CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6118|Reply: 71

[Tempatan] Dua guni wang sebanyak 700K dilarikan oleh penunggang yamaha 125Z di DUKE.

[Copy link]
Post time 6-9-2017 09:28 PM | Show all posts |Read mode


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x575.


EMPAT perompak van syarikat kawalan keselamatan di Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya pada 5 petang hari ini melarikan diri dengan menunggang dua motosikal motosikal Yamaha 125Z dengan salah satunya berwarna biru bernombor pendaftaran BFC 7361.


Gambar suspek itu yang memeluk guni berisi wang melalui Lebuhraya Duta - Ulu Klang Expressway (DUKE) sejurus kejadian sempat dirakam saksi yang menyalurkan maklumat itu kepada polis.

DUA guni wang dilarikan empat lelaki menunggang motosikal yang merompak van syarikat kawalan dianggarkan berjumlah lebih RM700,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kejadian berlaku ketika empat petugas syarikat kawalan keselamatan itu mahu memasukan wang ke dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di stesen minyak berkenaan.

"Dua daripada empat suspek bersenjatakan pistol menyerang seorang daripada petugas syarikat keselamatan itu dan merampas senapang patah dibawa mangsa sebelum menghentak kepalanya menggunakan senjata itu.

"Suspek turut melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum melarikan dua beg berisi wang tunai dengan membonceng dua Yamaha 125Z yang ditunggang dua rakan mereka.

"Siasatan dilakukan unit forensik turut menemui senapang milik mangsa yang dirampas oleh suspek, kira-kira 250 meter dari lokasi," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Jelasnya, kejadian menyebabkan seorang petugas syarikat kawalan keselamatan itu cedera dikepala.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan dan mengenal pasti suspek," katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...atas-motosikal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2017 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
homaiii peluk guni duit camtuh je naik moto
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin bank tu dah banyak tipu orang,so dah dapat balasannya
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
10 tahun dulu jarang2 dgr berita macam ni kat malaysia...tanda negara makin maju?rakyat makin miskin?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OmJualGas at 7-9-2017 08:15 AM

Bagus la wang bank punya kena rompak sebab bank rompak rakyat dengan bunga loan .  Baru ja tengok movie rompak bank  " Hell or High Water ".   Best O tengok la boleh bagi  9/10      
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Smkin teruk jenayah kt ngra kita ni....duit rompak pn gitu jw bawa lari...tu menunjukkan polis sukar tuk kita nmpak sbb tu perompak berani mati buat gituuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2017 10:10 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 6-9-2017 09:45 PM
Mungkin bank tu dah banyak tipu orang,so dah dapat balasannya

pihak yang gerenti untung perompak dan yang gerenti rugi ialah pelanggan bank juga....

yang pasti bank akan recover those amount sekelip mata ja....



Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 10:19 PM | Show all posts
Perompaknya kurus-kering. Orang asing ke ni? Hmmm.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2017 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Berjoli sakan la kamu..kerlas ko bwk lari duit byk2 naik moto jer..bleh buat movie nie
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh bestnya... byk nya duit...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
OmJualGas replied at 6-9-2017 09:54 PM
Bagus la wang bank punya kena rompaksebab bank rompak rakyat dengan bunga loan .  Baru ja tengok mov ...

Mastermind ke sis
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 10:39 PM | Show all posts
insulin replied at 6-9-2017 10:19 PM
Perompaknya kurus-kering. Orang asing ke ni? Hmmm.......

Very unlikely org asing. Ini mat pet. Dulu jiran mak mentua aku kat Jln Semarak nun, anak dia kerja company security yg transport duit bank, bersekongkol dgn kawan2 dia utk rompak duit bank tu. Dia pura2 kena pukul dgn perompak, supaya tak nmpk dia bersalah. Mgkn ini samalah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 10:50 PM | Show all posts
mungkin juga jenayah terancang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bwk guni duit 0.7 mil gitu je mcm bwk beg sandang blk kampung. Untunglah merasa pegang duit dkt 1 juta
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 11:15 PM | Show all posts
seronoknya peluk duit
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde rupa baru lps balik merompak. Mcm baru lepas beli ikan sayur kat pasar borong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2017 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik motor 125Z je ....

Dah dpt duit rm700k tu blh le beli motor cc besor sikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
duit xhalal xkan ke mana, sekian
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk sajalah kan mat motor tu lari kelek guni duit.

Klu masuk.campur termati perompak bersenjata tu, jadi penyibuk pulak. Kna tindakan pulak. So pandang.je laa kebil2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 12:19 AM | Show all posts
kalau akak lah kan, akak naik uber langgar perompak bawa ambil beg tu terus pg genting cuci duit..

nak jadi penjenayah biar cerdik and licik


realiti :
>perompak di buru polis > polis malaysia hebat so siap sedia di tangkap
> bank > tak perlu bimbang sebab duit loss masa van security  ke bank, internal audit , internal investigation.
> security van > meeting dan upgrade SOP, internal audit, internal investigation, insurance company take action
> polis >  i want nobody nobody but you ( perompak)


moga perompak berjaya di tangkap



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.064840 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list