kadang kala aku begitu rindukan Merah jadi aku akan mesej tanyakan khabar dan Merah masih menjawab sama seperti dahulu. 8 bulan berlalu, akhirnya aku akur yang aku perlu lepaskan Merah. Aku sendiri tak pasti apa yang difikirkan oleh Merah.

Adakah pertanyaannya itu hanya sebuah permainan dan gurauan?
Adakah janji yang dia akan datang ke rumah hanya kerana ingin ziarah?
Adakah aku terlalu serius ketika mendengar gurauan Merah? Ntah lah..aku sendiri tak pasti.


Aku teruskan hari-hari ku dengan membuang segala prasangka & menganggap bahawa itu hanya gurauan. Suatu hari, aku ternampak komen dari seorang rakan Merah di FB. Komennya lebih kurang begini " baguslah buat kerja berfaedah daripada asyik hisap gam je"


Aku terkedu, adakah lelaki memang bergurau kasar seperti ini?  Namum sebagai perempuan akalku tak habis fikir kenapa perlu komen sebegini? Hari demi hari aku masih tak dapat lupakan, lalu aku teringat kembali bagaimana personaliti Merah.


Dalam hati aku berdoa yang prasangka buruk ku itu tak betul. Namun Merah memang memiliki ciri-ciri orang yang hisap gam. TAPI! Merah seorang yang beragama, berpelajaran serta bekerjaya TAK MUNGKIN Merah terlibat dengan aktiviti tersebut.


Separuh hati ku menidakkan & separuh lagi yakin dengan tekaan ku.


Dan untuk aku bertanya soalan mengenai "gam" kepadanya adalah suatu yang mustahil & tak mungkin sanggup aku lakukan.

Akhirnya aku pujuk diri sendiri dengan hipotesis yang " Merah ingin menyatukan aku dengan Biru bukan kerana dia dah memiliki orang lain tapi kerana dia sayangkan aku namun dia bukanlah yang terbaik untuk aku. Aku yakin Merah memang sayangkan aku."


Jadi korang rasa, munasabah tak hipotesis aku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2017 08:07 AM | Show all posts
merah biru merah biru.... aduh tt. iols plk pening baca..

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Merah, biru teringat lagu jalur gemilang..
Merahmu bara semangat waja, putihmu bersih budi pekerti, kuning berdaulat payung negara, biru perpaduan kami semua..
sorry cik tt, aku takde pendapat cuma seronok pulak baca rasa mcm baca novel.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 09:01 AM | Show all posts
jadahnya dah tua hisap gam. bukan budak sekolah or drug addict dok bawah jambatan je ke isap gam? tapi aku rasa tu gurauan je kot.laki2 kan suka gurau kasar.
anyway, dah merah tak nak kat kau, kau ambil biru je lah. tu pun kalau kau desperate. kalau tak kau cari jantan lain je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 09:30 AM | Show all posts
pen merah...pen biru...
you marah ... i love u...

huhuhuh...

dah merah ckp dia ada seseorg...usah di harapkan lagi...kang ko yang sedih...
TT pernah jumpa biru tak..?

klu biru tu baik...why not...

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 09:37 AM | Show all posts
ni cerpen pendek ke apa?? kenapa mesti merah & biru kenapa tak hitam & putih??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2017 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh mcm cerpen dh tt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 09:57 AM | Show all posts
Sweet nya cerita u... anyway, i rase u cakap direct je kat merah yang u suke kat die... kalau die reject u, at least u try....  better try drpd berteka teki macam ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronok pula membaca ala- ala cerpen pula.
Bagi I, you terima sahajalah biru tu TAPI get to know him first thoroughly.
Betul- betul kenal dengan dia jangan main sauk ja just because you're broken hearted sebab merah.
Get to know BIRU, give YOURSELF and him chance and time.
Don't rush things.
Anyway, I wish you all the best!Ingat, give YOURSELF and him chance and time.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 10:12 AM | Show all posts
ni sapa punya cerpen ko tepek sini?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 10:21 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-4-2017 10:12 AM
ni sapa punya cerpen ko tepek sini?


u make my day.. hahahhahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 10:23 AM | Show all posts
eh nak tanya, macamana ciri2 org hisap gam?

lagi satu kan, rasanya mcm melawak jek kotttt.. mcm kawan2 aku yg laki2 kan.. komen tak pernah berjernih.. semua komen yg busuk2 jek.. ko ni sejenis yg berpikiran melebih-lebih kot..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi versi hasanah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih i baca cerpen pagi2 ni
Kisah benar ke rekaan semata2 ni

Anyhow,
Merah dah ckp dia ada org lain kan so move on jer la
Mcm ada yg suggest kat atas, give chance kat Biru and you
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 10:52 AM | Show all posts
LostStar replied at 3-4-2017 10:23 AM
eh nak tanya, macamana ciri2 org hisap gam?

lagi satu kan, rasanya mcm melawak jek kotttt.. mcm  ...

tulah iols tertanya mcmne ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2017 12:40 PM | Show all posts
akik replied at 3-4-2017 09:01 AM
jadahnya dah tua hisap gam. bukan budak sekolah or drug addict dok bawah jambatan je ke isap gam?:lo ...

hahaha.. Comel betul idea ni.
Aku pun harap aku overthinking & sangkaan aku ni tak betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2017 12:42 PM | Show all posts

kalo ini cerpen aku yang tulis & reka aku akan buat ianya akan berakhir dgn happy ending.
Tapi sayang ini kisah hidup sebenar aku yang aku sendiri tak dapat nak tentukan pengakhirannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2017 12:43 PM | Show all posts
chinta89 replied at 3-4-2017 10:52 AM
tulah iols tertanya mcmne ek..

sorry korg aku rasa aku terover thinking..
Mungkin aku byk sangat tengok drama sampai terfikir mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 02:29 PM | Show all posts
boleh tunggu Putih mari plak

kreatif gak guna warna sebagai nama, xde la A,B,C, mr F, miss etc

Biru- Let him go sbb ko bkn ada hati pn pada dia

Merah- Let him go sbb ko bkn taste dia, kalau tak, dia takkan export ko pada Biru
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 02:31 PM | Show all posts
limlail replied at 3-4-2017 12:43 PM
sorry korg aku rasa aku terover thinking..
Mungkin aku byk sangat tengok drama sampai terfikir mc ...

overthinking - yes

tak perlu create false belief sebab realiti bkn mcm ko nak. Kena accept jgk wpn it hurts.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057877 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list