CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16319|Reply: 25

[Tempatan] Innalillah, Bin Zayed batalkan projek bernilai RM40 bilion

[Copy link]
Post time 23-11-2024 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 23-11-2024 12:46 PM

[DIKEMAS KINI] KONGLOMERAT pelaburan global, Bin Zayed International Group of Companies (BZI) mengesahkan menarik diri secara rasmi daripada projek Langkasuka di Langkawi bernilai RM40 bilion.

Pengarah Urusan Bin Zayed International (M) Bhd, Datuk Seri Dr Shamir Kumar Nandy berkata, ia kerana mereka mahu memberi tumpuan kepada peluang yang lebih baik.

"Kami tidak lagi terlibat dengan projek Langkasuka. Sejak 2022, kami memutuskan untuk menarik diri dan memberi tumpuan kepada peluang yang lebih baik, realistik dan potensi lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Malaysia kumpulan itu di Tun Razak Exchange di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi BZI, Sheikh Khaled Zayed Saquer Zayed Al Nahyan; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, Pengarah Urusan Kumpulan BZI Sheikh, Midhat Kidwai dan ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan.

Pada 2021, Widad Business Group Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan BZI untuk membantu membangunkan pembangunan bercampur RM40 bilion yang dikenali sebagai Widad@Langkasuka di Langkawi.

Dalam perkembangan sama, Shamir berkata, BZI juga komited untuk melabur sebanyak US$2 bilion (US$1=RM4.466) di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan strategik kami akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.

"Terdapat banyak potensi dalam sektor tersebut di Asia Tenggara. Ini adalah sektor yang kita lihat dan US$2 bilion hanyalah penanda aras awal. Ia mungkin lebih daripada itu apabila peluang itu muncul,” katanya.

Selain Malaysia, BZI juga mempunyai pejabat di Singapura.

Shamir berkata syarikat itu telah memulakan beberapa projek hartanah termasuk satu di Kulim, Kedah dan dua di Kuala Lumpur.

Selain hartanah, BZI telah mengenal pasti syarikat dalam sektor tenaga baharu untuk menyokong rancangan pengembangannya di Malaysia.

"Kami telah mengenal pasti syarikat tertentu dan sedang berunding dengan mereka untuk melihat keperluan mereka dalam menjadikan mereka pemain global secepat mungkin," kata Shamir.

Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 09:48 AM | Show all posts
Projek Langkasuka ni umpama Forest City di Johor tu la. Bina pulau buatan dan padang golf dan villa.Target utk golongan kaya dan tidak memberi banyak manfaat pun kepada rakyat tempatan. Kalau setakat mengharapkan peluang kerja jadi pak guard dan tukang kebun boleh la. Tapi adakah kerja ini setaraf dengan lulusan universiti? Kesudahannya kerja ini diisi oleh pekerja asing.

Aku anggap semua pelaburan hartanah mewah di Malaysia ni adalah scam.

Apa yg Malaysia perlukan adalah pelaburan strategik yang boleh offer kerja kepada graduan tempatan. Contohnya dalam sektor teknologi dan semikonduktor. Guna kepakaran rakyat tempatan yang ada degree semua tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2024 08:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 09:13 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 23-11-2024 09:16 AM

Aneh betul ... Ketika banyak perusahaan MNC global datang ke Malaysa untuk melabur secara besar-besaran ... BZI malah memutuskan nak menarik diri dari Malaysia ..

BZI  pasti akan menyesal suatu hari nanti ketika tahu Malaysia akan segera menjadi Superpower satu-satunya (single superpower)  di dunia  yang akan menguasai hajad hidup umat manusia di seluruh alam semesta ini ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayoyoyoyo, apa kata nusi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
40 billi0n? Dia nk buat apa? Harga pulau Langkawi tu ntah2 x smpai 40 billion
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Langkawi ada apa.. jual ikan siakap pun tak laku
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Di Malaysia ni ramai lagi orang bodoh. Cari tempat lain lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 23-11-2024 09:13 AM
Aneh betul ... Ketika banyak perusahaan MNC global datang ke Malaysa untuk melabur secara besar-besa ...

Ko tak sekolah ke dek? Ke sekolah setakat SD Jah?

Baca.baca.baca:

Dalam perkembangan sama, Shamir berkata, BZI juga komited untuk melabur sebanyak US$2 bilion (US$1=RM4.466) di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Yg dicancel kat Langkawi Jah. Langkawi pun mmg dah tak hype buat apa lagi nk leburkan duit kat situ.

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 23-11-2024 09:13 AM
Aneh betul ... Ketika banyak perusahaan MNC global datang ke Malaysa untuk melabur secara besar-besa ...

Tgk la sektor apa dia nk masuk..hartanah n tourism kut
Sapa jah hadap nk dtg langkawi tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
MB kuat menjoyah… kes saman bertimbun gitu sapa nak invest wei.

Lantak kooo!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 22-11-2024 06:54 PM

Sebab kedah kena kata bodoh.. Sedang kan ada investor besar lain tidak invest di malaysia untuk expansion engage dengan kwap.. PH boleh diam sama saja bodoh lobby tidak padu.. Hahahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-11-2024 09:48 AM
Projek Langkasuka ni umpama Forest City di Johor tu la. Bina pulau buatan dan padang golf dan villa. ...

thanks for the info, baru nak gugel kejadah langakasuka ni.

sedangkan forest city boleh sampai guna daratan tu pun sendu yakmatss dah serupa tempat berantu, lagi nak buat projek ala2 mewah kat island laguni.
foreigner jeling pun taknak, local mampu tgk je la.
sape la depa target market depa ni agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 23-11-2024 11:07 AM
thanks for the info, baru nak gugel kejadah langakasuka ni.

sedangkan forest city boleh sampai gu ...

liPAS… puak GISB
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 23-11-2024 11:07 AM
thanks for the info, baru nak gugel kejadah langakasuka ni.

sedangkan forest city boleh sampai gu ...

Targetnya orang Thailand kot...tak pun orang Ache
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-11-2024 11:55 AM
Targetnya orang Thailand kot...tak pun orang Ache

ujung2 rohingya pakat2 buat setinggan keliling
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb byk rohingyak ka??
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-11-2024 10:20 AM
Tgk la sektor apa dia nk masuk..hartanah n tourism kut
Sapa jah hadap nk dtg langkawi tu

Robingyak byk sgt. Aku oun blacklist langkawi wpun ada 2 hotel feveret aku kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 22-11-2024 08:26 PM
Sbb byk rohingyak ka??

Langkawi sudah banyak development and plan.... Bukan sebab rohinya tetapi akan hilang charm unesco status... Dahulu najib mahu expand sehingga toba island.. Selepas itu tokdet pun tidak berani kacau langkawi dengan crony project ketika jadi MP
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.101028 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list