CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2233|Reply: 13

ILMU PERUBATAN MUDAH: Menjaga Kaki Diabates

[Copy link]
Post time 23-7-2017 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Kerana Diabetes Mellitus (DM) merosakkan saraf dan urat darah halus, maka kaki pesakit (pt) DM menjadi mudah rosak (lihat thread sebelum ini). Dengan ini, penjagaan kaki bagi pt DM adalah amat utama. Berikut adalah cara mudah.

1) Basuh kaki setiap hari, elakkan sabun yang kuat, elakkan mengeringkan kaki dengan gosokan tuala; sebaliknya, hanya lap secara ringan sahaja
2) Gunakan lotion untuk mengelakkan rekahan di kulit kaki (NB: jangan letak lotion dicelah celah jari kaki! Ini boleh melembabkan dan membawa kepada jangkitan fungus atau bacteria)
3) Gunakan cermin tangan untuk melihat keadaan kulit kaki di tumit, dan keseluruhan kaki, untuk detect rekahan, callus, luka-luka, calar-calar, ulcer dan lain lain kecederaan yang pt tak sedari
4) Jangan pecahkan blisters jika ada (sebaliknya letak bandage dan guna kasut yang lembut)
5) Sentiasa pakai kasut atau selipar, jangan sekali kali berkaki-ayam
6) Guna kasut yang lembut dan banyak space dan jangan sekali kali ketat
7) Guna socks yang cotton atau wool dan yang tidak ketat, dan tukar socks setiap hari
8) Keluarkan semua pasir atau batu dari selipar atau dalam kasut setiap hari sebelum memakai
9) Pergi jumpa podiatrist atau chiropodist untuk potong kuku jika tidak mampu buat sendiri; dan jumpa doctor jika ada ingrown toenail
10) Jika rasa kebas kebas, atau sakit macam terbakar, pt perlu memberitahu doctors kerana mungkin sudah dapat Diabetic Neuropathy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mak mertua sy ada kencing manis dan drh tinggi..kencing manis cucuk insulin...kaki dia suka cramp...ambil masa klu nak hilang cramp tu..wlp duk urut2 masa sakit..bila dh ok..boleh kena lg serangan cramp tu..kdg2..sampai 2 belah kaki sekali kena...
nak tanya doc...adakah cramp ni pn punca dr urat saraf yg rosak akibat dr kencing manis.?..klu dia rajin brjln ..bengkak 2 belah kaki..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 11:02 AM | Show all posts
Thanks doc for the info. Bapa saya diabetic. Beberapa hari lepas dia mengadu bahagian bawah kaki dia kdg2 sakit macam kena sengat. Sementara tunggu appt doktor dia minggu depan saya google utk dapatkan dia supplement yg sesuai.

Betul tak maklumat yg saya dapat ni. Katanya bagus sebagai supplement utk DN:
1. Vit B12
2. Vit A,C,D, E
3. Vit2 B yg lain (B complex)
4. Alpha lipoic acid
5. Folic acid
6. Omega 3
7. Zinc
8. CoQ10
9. L-Arginine
10. ALCAR

Boleh tak doktor tolong cadangkan kombinasi yg sesuai


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2017 04:40 PM | Show all posts
aura77 replied at 23-7-2017 09:05 AM
mak mertua sy ada kencing manis dan drh tinggi..kencing manis cucuk insulin...kaki dia suka cramp... ...

biasanya jika kaki bengkak selepas berjalan, itu adalah kerana mengumpulan air di situ kerana gravity; in kami panggil ''ankle oedema'' ('idima'). Jika kita tekan kat ankle 10 seconds, ada tertinggal bekas ibu jari, ye tak?
ini adalah kerena jantung yg dah lemah (heart failure).

cramps tu byk sebab dan antara sebab utama ialah dehydration (org DM kena elakkan dehydration), low potassium   (kena cek U&E), diabetic neuropathy dan beberapa sebab lagi. Di sini kami treat dgn Quinine Sulphate 300mg.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2017 05:00 PM | Show all posts
Edited by ipes2 at 23-7-2017 05:04 PM
boogeese replied at 23-7-2017 11:02 AM
Thanks doc for the info. Bapa saya diabetic. Beberapa hari lepas dia mengadu bahagian bawah kaki dia ...

Sebenarnya makanan kita sudah seimbang dan cukup. kita dapati, sepanjang sejarah manusia yg kurun 19 dan 20  ni dimana makanan sudah elok dan banyak, tiada pun org guna supplement dengan meluas. Juga, dinegara barat, sangat jarang dan almost tak diguna org langsung, kerana mereka risau dengan kandungan kimia dlm supplements ini. Juga, kerana supplements rata rata dibuat utk dijual, maka syarikat pengeluar tidak kisah apa side effects dan how effective supplements ini, asalkan dapat duit.
Kerana effectiveness mereka amat lemah, maka pengeluar supplements akan gunakan advertisement yg berwarni warni dan advertise secara aggressive dan mengguna byk wang utk tujuan pemasaran nya, memenuhi websites disana sini. Juga mereka menggunakan testimony 20-30 org sahaja. Juga mereka guna agent utk menjualnya. Ini adalah kerana kurangnya efektif supplements itu.

Kita tidak dengar ubat antibiotic di war warkan oleh syarikat nya; kita tidak dgr pengeluar dexamethasone menggunakan agent dgn kertas kertas dan advertisement utk menjualnya. Vit B12 yg hospital beri, tidak ada pon iklan tentangnya dalam banner banner. Kerana ini semua adalah berkesan (dan terbaik, maka tak perlu iklan iklan lagi).

Org putih yg org kita suka sgt ikut, langsung tak guna supplements, amat elok kita ikut mereka dalam hal ini.

ANSWER: Semua yg awak list tu adalah samaada vitamins atau trace element atau material yg badan perlukan eg carnitine, CoQ10. Tetapi rata rata ianya terdapat dalam makanan harian dan tidaklah perlu diambil dari supplements, juga dibuat oleh badan eg CoQ10. Jadi, sy tidak rasa mak awak perlukan satu pun dari yg diatas. Makan lah sayur, ayam, daging, buahan, nasi secara seimbang.

Hmm, Vit B12 tu boleh lah you beri. Yg lain saya rasa hanya pembaziran, dan badan akan keluarkan melalui buah pinggnag atau enzymes badan tukar jadi benda lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 12:17 PM | Show all posts
ipes2 replied at 23-7-2017 05:00 PM
Sebenarnya makanan kita sudah seimbang dan cukup. kita dapati, sepanjang sejarah manusia yg kurun  ...

assalamualaikum dr,

saya hendak bertanya?

suami saya berumur 48 tahun pernah melalui prosedur aniogram (entah betul ke x ejaan tu). ada darah tinggi dan kencing manis. sekarang nie saya tengok kedua-dua belah kakinya bengkak dan ada kudis iaitu warna merah. doktor ada cadangan x apa yang perlu saya buat maksud saya makanan atau  supplement yang perlu saya bagi kepada suami saya.

beliau makan ubat-ubat dan insulin.

terima kasih doktor
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2017 02:05 AM | Show all posts
dineyta replied at 25-7-2017 12:17 PM
assalamualaikum dr,

saya hendak bertanya?

waalaikumussalam d, ini hanyalah recommendation, tapi sy rasa sgt utama diabetic doctor dan vascular doctor have a look at kaki dia dan maybe measure ABI (ankle-brachial pressure index). DM can rosakkan artery kaki.. bukankah ianya telah rosakkan artery hubby? (tu yg kena buat Coronay Angiogram tu). Diagnose dulu, jgn tukar tukar to supplements ke apa dulu. make sure jika ada ulcer, that has to be treated.

elokkah penjagaan dm dia? dia jg betul betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks doc
Ilmu yg sngt berguna
Ayh saya seorg pesakit kencing manis
Tp dia cpt sedar diri alhamdulillah
Lps dia bedal durian time musim durian taun 2010 dulu mmg terus kne sakit tu (sbb lain jgk dulu dia keja teksi limosin klia tu so bnyk minum redbull teh tarik)
So skang ni saya tngk ayh saya sngt2 jaga pemakanan dia... dulu cucuk insulin skang ni dah x nmpk dah cuma dia just mkn ubat je la... sbb dia kwl betul2 pemakanan dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2017 05:43 AM | Show all posts
WajibulGhunah replied at 28-7-2017 12:16 PM
Thanks doc
Ilmu yg sngt berguna
Ayh saya seorg pesakit kencing manis

WG, ha bagus ayah you; i am sure he will do well.
kena byk disiplin sebenarnya org yg kene dm, kena byk sabar
tgk kuih best, rasa nak mkn byk byk tapi kena ingat boleh mkn satu je buat pelepas gian
nasi pon sama, kena sikit je mkn, dan top up perut dgn water

hopefully he will continue his discipline
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 23-7-2017 05:00 PM
Sebenarnya makanan kita sudah seimbang dan cukup. kita dapati, sepanjang sejarah manusia yg kurun  ...

Assalamualaikum Dr....

Iya ke Dr omputeh tak amik supplement?..akk ingtkan jangkahayat omputeh pjg sbb dorang obses dgn supplements

@sebu1 ...thread ilmiah.jom lepak sini

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 31-7-2017 10:15 PM
Assalamualaikum Dr....

Iya ke Dr omputeh tak amik supplement?..akk ingtkan jangkahayat omputeh  ...

Tq jemput aku jaza. Aku pun nak sembang ttg kesihatan ni. Sat cekodok aku nk hangit ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 31-7-2017 10:15 PM
Assalamualaikum Dr....

Iya ke Dr omputeh tak amik supplement?..akk ingtkan jangkahayat omputeh  ...

Tq jemput aku jaza. Aku pun nak sembang ttg kesihatan ni. Sat cekodok aku nk hangit ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2017 01:59 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 31-7-2017 10:15 PM
Assalamualaikum Dr....

Iya ke Dr omputeh tak amik supplement?..akk ingtkan jangkahayat omputeh  ...

Depa sgt jarang amik supplements dan yg byk hanyalah org tua kerana amik vitamins etc (bila tua, bahagian dalam small intestine pun mula lusuh, lalu tak dapat lagi serap pelbagai nutrients dari makanan yg lalu didalamnya; depa pon nmpk kurus kedeking, immunity lemah etc). Depa jarang amik supplements kerana rata rata takut dgn bhn kimia nya. Sy prescribe penicillin je, terus tanya apa kesan dia pada liver sy, boleh tak sy amik 2 kali je bukan 3, apakah side effects jangka pendek, jangka panjang.. apa jadi kepada friendly bacteria yg duduk dalam perut sy sejak lahir lagi ni etc

Tentulah ada mereka pakai supplements, tetapi tidak semarak di Malaysia. Juga, pemantauan supplements ini sgt ketat di negara barat. Sepanjang sy tinggal di luar negara, jarang kita jupa leaflet ke, iklan ke, agent ke yg war warkan supplement ini itu. Companies yg ada pun sgt reputable eg Holland & Barretts etc. Di Malaysia byk sgt supplements yg dtg entah dari mana.. tidakkah kita risau tentang kandungan bahan kimianya? Sy sungguh pelik bila org kita sgt susah untuk pergi hospital atau makan ubat yg docs bagi..padahal dgn mudah mengambil supplements yg mana penjual supplements sendiri tidak tahu apakah gunanya, berkesannya, side-effectsnya supplements itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2017 02:01 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 31-7-2017 10:15 PM
Assalamualaikum Dr....

Iya ke Dr omputeh tak amik supplement?..akk ingtkan jangkahayat omputeh  ...

Kak Jazz, jika nak amik apa apa supplements, maybe yg paling baik ialah Cod Liver oil tu..beli yg original tapi..kng dapat minyak masak je. Also, multivits if Kak Jazz mkn tak seimbang. Sy mkn berterabur bila sempat je..so mmg kena amik multivits
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.155749 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list