View: 11832|Reply: 103
|
5 Sebab Mengapa Anda Masih Solo?
[Copy link]
|
|
Apa yang menyebabkan individu di luar sana masih lagi memilih mengekalkan status solo selain belum sampai jodoh? Ayuh kita singkap bersama mengapa dan kenapa?
Terlalu Memilih
Mereka yang mempunyai tahap penilaian yang tinggi pasti akan menjadikan seseorang itu memiliki sifat yang begitu memilih. Lebih-lebih lagi apabila berbicara mengenai soal pasangan. Bagi mereka pasangan yang ingin dijadikan teman meluah dan berkongsi segala rasa perlulah serba serbi sempurna di mata mereka.
Sekiranya salah satu kriteria yang ditetapkan tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Maka jangan harap untuk seseorang itu mendapat peluang kedua kembali bertemu janji. Ini kerana, mereka lebih rela hidup solo sehingga muncul si dia yang benar menambat hati!
Jual mahal
Tidak salah untuk seseorang itu jual mahal terutama bagi golongan wanita. Namun sifat terlalu jual mahal yang tunjukkan juga mungkin akan menjadikan anda seorang yang sukar didekati dan akhirnya membujang sampai ke tua.
Sifat jual mahal yang tidak kena tempat ini kadang-kadang menyukarkan peluang anda memulakan sesi perkenalan. Tidak salah jika sekali-sekala anda yang cuba menegur individu yang anda minati. Itu bukan menandakan anda gatal tetapi hanya sekadar bersikap ramah.
Suka Menilai
Sikap ini kadang-kadang tidak disedari oleh tuan empunya badan. Ini kerana, bagi mereka sikap ini sekadar tindakan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup takut ditipu dan dipermainkan. Walaupun kadang-kala terlihat terlalu melampau kerana langsung tidak memberi peluang kepada orang lain untuk cuba mendekati.
Ada sahaja yang tidak kena dan tidak sempurna di mata mereka dalam menilai seseorang. Sikap suka menilai atau ‘judgemental’ ini antara satu faktor menjadi punca mereka masih berstatus solo.
Mudah Mengalah
Jangan terlalu cepat mengalah jika proses perkenalan tidak berjalan seperti yang diharapkan. Cuba dan terus mencuba tanpa rasa putus asa. Walaupun sudah beberapa kali temu janji dan masih tidak berjumpa si dia serasi di hati.
Ya, tidak dinafikan sampai satu tahap anda mungkin rasa bosan dan penat dengan proses perkenalan yang tiada kesudahan. Masih tidak berjumpa si jantung hati. Berhenti merungut, sekurang-kurang anda dapat mengumpul koleksi kawan baharu dan tiada salahnya untuk anda terus menjalin persahabatan dengan mereka.
Kuat Kerja
Bangun pagi tidak lain dan tidak bukan yang bermain di minda adalah kerja. Ini adalah salah satu sindrom khusus kepada mereka yang kuat bekerja hingga tiada masa untuk diri sendiri apa lagi untuk bersosial mencari pasangan seakan tidak lagi menjadi keutamaan.
Menghabiskan masa bekerja hingga lewat malam. Kemudian pulang ke rumah tiada daya lagi terus lena diulit mimpi. Esoknya kembali bekerja seperti biasa. Sudah tiba masanya buat si solo mencari masa untuk diri sendiri mencari seseorang yang boleh buat hati berbunga tersenyum bahagia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada pengalaman ke? Atau salah satu point ada kat diri sendiri?
|
|
|
|
|
|
|
|
kenalah ada semua di atas.. takkan main sauk je.. kang terkawin dengan manusia macam joy repah, menyesal seumur hidup tauuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Haruslah nilai, perhati dan pertimbang kalau nak kenal someone, kang "terjodoh" dengan yang "indah khabar dari rupa" matilanak. bak kata pepatah "slow and steady" |
|
|
|
|
|
|
|
jangan sauk je kena ada piawaian. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Yer betul slow and steady. Just go with the flow jang rushing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la kena memilih tp jgn la terlalu over ie mintak clash sbb pakai perfume yg kau x suka..da mcm bdk form 3.
My ex bf dl picky betul ie x suka sy berisi like cannot over 50kg. Sbb penah berat sy tlajak 52kg n dia ckp sy gemuk! I said wth? Then reduce blk. Dia x suka org pakai tudung sbb mcm makcik2 n x suka sy ade jerawat cket (like tgh dtg period).
Nsb sy x jd kawen..what i was thinking lorrh
|
|
|
|
|
|
|
|
saya kalau main pc game mmg tak ingat dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak ada pasangan tp sentiasa ada halangan..mungkin tiada jodoh lgsg kot utk diri saya nie..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
purpledesire replied at 16-10-2017 07:26 PM
Teringin nak ada pasangan tp sentiasa ada halangan..mungkin tiada jodoh lgsg kot utk diri saya nie.. ...
umur kaka dah berapa? |
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat replied at 16-10-2017 08:42 PM
Tak cantik
Gemok
x apa, nnt grooming boleh jd cun! |
|
|
|
|
|
|
|
easicircle replied at 16-10-2017 01:17 PM
Ada pengalaman ke? Atau salah satu point ada kat diri sendiri?
Bukan salah satu. Mostly ada TT. Hahaha. Tapi is our right to choose the right person. Betul kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ehemm... ehemm...
jodoh tu sentiasa ada jek stembai sini. mungkin diri je yg menghalang dari berjodohan.
|
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHAHAHA!!! Boleh dah kot balance kan masa tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by easicircle at 28-12-2018 04:19 PM
Yup so true!! The right person will come at the right time. So never lose hope.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi gemuk dan lagi tak cantik pun dah kahwin dan ada anak. Cantik dan phisycal apperance ni subjective. Lain orang lain citarasa cantiknya betul tak?? Just never lose hope. Tiada manusia yang tak cantik dalam dalam dunia ni. Semuanya cantik mengikut pandangan mata masing-masing. Moga bertemu jodohnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
If its meant to be it will be. Normal lah perasaaan nak ada pasangan. Love to be loved but selain dari usaha kena percaya perencanaan takdir. Akan ada sesautu yang indah bakal digantikan selepas halangan demei halangan. Cuma jangan putus harap dan kena selalu positif dan bersangka baik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|