View: 3346|Reply: 11
|
Enam Resort Terapung Di Indonesia Yang Bakal Buat Anda Tak Nak Balik Malaysia
[Copy link]
|
|
Bila sebut percutian di pulau pasti anda membayangkan duduk di atas resort yang begitu cantik lagi mengasyikkan bukan? Malah bila sebut resort terapung pasti ada yang terbayang kecantikan di Maldives.
Jangan risau jika anda tidak dapat ke Maldives kami ada alternatif lain iaitu anda bisa berkunjung ke pulau-pulau sekitar Indonesia.
Ini senarai enam resort terapung di Indonesia yang amat memukau dan patut anda cuba berdasarkan perkongsian laman sesawang Iluminasi.
1. Misool Eco Resort, Raja Ampat
Foto - Iluminasi
Terletak di pulau persendirian, Misool Eco Resort, Raja Empat merupakan resort paling cantik di Indonesia. Memandangkan ia merupakan pulau persendirian jadi suasananya amatlah tenang.
Kapasiti pengunjung juga turut terhad di mana hanya 40 pelancong sahaja dibenarkan berada di atas pulau berkenaan pada satu-satu masa.
Kerana lokasinya untuk menyelam yang strategik, resort ini amat terkenal di kalangan Scuba Divers.
2. Pulo Cinta Eco Resort, Gorontalo
Foto - Iluminasi
Jika anda ingin berbulan madu dalam suasana yang romantik banget sinilah tempatnya. Nama pun sudah ada cinta jadi bagi yang baru mendirikan rumah tangga bolehlah kemari.
Ini kerana tempat penginapan di Pulo Cinta ini sangat unik dan berbentuk cinta.
Terletak di tengah laut di Kabupaten Boalemo, Gorontalo untuk ke sini anda perlu menaiki bot dari Boalemo. Oh ya aktiviti yang anda boleh lakukan sudah tentu snorkeling dan scuba diving.
3. Maratua Paradise Resort, Kalimantan
Foto - Iluminasi
Terkenal sebagai syurga Indonesia, resort ini memang kelihatan seakan-akan Maldives bukan? Ia terletak di Kepulauan Derawan, Berau, Kalimantan Timur.
Airnya yang jernih dan kebiruan sudah pasti memukau mata dan hati untuk bercuti disi. Jadi apa tunggu lagi masukan segera dalam bucket list untuk percutian 2018 anda.
4. Pulau Ayer Resort & Cottages, Pulau Seribu
Foto - Iluminasi
Jika anda berkunjung ke Jakarta jangan lepaskan peluang untuk ke Pulau Ayer Resort & Cottages, Pulau Seribu. Ini kerana lokasinya tidak jauh dari kota utama ini.
Berbentuk mini dan diperbuat dari kayu resort ini bakal memberikan anda suasana seperti menginap di atas laut.
5. Wisma Apung, karimunjaya
Foto - Iluminasi
Jika anda mencari penginapan terapung yang cantik, di sinilah tempatnya iaitu di Kepulauan Karimun Jawa. Kepulauan ini cukup terkenal dengan tempat melancong yang menarik.
Digelar Wisma Apung ia merupakan sebuah penginapan berbentuk rumah terapung di tengah laut Karimunjawa.
Jika anda ingin satu kelainan sambil memasang lagu baby shark doo doo doo pun boleh disini kerana anda boleh berenang dengan anak jerung sekitar wisma. Hahaha rare bukan?
6. Montigo Resort Nongsa, Batam
Foto - Iluminasi
Mungkin ramai tidak tahu bahawa di Batam terdapat pantai seakan-akan Bali. Ini kerana Batam lebih dikenali sebagai kota pusat ekonomi.
Jika anda ke jajaran Pantai Batam pasti akan terlihat Montigo Resort yang mana ia menyediakan peluang tidur di atas air. Apa lagi yang diinginkan bukan?
Jadi apa tunggu lagi kami telah senaraikan enam resort terapung di Indonesia yang menarik untuk anda bercuti. Dengan 2018 baru sahaja beberapa hari bermula inilah masa untuk plan dan kumpul duit. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalimantan dgn yg no 2 tu nampak cantik sgt, ala2 Maldives |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik sangat,sesuai honeymoon |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat bonus minggu depan {:hooray boleh lah kumpul buat p pulo cinta |
|
|
|
|
|
|
|
Xkose nak pegi indon
Dah serik
...
Choiii
...
Kalau takat hotel terapung
Dalam malaysia pun ada banyak
Kalau takat nak makan bakso
Kat malaysia pun dah banyak
.. |
|
|
|
|
|
|
|
Canteknya, hanimun best nih |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak balik Msia pasal tempat ni cantik?? Yg si indon berduyun duyun kat Msia tu pun tak nak blk Indon. kakakakaka!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Raja Ampat semestinya sebab tempat belum tercemar dengan pembangunan boleh main dengan ikan paus tepi jeti |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Ampat semestinya sebab tempat belum tercemar dengan pembangunan boleh main dengan ikan paus tepi jeti |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan lah nak pergi padahal dekat |
|
|
|
|
|
|
| |
|