CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4203|Reply: 11

4 Orang Saintis Yang Akhirnya Menyesal Atas Hasil Ciptaan Mereka

[Copy link]
Post time 2-1-2018 12:32 PM | Show all posts |Read mode



Dapat menghasilkan sesuatu produk atau hasil ciptaan yang baru tentulah sesuatu yang membanggakan pada penciptanya. Lebih-lebih lagi jika hasil ciptaan mereka itu mampu menyelesaikan masalah tertentu yang dihadapi oleh manusia.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes tertentu ada juga pereka asal sesuatu produk asal itu akhirnya menyesal atas produk yang dihasilkan. Hal ini biasanya terjadi apabila produk yang dicipta untuk tujuan tertentu itu mempunyai kesan sampingan yang lebih buruk atau ianya digunakan secara salah dan berlainan daripada tujuan asal ianya dicipta.

Kali ini kami ingin berkongsi 4 orang saintis atau pencipta produk terkenal yang akhirnya menyesal dengan produk yang mereka cipta itu.

1. John Sylvan - Keurig K-Cup


John Sylvan merupakan orang yang bertanggungjawab memberi idea untuk penghasilan kopi daripada K-Cup. Apa itu K-Cup? Ianya adalah satu pod atau bekas plastik kecil yang mengandungi serbuk kopi dan setiap pod mempunyai resepi yang sempurna untuk menghasilkan kopi berperisa tertentu. Ianya menjadi pilihan penggemar kopi kerana mereka hanya perlu menggunakan 1 pod untuk setiap hidangan kopi tanpa perlu memikirkan jumlah air, serbuk kopi dan susu/krimer yang perlu digunakan untuk setiap hidangan. Segalanya akan disediakan oleh mesin Keurig K-Cup yang akan membaca kod bar yang ada pada K-Cup tersebut.

Malangnya, penggunaan K-Cup yang diperbuat daripada plastik ini mempunyai kesan buruk kepada alam sekitar. Menurut laporan, plastik ini tidak boleh dikitar semula dan tidak mudah biodegrasi. Peningkatan penggunaan K-Cup ini kerana kesan buruknya kepada alam sekitar semakin membimbangkan.

Pada tahun 2008, hanya 1.8 juta buah mesin K-Cup ini dijual di Amerika Syarikat. Jumlah ini meningkat berkali ganda dan pada 2013 sahaja, 11.6 juta mesin K-Cup telah dijual. Keseluruhan plastik K-Cup ini pada 2014 sahaja jika dikumpulkan dan disusun, jumlahnya boleh mengelilingi mengelilingi bumi sebanyak 10 kali. Dalam satu temuramah yang diadakan, John Sylvan mengaku bahawa beliau seringkali rasa bersalah kerana mencipta K-Cup ini.

2. Mikhail Kalashnikov - Senapang AK-47



Senapang AK-47 sememang sememangnya sebuah senjata yang popular dalam kalangan askar mahupun pihak pengganas. Namun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Mikhail Kalashnikov merupakan orang yang bertanggunjawab menciptanya. Ianya dicipta bagi membantu pasukan tentera negaranya mempertahankan negara daripada pihak musuh. Walau bagaimanapun, Mikhail Kalashnikov akhirnya mengaku beliau rasa bersalah mencipta senjata tersebut.

Beliau merupakan seorang pengikut kuat agama Kristian Ortodoks dan sebelum kematiannya pada usia 94 tahun, beliau telah menulis sepucuk surat tentang beberapa perkara. Antara perkara penting yang dinyatakan adalah kekesalannya mencipta AK-47 kerana senjata tersebut telah membunuh ratusan ribu nyawa manusia dalam pertempuran.

3. Alfred Nobel - Bom Dinamit



Pernahkah anda mendengar mengenai Anugerah Nobel (Nobel Prize) yang diberikan kepada para saintis yang membuat penemuan mengagumkan dalam bidang sains? Ianya mengambil nama daripada seorang saintis bernama Alfred Nobel. Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencipta bom dinamit.

Setelah abangnya mati dalam satu letupan besar pada 1864, beliau ingin mencipta satu bahan letupan alternatif yang lebih stabil. Dinamit asalnya dicipta bagi tujuan amaran dan pencegahan bagi mengelakkan peperangan daripada tercetus kerana letupan yang dihasilkannya lebih kecil. Beliau berkata:

"Perhaps my factories will put an end to war sooner than your congresses: on the day that two army corps can mutually annihilate each other in a second, all civilised nations will surely reco
il with horror and disband their troops."
Seperti juga Mikhail Kalashnikov (pencipta senapang AK-47), bom dinamit yang dihasilkannya telah banyak digunakan bagi membunuh ramai manusia berlainan daripada tujuan asalnya dicipta. Bagi menebus kesilapannya ini, beliau telah mewujudkan Hadiah Keamanan Nobel (Nobel Peace Prize) yang diberikan kepada aktivitis yang memberi impak besar ke arah keamanan dunia. Alfred Nobel mati sebelum Perang Dunia Pertama lagi, bermakna beliau tidak dapat menyaksikan sendiri kesan lebih buruk hasil ciptaannya dalam peperangan.


4. Albert Einstein - Bom Atom



Albert Einstein sememangnya seorang saintis genius yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau adalah saintis yang membuat penemuan mengagumkan bagaimana tenaga dihasilkan melalui persamaan popularnya E=mc2. Walaupun beliau bukanlah pencipta bom atom, persamaan atau formula ini telah memberikan idea kepada para saintis untuk menghasilkan bom atom dengan kesan kemusnahan yang sangat dahsyat.

Pada tahun 1939, sekumpulan saintis Jerman telah berjaya memisahkan atom uranium. Einstein berasa bimbang ianya akan digunakan oleh pihak Nazi untuk menghasilkan bom atom maka beliau telah menulis surat kepada Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu Franklin Roosevelt supaya membuat kajian dan eksplorasi sumber alternatif untuk menghasilkan bom atom.

Maka, wujudlah Manhattan Project yang berjaya mencipta bom atom yang mempunyai kesan kemusnahan yang sangat dahsyat. Dalam satu temuramah pada 1947, beliau menyatakan kekesalan memberi cadangan kepada Presiden Franklin Roosevelt untuk membuat kajian tentang penghasilan bom atom.

"Jika saya tahu bahawa pihak Jerman tidak berjaya menghasilkan bom atom, maka saya tidak akan berbuat apa-apa (merujuk kepada cadangadannya kepada Presiden Franklin Roosevelt)"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xda bom atom tu.. jepun xkan mengalah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2018 03:07 PM | Show all posts
umbut replied at 2-1-2018 01:24 PM
Kalau xda bom atom tu.. jepun xkan mengalah...



main kotor.. fight like a man la baru gentle. ini semua rakyat budak2 orang tua tak bersalah jadi korban




Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm...sesalan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 04:13 PM | Show all posts
nasib baiklah.. kalau melesia dh jd negara jepun ke dua
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 09:36 AM | Show all posts
abangadek replied at 2-1-2018 04:13 PM
nasib baiklah.. kalau melesia dh jd negara jepun ke dua

betul tu uolls...arwah nenek iolls cakap..kalau tak kerana jepun kena bom..jgn harap diaorang nak balik...bergelempangan la rakyat2 melayu yg kena pancung hari2..itu pon sebelum diaorang balik..sambil lalu pon sempat diaorang bakar padi2 yg orang jemur kat tepi jalan...jahat sungguh jepun time tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2018 03:17 PM | Show all posts
yg cipta k cup tu kategori saintis kewww?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 07:41 PM | Show all posts
umbut replied at 2-1-2018 01:24 PM
Kalau xda bom atom tu.. jepun xkan mengalah...

lebih baik jepun, berbanding british
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 10:47 AM | Show all posts
KCup tu citaannya menarik malang sebab ada pengunaan pastik untuk bekasnya.  Mungkin mereka boleh cuba cipta mengunaan bahan yang lebih mudah urai darinya untuk alam sekitar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:47 AM | Show all posts
ycipta bom n senjata tu memang patut menyesal seumur hidup. semoga diorg akan sentiasa di"hantui' mangsa2 senjata diorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 07:27 PM | Show all posts
pencipta 1mdb pn nnti menyesal
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 03:41 AM | Show all posts
ok good info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041140 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list