CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14479|Reply: 38

50 selebriti muflis termasuk 2 penyanyi rock- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi

[Copy link]
Post time 26-1-2025 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-1-2025 10:05 AM




Difahamkan, antara artis yang berstatus bankrap itu ialah dua penyanyi rock terkenal negara yang masih aktif dalam bidang seni dan beberapa pelakon popular.


KUALA LUMPUR: Jabatan Insolvensi (MDI) mendedahkan kira-kira 50 selebriti termasuk penyanyi terkenal bergelar Datuk yang dilihat berada dalam kategori 'artis kaya' masih kekal berstatus muflis, malah ada di antara mereka enggan bekerjasama membayar sumbangan bulanan ditetapkan selepas kes ditadbir agensi itu.

Ketua Pengarah MDI, Datuk M Bakri Abd Majid, berkata sikap artis yang enggan menemui pegawai MDI bagi membincangkan kes kebankrapan walaupun notis bankrap sudah lama dikeluarkan kepada mereka atau gagal membuat sumbangan bulanan ditetapkan pihaknya, menyebabkan MDI sukar membantu melepaskan mereka terbabit daripada status muflis mengikut peruntukan udang-undang.

Beliau berkata, ada di antara artis berkenaan memaparkan kehidupan mewah mereka di media sosial, tetapi gagal melakukan pembayaran bulanan yang ditetapkan berdasarkan kemampuannya walaupun jumlah dikenakan adalah kecil.

"Ada di antara artis berkenaan sepatutnya boleh dibebaskan daripada status bankrap, contohnya kes sudah melebihi lima tahun, tetapi disebabkan tidak memberi kerjasama baik atau langsung tidak bertemu pegawai MDI untuk membincangkan kes itu, jadi mereka kekal bankrap hingga kini.

"Memang jumlah selebriti yang muflis di negara ini tidak ramai, tetapi mereka yang mempunyai ramai peminat ini sewajarnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat," katanya kepada BH, di sini semalam.

Selain artis terbabit, ahli perniagaan, tokoh korporat dan beberapa ahli politik juga turut tersenarai sebagai individu bankrap yang masih belum dilepaskan sehingga kini atas pelbagai faktor termasuk gagal memberi kerjasama sepatutnya kepada MDI bagi pengurusan kes mereka.

M Bakri berkata, semua pihak termasuk artis perlu mengetahui bahawa status bankrap yang dikenakan itu bukan penamat kehidupan mereka, sebaliknya jika mematuhi arahan diberikan MDI, pengurusan kes kebankrapan menjadi mudah, sekali gus boleh dibebaskan dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun jika mematuhi kriteria ditetapkan.

"Antara kriteria yang dilihat jika orang bankrap mahu dilepaskan daripada muflis ialah menjadi 'individu bankrap yang baik' iaitu membayar sumbangan bulanan ditetapkan tanpa culas dan menghantar laporan pendapatan serta perbelanjaan setiap enam bulan kepada MDI.

"Jika mereka masih dalam tempoh bankrap dan mahu keluar negara atas urusan rasmi atau mahu melakukan ibadah, MDI sedia menimbang permohonan itu mengikut syarat ditetapkan, tetapi malangnya ada artis menyalahgunakan kemudahan diberikan itu," katanya.

Wang masuk ke akaun lain

Mengulas kerjaya artis yang tidak terjejas dan masih menerima pendapatan lumayan walaupun berstatus bankrap, tetapi gagal dikesan MDI, M Bakri berkata, wang diperoleh hasil kerja seni itu dipercayai dimasukkan ke dalam akaun pihak lain.

Beliau berkata, antara punca artis diisytihar bankrap disebabkan kegagalan perniagaan, pembelian hartanah mewah termasuk kenderaan dan menjadi penjamin kepada orang lain.

"Individu bankrap dibenar membuka satu akaun bank sahaja. Jadi, kita tidak menolak kemungkinan artis yang banyak mendapat projek seni termasuk mengadakan konsert ini menyalurkan bayaran lumayan diterima mereka kepada akaun pihak lain termasuk keluarga.

"Bagaimanapun, jika kita berjaya mengesan kes seperti ini, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terbabit kerana menyembunyikan pendapatan diperoleh," katanya.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2025 03:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa??? k
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana list tu aku nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Awie x kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 26-1-2025 11:22 AM
Awie x kan?

Amy search, awie… antara yg aku trbyg.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2025 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Napa dorang xmau bayar hutang? Kedekut?

Tak mungkin xder duit kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato ? Adakah Awie Amy Search ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2025 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bankrap sb jadi penjamin org mmg kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 26-1-2025 11:30 AM
Amy search, awie… antara yg aku trbyg.

Usin tu mmg kan? Sbb tu dulu duit dia masuk acc ex bini yg kena debik tu kan
Sbb bini tu terlebih sudah guna duit tu ke akak salah org?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti banyak artis bbnu ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm Awie je
Bisnes gagal
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
takde yg dpt korek ke siapa pelakon2 popular tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 26-1-2025 07:48 PM
Mcm Awie je
Bisnes gagal

Kelab malam tu ke?

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa Hal forum cari kena serang dgn benang2 psl cancellation, refund segala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2025 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-1-2025 08:01 PM
Kelab malam tu ke?

Buat kelab malam pun gagal...maybe kena pi berguru dgn ex nd kot.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis rock tu ella
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 26-1-2025 10:22 PM
Artis rock tu ella

Alamak. Ahkak Ella ke?
Mcm susah lak nak terima..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 11:32 PM | Show all posts

ishhhhh
takkan lah ella

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 26-1-2025 11:32 PM
ishhhhh
takkan lah ella

kan.. ella tu paling laku buat konsert
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.066417 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list