Dendam bapa saudara
Khamis, 11 Mei 2017 @ 11:45 AM
KANAK-KANAK perempuan putus jari kelingking dan cedera jari hantu kanannya selepas ditetak bapa saudaranya di rumah kedai di Batu 10, Jalan Penrissen, Kuching, semalam.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia lapan tahun hanya bersama abangnya di rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 31 tahun meluru masuk sebelum menetak jari mangsa menggunakan pisau.
Menurutnya, suspek kemudian melarikan diri dan kejadian hanya disedari abang mangsa selepas kanak-kanak itu meraung kesakitan.
"Siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan dendam kerana suspek tidak berpuas hati kerana bapa mangsa ada membuat laporan polis mengenai kegiatan suspek yang melakukan pecah rumah sehingga ditahan.
"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ringkai Endawie sedang giat dijalankan," katanya.
Post time 11-5-2017 04:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Babinye bapak sedara...byk sgt mkn babi utan ni..tu yg baran kepanasan supe sakai dah tak kenal bdk kecik ngan org tua...bdk tu bkn tau apa pun...jilake: