CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1495|Reply: 1

[Idea] Tazkirah vs Takde Zakar Kah? - Aku "ahli syurga" dan engkau "ahli

[Copy link]
Post time 21-7-2017 03:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abah_Kau_Mulhid at 20-7-2017 07:19 PM

Aminuddin Kadir added 3 new photos — feeling relaxed.
20 July 2017
Tazkirah vs Takde Zakar Kah?
By Dean Kadeer

Dalam hidup Melayu ada satu aktiviti namanya tazkirah (peringatan). Ianya hampir sama dgn ceramah.Takzkirah biasanya pendek sedikit tempohnya drp ceramah,tetapi motifnya adalah sama-bercakap semata-mata.

Ada hadis yg mengatakan,sesiapa yg duduk di dlm "majlis ilmu"(tazkirah/ceramah-spt yg difahami oleh Melayu),malaikat akan duduk bersama-sama mereka dan menurunkan segala baroqah. Sebab itulah Melayu melihat ceramah atau tazkirah agama adalah medan utk "mendapat pahala" atau "beribadat". Kononnya ini adalah majlis ilmu.Persoalannya,adakah "ilmu" yg mereka timba itu mampu mengubah masyarakat?



Biasanya, dlm hidup Melayu, tazkirah agama disampaikan didalam masjid selepas solat.Dlm seminggu kadang-kadang ada empat atau lima kali ceramah atau tazkirah agama dari ostad-ostad yg berlainan. Ada jugak kes dimana ostad-ostad yg diimport dari luar kawasan utk memberikan tazkirah.

Apakah hasilnya dari aktiviti-aktiviti tazkirah sebegini? Jawapannya ZERO, SIFAR. Semua aktiviti sebegini walaupun sudah berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun, masyarakat Melayu tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan dan kemajuan. Sebab apa? Sebab isi ceramahnya asyik berpusing-pusing di takuk yg sama; dosa, pahala, syurga, neraka, tauhid, fiqah, haram, halal, wajib, sunat. Semuanya berpusing-pusing pada satu paksi yg tidak mempunyai output yg positif. Semuanya ulangan cakap-cakap yg sama,yg tidak berdiri diatas platform realiti yg mampu membuat sebarang perubahan kpd masyarakat.

Apa nak jadi dengan orang Melayu? Tazkirah agama tidak pernah menghasilkan apa-apa ouput positif di dlm masyarakat, tetapi masih diulang-ulang dan diberi nasi tambah utk kelihatan indah dan bermakna. Apa buktinya tazkirah atau ceramah agama spt ini suatu pembaziran? Keadaan sosial masyarakat Melayu semakin bercelaru. Cara berfikir masyarakat Melayu makin terkebelakang. Mereka makin liar, extreme, prejudis dan racist. Mereka obses mendengar hukum itu dan ini, akhirnya mereka sebati menjadi kaum yg suka menghukum. Hasilnya mereka cuma mampu mencipta kultus aku "ahli syurga" dan engkau "ahli neraka".

Bukan salah utk mendengar ceramah atau tazkirah agama. Sekali seminggu pada hari Jumaat cukuplah. Tapi ini tidak. Kalau di sesetengah surau, ada jadual yg penuh setiap malam dengan ceramah.

Agaknya orang Melayu fikir cakap-cakap agama sahaja boleh mengubah status hidup seseorang dan kemudian memberi kedamaian kpd masyarakat. Kedamaian bagaimanakah yg boleh dicapai jika kandungan ceramah asyik berputar tentang alam akhirat, alam mistik, alam Arab dan permusuhan kpd Yahudi dan Kristian? Entah ayat Quran yang mana yg mereka rujuk untuk menghabiskan hidup ini dengan mendengar ceramah agama tanpa ada sesuatu tindakan yg realistik yg menjurus kpd soal-soal kemanusiaan.

Apa yg peliknya, Melayu mengaku mereka umat yg "telah mendapat hidayah"(sementara orang lain tidak), tapi mereka masih merasa "insecure" dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam mendengar peringatan (tazkirah) agama. Seolah-olahnya tuhan asyik mahu menghukum mereka jika sehari "tidak dilihat Islam" dan kurang mendengar "peringatan" (tazkirah).

Mungkin orang Melayu fikir kerja-kerja Nabi sama seperti apa yg ostad-ostad skrg lakukan. Berceramah 24 jam. Itulah yg mereka fikir. Mereka fikir kerja-kerja nabi hanyalah duduk di masjid, solat dan bersembang tentang agama. Mereka lupa Nabi dtg melawan kezaliman, bukan menganjurkan ceramah dan makan-makan. Adakah "tazkirah" ini suatu bentuk melawan "kezaliman" atau "ketidakadilan"?

Bayangkan, apakah kebaikannya kalau berjam-jam masa yg digunakan utk mendengar "tazkirah" agama itu digunakan utk berkumpul dan menyelesaikan masalah penduduk setempat. Ada beribu-ribu masalah yg boleh dilihat jika ada kemahuan. Ada pelbagai program boleh dirancang utk kebaikan penduduk.

Bayangkan, jika masa utk mendengar "tazkirah" itu digunakan untuk menziarahi ibu tunggal yg mempunyai anak-anak yg memerlukan perhatian tentang kebajikan pendidikan dan persekolahan mereka. Mereka boleh berbincang cara menambah pendapatan atau menyalurkan duit masjid/surau secara tetap utk belanja anak-anak ke sekolah. Bukankah ini tuntutan agama? Janganlah harapkan bantuan zakat atau Baitulmal saja, kerana tuhan tidak duduk di dalam tabung zakat. Dan harus diingat, ramai orang miskin yg malu untuk meminta-minta. Ana tahu kerana ana mmg tahu. Tetapi apa yg berlaku, tabung masjid digunakan untuk membayar ceramah ostad dan majlis makan-makan para pengunjung (kariah) masjid. Adakah para pengunjung (kariah) masjid ini golongan yg memerlukan bantuan? Adakah golongan sebegini termasuk dlm golongan "tertindas"?

Bayangkan, jika masa utk mendengar "tazkirah" itu digunakan untuk menziarahi orang-orang cacat tidak kiralah Melayu, Cina atau India. Tekuni masalah mereka, keperluan mereka dan bagaimanakah caranya utk memperbaiki taraf hidup mereka. Bukankah ini salah satu elemen melawan "ketidakadilan" yg dianjurkan Nabi? Bukankah ini suatu tuntutan agama?

Bayangkan, jika masa utk mendengar "tazkirah" itu digunakan untuk menziarahi hospital-hospital dan bertanya khabar kpd pesakit-pesakit yg kadang-kadang memerlukan segala macam bantuan. Selain bantuan kewangan, pelbagai bantuan boleh disalurkan. Ada sesetengah pesakit yg tidak punya keluarga yg memerlukan perhatian dan kawan utk bercakap. Bukankah mengambil berat perihal golongan spt ini juga tuntutan agama? Kita melenting jika mereka didekati oleh mubaligh Kristian, tapi Melayu yg sudah baligh buat apa? Di hospital, ada beribu-ribu masalah yg boleh dibantu. Ana tahu kerana ana pernah tinggal di hospital selama 3 bulan. Ada warga emas yg "helpless"(keseorangan) yg memerlukan bantuan seseorang. Ada keluarga miskin yg perlukan pengangkutan utk kesana kemari. Dan ada bermacam-macam lagi ruang utk membawa mesej tuhan kpd manusia. Samada kita mahu melihatnya atau sengaja memejamkan mata.



Bayangkan,jika masa utk mendengar "tazkirah" itu digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah remaja merempit yg mengganggu penduduk, masalah dadah, masalah sampah, masalah tidak ada tempat rekreasi utk remaja, masalah remaja kurang kemahiran dan pelbagai masalah lagi yg wujud disekeliling kita. Ini semua tentang idea dan kepekaan kpd keperluan masyarakat. Masalahnya, sikap melihat kekurangan elemen-elemen positif disekeliling kita tidak pernah menjadi amalan Melayu. Mereka cuma gusar jika kurangnya pahala beribadat kpd tuhan dan takut tidak layak ke syurga.

Masalah dgn Melayu, mereka fikir "mendekatkan diri" dengan tuhan ialah mendekatkan diri kearah masjid dan tekun mendengar "peringatan"(tazkirah). Mereka fikir tindakan sebegitu akan menyebabkan tuhan turun kebumi dan menyelesaikan segala masalah manusia. Walhal tuhan mahu manusia mendekatkan diri kpd hamba-hamba tuhan. Nilai-nilai ketuhanan (kasih sayang, belas ehsan dll) bukan wujud diatas kertas dan suara-suara ostad, ia wujud apabila manusia mempraktikkan nilai-nilai tuhan secara langsung terus kepada manusia. Mendekati tuhan hanya boleh wujud melalui sentuhan hati di antara hamba-hamba tuhan.

Melayu fikir retorik agama yg dilaungkan dlm setiap tazkirah mampu memberi kesejahteraan kpd manusia. Mereka lupa, manusia pada hari ini bukan hidup dengan ayat-ayat dari tuhan semata-mata. Nilai-nilai ketuhanan tidak wujud dlm air liur dan jerit pekik ostad dan olamak. Nilai-nilai tuhan hanya akan kelihatan melalui sentuhan nilai-nilai kemanusiaan, bukan tazkirah mingguan.

Organ pertama yg tumbuh semasa manusia tercipta ialah hati. Begitu pentingnya organ yg bernama hati ini. Hanya manusia yg tenang hatinya mampu mewujudkan masyarakat yg saling bantu membantu, sopan,hormat menghormati, berakhlak dan maju kehadapan. Tapi ini tidak berlaku kpd Melayu. Walaupun hidup mereka dipenuhi dgn "PERINGATAN TUHAN", mereka masih liar, extreme, prejudice dan racist. Kenapa peringatan yg ditimpakan kpd mereka selama bertahun-tahun tidak pernah menghasilkan kebaikan? Ini membuktikan retorik-retorik agama yg mereka anuti tidak mampu menyentuh hati-hati manusia dan menghasilkan suatu perubahan yg lebih baik. Datangkanlah ayat-ayat tuhan setinggi KLCC sekalipun, jika hati manusia tidak tersentuh dgn nilai-nilai ketuhanan, maka yg bermaharajalela sudah pasti nilai-nilai kesyaitanan.



Orang-orang miskin dan gelandangan yg bersepah di lorong-lorong gelap di Kuala Lumpur tidak pernah melihat tuhan datang kpd mereka menghulurkan bantuan. Yg datang kpd mereka ialah manusia-manusia kerdil yg membawa tuhan dalam hati-hati kudus mereka. Takzkirah agama tidak mampu memberi mereka ketenangan jika tidur mereka beralaskan kotak dan berbumbungkan langit.

BERTAUBATLAH MELAYU DAN BERHENTILAH MENDENGAR TAZKIRAH.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 03:35 AM | Show all posts
Penulisan yang sangat bagus. Realistic and pragmatic. I really love it. Thank you Acong for sharing. Very good sharing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.051747 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list