CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2665|Reply: 6

Paling Syok, Paling Selesa! Ini 5 Penginapan Terbaik Di Perth Australia

[Copy link]
Post time 19-12-2017 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Bila nak bercuti ke luar negara, bajet adalah perkara paling utama diberikan perhatian.


Tapi tak seronoklah kalau bercuti terlalu ikut bajet sehingga kurang rasa selesa terutamanya dari segi penginapan.


Bagi anda yang nak bercuti di Perth Australia, ini cadangan lima penginapan terbaik di sana. Paling selesa dan yang penting nilainya sangat berpatutan.


COMO at the Treasury


Foto: Kaki Sini



Elegan! Itu adalah salah satu ciri yang menarik bagi The COMO salah satu penginapan yang patut anda cuba jika berkunjung ke Perth, Australia.


Direka oleh Kerry Hill dengan citarasa luar biasa, The COMO merupakan hotel mewah 48 bilik bercirikan kontemporari. Selain itu ia juga memberikan pengalaman baru dengan adanya dua buah restoran, sebuah bar dan sebagainya.


Anda digalakkan menginap di hotel ini pada Ogos hingga penghujung Mac kerana keadaan cuaca di sini amat bersesuaian dengan suasana hotel tersebut.


Bagi yang ingin cuba menginap di The COMO ia berada di alamat 1 Cathedral Ave, Perth.


The Six-Stars Crown Towers Perth


Foto: Kaki Sini



Menawarkan teknologi skrin sentuh yang baharu kepada pengunjung yang menginap di hotelnya The Six-Stars Crown Towers Perth mampu memberikan anda satu pengalaman menakjubkan.


Hotel ini direka untuk membuat anda berasa mewah serta selesa di mana biliknya dihiasa dengan gaya ton yang natural, aman dan tanpa tekanan.


Ia turut dihiasi dengan perabot dan perhiasan yang berkualiti tinggi serta pelbagai kemudahan. Misalnya akses untuk ke kolam dan gimnasium.


Lokasinya terletak di Great Eastern Hwy, Perth.

Peppers Kings Square


Foto: Kaki Sini



Menjadi salah satu hotel yang masih baharu di Perth, Peppers Kings Square terletak betul-betul dengan pusat membeli belah, restoran makan malam dan bar.


Selain itu, Peppers Kings Square turut menghidangkan hidangan luar biasa yang diinspirasikan sendiri daripada pihak hotel berkenaan.


Lebih menarik hotel ini menyediakan WiFi percuma, nespresso dan rangkaian penuh teh gourmet. Jadi sudah tentu anda tidak mahu melepaskan peluang yang ada ini bukan.


Dengan jarak dari Lapangan Terbang Perth hanya 12km dan sangat hampir dengan rel yang menghubungkan ke West Coast Eagles dan Domain Stadium, hotel ini terletak di 621 Wellington St, Perth.


Tribe Perth


Foto:Kaki Sini



Terletak di West Perth, Tribe Perth merupakan antara hotel yang anda patut cuba kerana memberikan anda satu alternatif inovatif untuk pengembaraan moden.


Hotel ini terletak di hadapan pintu CDB Perth dan tidak jauh dari Kings Park selain berada berdekatan dengan restoran-restoran besar di badar raya dan beberapa tempat tarikan pelancongan lain.


Mempunyai 126 buah bilik ia direka secara unik dan inovatif dengan dilengkapi WiFi, televisyen dan katil-katil istimewa yang mana kalau nak tahu apa istimewanya kena datang sendiri tengok.


Alamatnya adalah di 4 Walker Ave, West Perth.

Alex Hotel


Foto: Kaki Sini



Jika anda merancang untuk tinggal sekitar Northbridge hotel ini boleh dijadikan pilihan anda kerana ia memberikan anda sesuatu yang menarik.


Direka oleh rakyat tempatan hotel ini sememangnya dikhaskan untuk pengembara dan terletak di bandar Perth dengan memiliki 74 buah bilik selesa.


Terdapat katil bersaiz besar, bilik di hotel ini juga menyediakan WiFi percuma, sarapan pagi percuma, televisyen dan peluang menghirup udara segar dari ruang balkoni.


Berada di 50 James St, Perth anda boleh mencuba untuk menginap di hotel ini.


Dah tahu, mana satu agaknya pilihan di hati? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2017 04:53 PM | Show all posts
duk Malaysian hall jek
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Duduk rumah makcik di Perth.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 03:51 PM | Show all posts
teringin nak ke sana.. akan masuk wishlist nanti
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 03:02 PM | Show all posts
apa yg bestnye perth ni..
shopping? makan? for kids ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 04:07 PM | Show all posts
zaziot replied at 2-1-2018 03:02 PM
apa yg bestnye perth ni..
shopping? makan? for kids ?

Ini my personal opinion ye.

Perth ni bukan utk kaki shopping, kat KL lg best kalu nk shopping.Kedai dia tutup mostly awal pukul 5ptg.For me, Perth is a very nice, safe and laidback place.
The kids just love Kings Park. Just be there, makan2 picnic while the kids roam around freely dekat park.


Kalau ke area Fremantle, pegi makan fish n chips and lepak lagi enjoying view, soaking in the sun.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2018 04:08 PM | Show all posts
cassriena replied at 2-1-2018 04:07 PM
Ini my personal opinion ye.

Perth ni bukan utk kaki shopping, kat KL lg best kalu nk shopping.K ...

kira hols lepak2 je la ni ye...
dr segi food dia..sedap ke or flat taste?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048165 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list