Video: Gara-Gara Sepuntung Rokok…
Published on Apr 13, 2017
TEHRAN – Seorang lelaki di Iran nyaris maut selepas puntung rokok yang dibuang ke dalam lubang pembentungan mengakibatkan letupan besar.
Lapor Dailymail, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.52 pagi pada 29 Mac lalu, mangsa terdahulu dilihat berjalan sambil menghisap rokok sebelum membuang puntung rokoknya ke dalam lubang pembentungan itu.
Beberapa saat kemudian, lubang pembentungan itu secara tiba-tiba meletup dan serpihan batu mengenai muka dan badannya seperti yang dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian itu.
Apabila debu letupan berkurangan, mangsa dilihat merangkak dan cuba keluar dari kawasan letupan itu.
Tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian namun ia berkemungkinan besar berpunca daripada kebocoran paip gas bawah tanah.
Difahamkan, video kejadian itu telah dimuat naik sejak Isnin lalu telah ditonton berjuta-juta netizen di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC
Bahasa lebih mudah, untuk lepaskan tekanan dalam saluran paip najis. Depa panggei vent pipe.
Kalau takde paip ni, air yang dok bertakung dalam mangkuk jamban tu boleh menyembur keluar bila tekanan capai tahap maksimum.