CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6117|Reply: 49

Tak Move On Lagi Ke Sebenarnya?

[Copy link]
Post time 9-4-2017 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua. I just nak share satu kisah mengenai kawan I yang I kenal. Kisah dia macam ni.
13 tahun yang lepas kawan I ni ada berkenalan dengan seorang gadis. Waktu tu gadis ni masih belajar. kawan I pula memang dah start kerja since dia hanya habiskan sekolah sehingga tingkatan 4 sahaja. Jadi kawan I ni bekerja dengan Family dia la. Family business.

Dari segi perbelanjaan gadis tu semua tak ada masalah kerana memang kawan I yang support dia sampai la dia habis belajar di Uni. Lepas dia habis belajar, kawan I ajak la si gadis bertunang. Sebab nak cop la konon tak nak bagi orang lain rampas. Tapi macam-macam alasan yang gadis tersebut berikan. Antaranya, nak kerja dulu, belum bersedia, nanti dulu, bagi masa.

Kawan I yang lembut hati disebabkan sayang hanya mengikut sahaja kehendak gadis tersebut. Dalam masa yang sama, kereta, rumah dan kemewahan semua disediakan kepada gadis tersebut. Gaji bulanan gadis tu hanya untuk bayar PTPTN saja. Tiada yang lain.

Sampai satu masa, gadis tu bersetuju untuk berunang dengan kawan i, tapi dalam masa pertunangan tu ada satu hari gadis tu minta putus tunang, sebab bapanya akan jodohkan dia dengan orang lain. gadis tu kata kawan I ni, family dia tak suka. Jadi kawan I dengan berat hati terima la keputusan gadis tu untuk putus tunang sebab bagi dia, kalau tak ada redha keluarga apa yang diusahakan akhirnya hancur. Kiranya adat memulangkan cincin tu tak ada la sebab gadis tu kata tak payah buat. Malu. By the way, sepatutnya mereka nikah lagi 1 bulan.

tak lama lepas kejadian tu, waktu kawan i kat area kl, kawan I ni terserempak dengan ayah gadis tu. Ayah gadis tu tanya la, kenapa putuskan pertunangan dengan anak dia? Kawan I terkejut la sebab gadis tu cakap ayahnya tak sukakan kawan I. Tapi kawan I just cakap, tak ada jodoh, Allah dah tulis sampai sini je jodohnya.

Lepas tu kawan I pun memulakan siasatan. Katoi, gadis tu rupanya dah kawin lari dekat siam dengan suami orang. Macam orang hilang pedoman kawan I masa tu.

After some times, kawan I cakap dia OK. Dia dah move on. Dia dah lupakan gadis tu. Tapi lately, i perasan status2 dia seperti nak kembali ke arah gadis tu balik. Like rindu kenangan lalu, lelaki kalau move on dia patah balik, kenangan dan mimpi indah, waktu untuk kembali..

Jadi I just nak tanya pendapat you all, adakah kawan I belum move on lagi sebenarnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kwn ko... Tu ppuan x gunalah snggup buang org yg bersusah payah dgn dia utk lelaki yg ntah ble la dia knal.  Dh kwen kt siam!  Mmg esok2 aku dpt jngka idop bersama x lme mesti dia akan cari lek kwn ko tu...

Psal kawan ko tu. Blom move on lgi rsnya. Cuma as kawan.  Ko kne byk nasihat.   X salah klau dia rindu sbb lama kot kan hubungan dia ngn ppuan tu.  
Cuma klau boleh ko nsihat n suh dia always positif la buat aktiviti yg dia ley lupakan ppuan tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahah belum dapat meroyan la terkenangkan cinta masa lalu
tapi bila girl tu ceraikan laki org tu entah2 dia pun tak lalu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada kwn mcm ni..ckp la mcm mana pun dia ttp nak dgn ppuan tu jugak. Wpun ppuan tu dah kawen pun dia berharap jugak. Ppuan tu klu nak sesuatu pandai la cari dia wpun dah bsuami..yg dia pulak igt dia msh ada harapan pdhal ppuan tu cuma pergunakan dia je.

Hope ur fren tu x ikut mcm my fren ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
I harap kawan u tk balik kat perempuan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Move on jelah. Buat apa nak sayang orang yang tak sayang kita. Sayang diri sendiri dulu baru boleh sayang orang lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2017 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak move on lg la tu. Aku rasa org lelaki ni mmg lambat kan nk move on?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 06:06 PM | Show all posts
move on ajela, sblm bertunang / berkawen jangan la tabur wang dan kemewahan kat org yg blum tentu milik kita
dan perempuan itu boleh jadi ambill kesempatan ada org sara hidup dia. akal pendek suka2 kawen kat siam,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada something trigger kwn laki ko utk berflashback balik. Anyway ko minat kt kawan ko ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian kawan tt
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 04:29 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-4-2017 05:45 AM

sebaik baiknya - TT, may be he has the feelings for the  ? wife orang? ( TAK TAHU  STATUS ) .
so , kalau boleh moved on sebab , dia berhak mendapat yg terbaik akan jodohnya yg DIREDHAI dan DIIZINKAN ALLAH...

yang sepatutnya closure dia kena dapatkan dari wanita itu ialah : kenapa tidak jujur dan mahu menipu dan tidak setia?

ini kejujuran


if you cant be HONEST and loyal - please do not get into any kinds of relationhsip. sebab at the end of the day , dua benda ni lah yg akan menggamit dan meragut conscience kita.

sebab? Allah itu ada.



so.

semoga dia mendapat wanita  yg terbaik dan ikhlas , setia  dan hanya sayangi atas dasar  lillahi taala  untuk mencapai redha Allah serta Allah izinkan. mohon dia agar dia maafkan apa ap ayg masih terbuku...dan moved on...headed on ...get on with life

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 05:41 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-4-2017 05:44 AM

this is nice...inspiring for your friend ...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 08:20 AM | Show all posts
Zaien replied at 9-4-2017 12:54 PM
Kesian kwn ko... Tu ppuan x gunalah snggup buang org yg bersusah payah dgn dia utk lelaki yg ntah bl ...

agak memang tak berapa lama tu sebab baru2 ni isteri 1st husband dia dapat tahu dan mereka pulak macam dah nak bercerai, i just worried if kawan i tu hati berbung sejak kebelakangn ni adalah sebab nak berbaik balik dengan gadis tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 08:21 AM | Show all posts
onexox97 replied at 9-4-2017 12:58 PM
hahahah belum dapat meroyan la terkenangkan cinta masa lalu
tapi bila girl tu ceraikan laki org tu  ...

kalau kawan i tu tak lalu, i bersyukur sangat, i takut dia semakin berselera.. hahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 08:22 AM | Show all posts
JeepersCreepers replied at 9-4-2017 02:12 PM
Dulu ada kwn mcm ni..ckp la mcm mana pun dia ttp nak dgn ppuan tu jugak. Wpun ppuan tu dah kawen pun ...

i hope so.. kesian la kawan you dipergunakan sampai macam tu sekali..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 08:23 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 9-4-2017 02:26 PM
I harap kawan u tk balik kat perempuan tu..

i punnnnnn... i tak sanggup... kesian keadaan dia.. dari gemok terus kurus... pastu badan melondeh sana sini... kechot.. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2017 08:24 AM | Show all posts
skinsandstars replied at 9-4-2017 02:52 PM
Move on jelah. Buat apa nak sayang orang yang tak sayang kita. Sayang diri sendiri dulu baru boleh s ...

tu la katanya dah.. tapi macam belum sepenuhnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 08:24 AM | Show all posts
kekgebu replied at 9-4-2017 03:23 PM
Tak move on lg la tu. Aku rasa org lelaki ni mmg lambat kan nk move on?

kannn... mulut cakap move on tapi hati siapa tahu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 08:25 AM | Show all posts
ninja boy replied at 9-4-2017 06:06 PM
move on ajela, sblm bertunang / berkawen jangan la tabur wang dan kemewahan kat org yg blum tentu mi ...

sbb dia ni kalau jenis kalau sayang sanggup ape saje.. dengan kekawan pun dia memang x berkira...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 08:25 AM | Show all posts
tiramisuu replied at 9-4-2017 07:47 PM
Ada something trigger kwn laki ko utk berflashback balik. Anyway ko minat kt kawan ko ke

hahahah kalau i minat dia dah lama i ambik dia sebelum gadis tu ambik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.337437 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list