Edited by Rayna90 at 20-7-2017 10:12 AM
2 February 2017 Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang Yang Diterima Melalui Pelaporan Kesan Sampingan Ubat Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di bawah dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual. Pihak NPRA ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut. Sesiapa yang mempunyai stok produk- produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan. Sila ke link ini untuk maklumat lanjut : http://npra.moh.gov.my/…/…/adulterated-products-unregisteredt
Kenapa caffeine dikira sebagai bahan terlarang? Sebenarnya, caffeine sebagai bahan larangan yang disebutkan ni ialah melibatkan produk tradisional.Jika rujuk Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984 (Regulations 7A), caffeine ni antara yang tersenarai sebagai bahan terlarang dalam ubat tradisional. Manakala dalam produk farmaseutikal (ubat) pula, caffeine hanya dibenarkan dalam produk apabila dikombinasi bersama paracetamol/acetaminophen atau ergotamine dalam dos yang dibenarkan sahaja.
Kenapa caffeine dikira sebagai bahan terlarang? Kenapa caffeine terdapat juga dalam produk kuruskan badan? Dan atlet jugak mengambil caffeine untuk tingkatkan performance? Kesan sampingan caffeine? Caffeine yang bertindak sebagai perangsang (stimulant) akan merangsang sistem saraf tunjang (central nervous system). Secara umumnya, caffeine dikaitkan dengan penurunan berat badan kerana caffeine dipercayai dapat meningkatkan metabolisma badan, seterusnya dapat membantu dalam pembakaran kalori yang lebih rancak daripada kadar normal. Caffeine yang bertindak sebagai perangsang (stimulant) akan merangsang sistem saraf tunjang supaya jantung berfungsi lebih laju, seterusnya meningkatkan kadar metabolisma. Bagi para atlet, caffeine mampu berfungsi untuk meningkatkan ‘mood’ dan tahap kesedaran (alertness). Pengambilan caffeine akan menyebabkan kadar denyutan jantung laju, diuresis (peningkatan urinari) yang akan membawa pada dehidrasi, gelisah, gemuruh, loya dan masalah tidur.
Kesimpulannya, caffeine tidak dibenarkan dalam produk tradisional kerana dikhuatiri akan menyebabkan kesan yang buruk pada pengguna kerana dos yang tidak terkawal. Produk minuman dan makanan berbeza daripada produk ubat. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM manakala produk ubat pula wajib berdaftar dengan KKM melalui NPRA. Contoh kalau macam kopi, teh atau bahan minuman lain yang mengandungi caffeine. Kadar caffeine sudah ditetapkan mengikut piawaian.
**************************************************************************************************************************************************** just to share my mum personal experience. jaga jaga dengan jamu/makjun yang anda makan. Nowadays kebanyakann jamu/makjun yg dijual tu ada steroid. thats why bila kita makan je jamu/makjun tu rasa baik and from there we totally depends on it. This happen to my mum also. Dia sakit lutut and susah nak jalan since early this year. Looking at her condition, kawan kawan mum/ myself suggest makan jamu/makjun yg diorang makan. They said the makjun/jamu works to them and hopefully will do same to her. True enough, lepas after makan jamu/makjun tersebut (habis sebotol dua), she feel better and boleh jalan balik, not like masa sihat dulu tapi boleh la nak jalan slow slow pergi mana mana. then, bila dah rasa sihat tu, dia stop lah makan jamu/makjun tu. Stop makan 2 bulan, sakit tu jadi makin teruk, teruk dari sebelum mum makan jamu/makjun tu. sampai tak boleh bangun dr katil. kami bawa jumpa family doctor yg mmg kami dah biasa dari kecik. doctor tanya mum ada makan ubat kampung tak? mum cakap ada makan jamu/makjun XXXXX tapi dah stop makan 2 bulan and makin teruk kondisi lutut dia. doctor jawab, i tengok ur face mcm bulan (muka sembap), this mcm effect steroid. ubat kampung yang you makan definitely ada steroid and now you suffer from it sebab you stop. Akan ambil masa yang lama untuk steroid keluar dari badan you. Ya Allah, time tu i memang terkejut sangat dengar and mula google cari jawapan kebenaran betul ke makjun/jamu tu ada steroid. MEMANG betul ada, total 5 pages ubat kampung yg ada bahan terlarang setakat yang i baca tu ... yg kononnya berasaskan herba... pui.. tu semua tipu..sejak dari tu, i subscribe fb kemeterian kesihatan malaysia and tak lagi makan jamu/makjun or ubatan yg diclaim berasaskan herba. kita maybe telepas pandang... nampak je UBATAN HERBA terus percaya benda tu alami/natural.. padahal dose steroid dia maigadddd.. hopefully kesan steroid tu hilang cepat from my mum. so, supaya orang lain tak terjadi benda sama, i share the list yang setakat ni terbukti ada steroid okay.
|