CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2623|Reply: 6

Marriage,GAME OVER!

[Copy link]
Post time 9-7-2017 01:12 AM | Show all posts |Read mode

COPY PASTE DARI BLOG DETIKDETIKHATI.COM

Petang tadi sis borak dengan sorang member baik sis..dia dengar masalah sis,sis pon suka dengar masalah dia ..Al maklumlah buddy (sehidup semati katanya).Kawan sis ni dia dah nak kahwin (sedih,sis tak laku-laku).Bila sis dengar pasal dia,tetiba tergerak hati nak share dengan korang.Yelah ,ramai orang tahu,tapi tak ramai orang yang nak ambil tahu mengenai isu perkahwinan ni.

gambar sebagai hiasan sumber:https://goo.gl/oNsEZh

Sis nak cakap kat sini,nikah,bab kahwin ni bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.Hari ni kau lafaz nikah petang nanti kau lafaz talak tak pon isteri minta fasakh! Tak wey tak!Bergegar arasy Allah beb .Jangan dibuat main!~~~

Bukan bermakna kau kahwin lambat,kau dah cukup matang untuk arrange rumahtangga kau.Kadang-kadang,sis tengok dan sis sendiri persoalkan “kenapa kes penceraian makin lama makin melampau-lampau kat luar sana?Sedangkan kebanyakan mereka yang bercerai bukanlah yang baru berkahwin dan baru kenal pasangan?”Mak cik pak cik beb!Ada yang paling otai pon kat mahkamah tu,sis tengok dah sebaya atok nenek sis dah.Allahu..~~

“ramai orang tahu,tapi tak ramai  yang  ambil tahu”

Jadi pesanan daripada penaja,sebelum kau nak kahwin,kau fikir masak-masak.Kahwin ni bukan perkara mudah.Kalau boleh,mental fizikal kau kena ar mantap, pastikan ready betul-betul baru fikir another step.Ni tak,tak fikir panjang dah terus amik keputusan macam orang tak menyempat .Bak kata orang ,”galok sangat mu ni!”

“Hah,pastu cerai-berai.Ish ish ish..” Kalau kau tak pandai manage hidup berumahtangga,dua-dua nak ego takde yang mengalah,memang silap hari bulan mahu setiap hari kau nampak pinggan terbang kat rumah.Ingatkan UFO yang melintas! rupanya pinggan hantaran kahwin jadi mangsa balingan syahdu!Adoyaiii…

Biasalah,adat dalam  berumahtangga ,’ada manis,masam, ada kelat,payau dan ada juga pahit!’.Kalau tak,tak seronoklah hidup suami isteri.Baik kau kahwin je dengan robot, takde perasaan.yedok?Sis tahu,korang mampu,jadi buktikan yang korang bukanlah orang-orang yang sis dok membebel kat atas tu.Ingat taw!

Pesanan sis juga,buat gadis yang masih belum mendirikan rumahtangga,tolonglah jangan ganggu rumahtangga orang lain.Jauhkan diri anda dari wabak ini supaya tidak tersebar pada yang lain…Bersabarlah, kebahagiaan akan ada untuk korang.Jangan ganggu hak orang.Kau tak tahu macam mana mereka yang dah berkahwin ni try so hard untuk jaga rumahtangga mereka supaya tak retak dan diganggu oleh orang ketiga.Hurm,tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan?redha je lah~~Kuasa ALLAH,DIA penentu segalanya.

p/s:Semoga perkongsian dan nasihat  ini memberi manfaat kepada semua.Peace Ya’ll!

Sumber : http://detikhati.com/marriagegame-over/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2017 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Xbole salahkan perempuan sahaja...org lelaki pon kena matang n faham tanggungjawab n agama...husband n wife kena faham tanggungjawab n peranan...so baru bole success marriage tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 08:31 AM | Show all posts
Tak persefahaman

game over

find another
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul..kawen tak bole buat main..time ko nak ko dtg..time ko bosan ko humban jauh2..lgi 1 aku tak puas hati yg kawen 2 ni..yg bini muda ni..bawak2 la hormat kat bini tua..mmg la kawen ko tu sah dari segala segi tapi ko bahagia dgn kesdihan orang lain..tak salah pon ko trun kan ego sbb amek laki org kan. hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena sama2 memberi dan merasa...  Kdg2 pompuan tension sbb kepenatan di tmpt kerja dan di rumah...  Sbb tu yg penting dlm rumahtangga ni kena ada kerjasama
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 10:14 AM | Show all posts
aku sendiri saksi perkahwinan mak bapak aku yg semakin hambar
tiada keserasian
mungkin jugak dah hilang hormat
dah pernah ada kes angkat tangan
kesimpulannya kalau dah tak serasi buat apa nak bersama lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2017 02:42 AM | Show all posts
Mula2 alam perkahwinan memang mencabar. Kena banyak bersabar dan tak boleh ikut ego. Makan tahun juga nak kenali betul2 pasangan kita. Masa bercinta semua nampak cantik. Bila dah duduk sebumbung baru tahu realiti macam mana. Apapun kena toleransi antara satu sama lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.356377 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list