CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6549|Reply: 47

BF dan Kisah Silam

[Copy link]
Post time 21-6-2017 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Aku straight to the point je lah. Aku ni dah lama jugak tak bercinta, last aku bercinta pun dengan seorang jejaka alim. lebih drpd 4 tahun lepas. Sebab apa aku cakap alim, sebab kalau tiap kali jumpa (tapi takde kerap pun), konfem dia kasi ceramah. Menjaga batas, ingatkan suruh solat (wajib dgn sunat), etc. Tapi tiap kali pun dia yang request nak jumpa. Dalam baiknya tu, ditinggalkan aku. Dia pilih yang berniqab sebab katanya lebih sopan. Anyway aku bukan free hair pun, tudung aku elok je tutup dada, baju labuh menutup apa yang perlu ditutup. Tapi takpelah. Kalau hati dah tak suka, macam-macam alasan.

Masa tu memang agak down la aku. Aku muhasabah diri, mungkin ada flaws aku yang ketara yang dia tak suka tapi nak tegur tak sampai hati. Contoh macam solat, aku keje kat site. So kadang-kadang tak sempat nak solat tepat lepas azan. Selalu zohor pun pukul 3 lebih, asar dekat pukul 5 lebih. Itu pun sebab dah nak abis keje, so singgah surau ofis jap solat. Entahlah, mungkin ade lain lagi yg aku taktau.

Panjang lak mukadimah, tadi kata nak straight to the point. hahah

So last year, awal tahun 2016 lah. Aku dapat satu confession daripada seorang jejaka ni. AKu bagi nama M je. Tapi jarang jumpa. Sebab dia office based. So kadang bila aku masuk ofis, boleh la borak lama2 dengan dia since kitorang satu department. So bila dia confess aku ingat dia memain je, aku siap gelak lagi. Sian member muka merah padam. Aku tau dia ada gf tapi aku taktau status dia dgn gf dia. And I tell you what, gf dia sume cun. Sebab dia penah tunjuk kat insta, tapi kejap je. Dalam 3 bulan lebih cmtu gamba gf dia sume takde.

Aku perasan jugak M ni selalu ws aku, kadang call nak tanya khabar. Pada pukul 4 pagi? Kadang aku jawab, tapi selalu tak jawab.

And it goes like this until last year november.

Masa tu aku kena pegi site kat kelantan, tapi aku sorang. Bos aku suruh M ni teman sekali, memandangkan dia pun orang sana. So berdua lah aku pegi sana dengan dia. Masa tu memang sangat awkward, taktau aku sembang apa. Penyudahnya aku senyap je. Dia yang tanya macam2, cerita macam2.

Paling takleh blah, dia singgah rumah famili. And masa tu aku ada sekali. Malu aku. Famili dia ingat dia bawak bakal menantu. Aku dah denied tapi dia beriya sengih cakap, "tahun depan mak tau."

Pastu balik hari. Hahah nak patah tulang belakang aku balik hari daripada kelantan. Sebab tak bawak baju and masa tu duit minyak overbudget pasal kete aku jenis mentekedarah minyak. Tapi sebenarnya aku nak balik cepat2 sebab aku taknak duduk situ lama2.

Masa dalam perjalanan balik tu aku tanya kenapa cakap cmtu kat famili, nanti diorang ingat kita betul2 nak nikah lak. Pastu dia diam. Lama sangat sampai aku terlelap. Bila aku jaga je, aku request nak benti rnr sebab aku nak cuci muka, gosok gigi and solat. Setel je kitorg lepak minum. Then dia bukak cerita.

Aku ada keje jap, aku sambung jap lagi. Harini tak keluar site, so boleh bersuka ria dalam ofis.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 11:45 AM | Show all posts
sambung nanti ya best jalan cerita dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 12:10 PM | Show all posts
Edited by maidila at 21-6-2017 04:06 PM



---cancel---

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 01:42 PM | Show all posts
banyaknya sambungan...

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 01:55 PM | Show all posts
aduhai. cepatla sambung. da mcm drama da.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 03:28 PM | Show all posts
mana episod seterus nyaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2017 03:48 PM | Show all posts
dh mcm board MPS  ha
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 03:53 PM | Show all posts
sekadar bkongsi cerita lah ni kan.. best jugak, next epi plzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2017 03:58 PM | Show all posts
hahah sorry semua. Ingat nak tulis pendek je tp panjang lak jadi. mcm novel lak. okay so no more dah.

aku actually nk mintak pandangan korang je. so camni la, lepas melalui liku2 yang macam2 bentuk, kitorg decide nak kahwin. mak dia dah setkan dia kene kumpul 30k baru bole kawin, aku lak xde hal sgt. kumpul gak duit tp x sebanyak dia.

dah plan baik, awal2 bulan ni berlaku satu kejadian. tak penting pun tp entah la aku emo nk period ke ape time tu. nk jadi cerita aku tertengok gamba M ni kt discover section kat instagram. Yang upload tu ex gf dia. Pastu caption macam provok. Dia letak hashtag,  #sweetheart

bagi sesetngah orang, bende ni bende kecik. tapi tipulah kalau x tersentap SIKIT dalam hati tu kan. Kecik hati aku time tu. memandangkan aku malas nk pendam , aku pun tny terus kat M tu pasal gamba tu kan. Mana tau kot dia still contact ke dgn gf dia.

And lepas tu ex gf dia kene sound kat dm. aduhh dah bergaduh. rupanya perempuan tu letak gamba M ni kat IG dia sebab nak tarik perhatian. pendek kata, nak get back. Sebab M ni x block dia pun.

Tu satu hal.

Lagi satu hal, ex gf dia kat kampung tu bole lak jumpa mak si M ni, dgn tak segannnya mintak nk nikah dgn M. Anyway dorang terlanjur dulu, then M ni nk bertanggungjawab tp direject dan dihalau mentah2 oleh perempuan itu.

Lepas ni taktau la ape lagi. Semalam kitorg kuar makan jap. Aku mintak dia setelkan urusan lama2 dia sebelum kitorg nikah, mintak maaf ke..kot ade hutang duit ke ape. sila setelkan. maklumlah zaman skang ni manusia macam2, santau2..sihir2 dah kembali berleluasa. takut aku.

Tapi bole jadi kalau M ni kesian pastu dia getback balik dgn ex dia. entah lah. tiap kali aku teringat bende-bende cmni mesti aku sedih. Kalau dia text pun aku baca sekali lalu, pastu reply lewat-lewat. byk kali gak aku buat cmtu..tiap kali tu mst dia curious pastu tny "..awak okay? macam ade yang tak kena je.."

__

Bila aku fikir balik. aku jadi sedih gile. macam2 bende jadi. seriously aku takde la kuat mana. kadang aku tertanya, betul ke keputusan aku  utk kahwin dgn dia ni. adekah aku yang overthinking? atau terlalu insecure?

Soalan aku pendek je. (korang sorry la aku melalut pjg2 tp tq sbb baca. hihih) Kalau korg kat tmpt aku, ape yg korg akan buat?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 04:14 PM | Show all posts

haha maaf.. tengah dalam mood nak bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Levespa at 21-6-2017 08:16 AM

kalau I.. I tak nak kawin lagi.. kawan dulu supaya kenal dia lebih sikit lagi.. dan I akan luah semua yg I rasa, tanya dan bincang semua yg tak puas hati or ragu2.. takde simpan2.. tanya tu style heart to heart bukan macam nak menuduh/gaduh atau membebel la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 04:16 PM | Show all posts
sara_thrash replied at 21-6-2017 03:53 PM
sekadar bkongsi cerita lah ni kan.. best jugak, next epi plzz

iye sara. hihih kalau fikir2 balik mcm novel lak.

novel tak laku!! hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 04:19 PM | Show all posts
Levespa replied at 21-6-2017 04:15 PM
kalau I.. I tak nak kawin lagi.. kawan dulu supaya kenal dia lebih sikit lagi.. dan I akan luah semu ...

tq for the response levespa.

memang aku tanya pun elok2, tp tu la..sbb ni kisah silam dia yang bagi dia sangat memalukan. so dia cerita tp aku nmpak kt muka dia mcm x selesa la. aku kalau org dah mcm x selesa xde la aku tny byk2. cuma kadang2 je aku tny. masa dia ckp aku pun x respons beriya, aku dengar je apa yg dia nk ckp.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 04:20 PM | Show all posts

hahah tp tak seram pun elec..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 04:30 PM | Show all posts
esok ak komen ye tt. nk blk opis dh
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 04:35 PM | Show all posts
Edited by Levespa at 21-6-2017 08:45 AM
maidila replied at 21-6-2017 08:19 AM
tq for the response levespa.

memang aku tanya pun elok2, tp tu la..sbb ni kisah silam dia yang ...



tt mcm bimbang dia tu masih ada hubungan dengan ex gf dia ke? tu maksud I, tt tanya dia pasal tu.. yg kisah silam takpe lah.. asal dia berubah..

boleh I tanya apa sebenarnya pasal dia yg paling buat tt rasa down sampai lambat2 balas mesej dia?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2017 04:58 PM | Show all posts
Levespa replied at 21-6-2017 04:35 PM
tt mcm bimbang dia tu masih ada hubungan dengan ex gf dia ke? tu maksud I, tt tanya dia pasal  ...

hmm. sebelum tu actually ex gf dia ni penah dm. mula2 elok je tny khabar.. aku tau dia ni ex tp sbb kemanusiaan aku layan macam bese je. sampai dia ckp 'kalau i nak getback dgn M balik I hope you takde la. lagipun M dah penah rasa I." Terbakar jugak tapi aku sebolehnya xnk mencarut. aku just reply sume tu up to M nk camne. Andai kata kuat jodoh aku dgn dia, then ex dia kene berundur la.

tapi mcm2 lak dia ungkit. kisah lama2 la. aku yang dari tak peduli dengan kisah silam M terus jadi membara kalau fikir balik. To be honest at one time penah aku rasa was2 sgt dgn M ni.

cuma satu je lah yang buat aku kuat nak pilih M ni, sebab walaupun dia penah bergaduh dgn famili dia. tapi kebajikan famili ttp dia utamakan. sekali dengan nenek dia. aku penah borak kejap dgn famili dia masa aku dtg dulu tapi sekejap tu cukup buat aku kuat nak teruskan dgn dia. tapi bila jadi cmni, aku kdg2 tawar hati..kdg2 sayang sgt dgn dia..kdg2 marah. cmtu lah.

dan ye, aku mengaku aku memang risau dia ada hubungan dgn ex dia balik. sebab bila dia on balik dgn ex, means perangai2 lama dia akan kembali balik. aku tak ckp aku ni mcm pencetus paradigma ke ape, tapi one part aku risau dia get back dgn gf dia, and on part aku risau perangai lama dia kembali.

so bila jadi cmni, bila naik notification text ws dia kt phone aku, aku jadi termenung kejap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 05:59 PM | Show all posts
maidila replied at 21-6-2017 08:58 AM
hmm. sebelum tu actually ex gf dia ni penah dm. mula2 elok je tny khabar.. aku tau dia ni ex tp sb ...


apa motif ex dia dm and cakap mcm tu? nampak sangat sengaja nak sakitkan hati you tt.. jangan layan dah.. if you really want to work things out with your bf, you should focus on you and him.. org lain yg tak penting tu letak tepi..

anyway, a successful relationship should be based on a strong foundation.. and one of the most important part of it is Trust.. you should discuss this thoroughly with your bf.. dan istikharahlah.. semoga tt berjumpa jawapan yg pasti ya.. all the best to you tt

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:31 PM | Show all posts
halngan dlm bercinta..

was2 dlm hati..

jadi sangat serba salah..xpercya,tp hati dah sayang..

birahnya exgf dia, dah merasa tubuh dia..

jantan ada bini beranak pinak pun masih mencurang,inikan baru gf..

exgf ni barah dlm hubungan tt dengan bf,takut dia bertindak di luar jangka
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahagia no. Bila dah start rasa was2
Klau betul tt syg kt bf
Kena put trust on him. Amikla blk hati dia. Pgg betul2 .tak bole mrh n mrjuk.
Klau dia bosan dgn tt nnti, dia mmg akn blk xgf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.651242 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list